Pergi ke kandungan

Benua Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 1917734 pada 12:18, 20 November 2011 oleh EmausBot (bincang | sumb.) (r2.6.4) (bot mengubah: hu:Amerika (szuperkontinens))
Peta dunia menunjukkan benua Amerika

Benua Amerika adalah sebuah benua di dunia yang merujuk kepada wilayah daratan di antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Benua besar ini umumnya dibagi kepada tiga iaitu Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Benua Amerika juga merangkumi wilayah Caribbean, pulau-pulau sekitar Laut Caribbean, dan Greenland (bukan Iceland).

Benua Amerika juga dikenali sebagai Dunia Baru dan ia meliputi 8.3% jumlah luas permukaan bumi (28.4% keluasan tanahnya) dan mengandungi lebih kurang 14% populasi manusia (kira-kira 900 juta orang).

Negara-negara

Peta menunjukkan tarikh kemerdekaan negara-negara di benua Amerika. Warna hitam menunjukkan kawasan yang belum merdeka.

Negara-negara lain dan wilayah tanggungan

Templat:Link FA