Pergi ke kandungan

Al Jazeera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 209434 pada 14:34, 5 Februari 2007 oleh Yamahaboy81 (bincang | sumb.) (Laman baru: ==Al Jazeera Satellite Network== Al Jazeera Satellite Network adalah pemilik dan pengendali beberapa saluran dedikasi khas selain saluran berita antarabangsa 24 jam bahasa Arab Al Jazeer...)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Al Jazeera Satellite Network

Al Jazeera Satellite Network adalah pemilik dan pengendali beberapa saluran dedikasi khas selain saluran berita antarabangsa 24 jam bahasa Arab Al Jazeera. Berikut adalah senarai saluran milik dan kendalian Al Jazeera Satellite Network.

Berita & Ehwal Semasa

  • Al Jazeera
width="100%" Saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Arab. Memulakan siaran pada tahun 1996 www.aljazeera.net
Al Jazeera (bahasa Arab: الجزيرة), yang bermaksud "Semenanjung" dalam bahasa Arab, adalah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Arab yang beribu pejabat di Doha, Qatar. Kini ia merupakan antara rangkaian media terbesar di dunia Arab. Al Jazeera mendapat perhatian dunia selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat apabila ia menayangkan rakaman siaran para pemimpin Al Qaeda seperti Osama bin Laden. Sejak itu, ia banyak menimbulkan perasaan prasangka terutama sekali dikalangan ahli-ahli dan para pemimpin politik Amerika Syarikat seperti Donald Rumsfeld. Selain itu, Al Jazeera juga banyak menimbulkan kontroversi dikalangan pemimpin dan kerajaan dunia Arab dengan laporan warta beritanya yang berani dan mencabar.


width="100%" Saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Inggeris. Memulakan siaran pada tahun 2006 english.aljazeera.net
Al Jazeera English (AJE) adalah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam yang beribu pejabat di Doha, Qatar. Ia adalah saluran berita berbahasa Inggeris pertama di dunia yang berpangkalan di Timur Tengah. Dari kedudukan lokasi uniknya, Al Jazeera English berazam untuk mengimbangi arus maklumat semasa dengan melaporkan laporan dari dunia membangun ke barat, dari buntaran selatan ke utara. Al Jazeera English menyiarkan rancangan terbitan umum seperti analisis dan laporan warta berita, rancangan umum ehwal semasa dan rencana, temuramah langsung, berita hiburan, laporan perniagaan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tepat dan tidak berat sebelah. Ia juga merupakan rangkaian televisyen definisi tinggi yang pertama di dunia.


  • Al Jazeera Documentary Channel
width="100%" Saluran dokumentari dan rencana umum bahasa Arab. Memulakan siaran pada tahun 2007


  • Al Jazeera Mobasher
width="100%" Saluran dedikasi khas politik dan ehwal umum. Memulakan siaran pada tahun 2005
Al Jazeera Mobasher adalah saluran dedikasi politik dan ehwal umum yang memulakan siaran secara rasmi pada 15 April 2005. Ia adalah saluran seumpamanya di dunia Arab sama seperti saluran BBC Parliament di United Kingdom dan C-SPAN di Amerika Syarikat. Al Jazeera Mobasher menyiarkan persidangan politik dan ehwal umum siaran secara langsung dengan terjemahan sarikata jika perlu tanpa suntingan dan komentari pemberita. Perkataan mobasher bermaksud "Langsung" dalam bahasa Arab.

Sukan

  • Al Jazeera Sports
width="100%" Saluran dedikasi sukan bahasa Arab. Memulakan siaran pada tahun 2003 aljazeerasport.net
Al Jazeera Sports adalah saluran dedikasi sukan bahasa Arab yang beribu pejabat di Education City, Doha, Qatar. Ia bersiaran secara rasmi pada bulan November 2003 dan kini merupakan saluran sukan pilihan penduduk Timur Tengah. Al Jazeera Sports juga mempunyai hak siaran untuk Formula 1, Piala FA Inggeris, Serie A Itali, La Liga Sepanyol, SuperLiga Portugal dan lain-lain.

Inforia

  • Al Jazeera Children's Channel
width="100%" Saluran dedikasi inforia kanak-kanak bahasa Arab. Memulakan siaran pada tahun 2005 www.jcctv.net
Al Jazeera Children's Channel (JCC) adalah saluran dedikasi inforia kanak-kanak 3 hingga 15 tahun bahasa Arab. Ia secara rasmi memulakan siaran pada 9 September 2005 dan beribu pejabat di Education City, Doha, Qatar. Sebagai saluran pendidikan dan hiburan, JCC berharap ia dapat membantu proses kedewasaan kanak-kanak melalui cara dan kaedah pembelajaran yang riang.

Pautan Luar