6 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
6 Februari merupakan hari ke-37 dalam kalendar Gregory. Tinggal 328 hari (atau 329 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Waitangi di New Zealand (1840).
Peristiwa
- 1685 - James II dari England menjadi Raja setelah kemangkatan kandanya Charles II.
- 1819 - Stamford Raffles (gambar) menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussain Shah dari Johor, mengasaskan pusat perdagangan baru di Singapura untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1820 - Dengan ditaja Persatuan Penjajahan Amerika, pendatang Amerika Afrika mendirikan petempatan pertama di Liberia masa kini.
- 1840 - Perjanjian Waitangi ditandatangani agar New Zealand diasaskan sebagai jajahan British.
- 1922 - Amerika Syarikat, Britain, Itali, Jepun dan Perancis menandatangani Perjanjian Tentera Laut Washington untuk menghadkan persenjataan tentera laut.
- 1952 - Duchess Edinburgh Elizabeth II mewarisi takhta British dan negara-negara Komanwel selepas kemangkatan ayahandanya George VI.
- 1958 - Penerbangan 609 British European Airways yang membawa pasukan bola sepak Manchester United nahas ketika cuba berlepas dari Lapangan Terbang Munich-Riem di Munich, Jerman Barat, mengorbankan 23 orang.
- 1959 - Jack Kilby memfailkan paten untuk litar bersepadu yang pertama.
- 1959 - Ujian menembak peluru berpandu balistik antara benua Titan yang terulung dijayakan di Cape Canaveral, Florida.
- 1971 - Alan Shepard menjadi orang pertama memukul bola golf di Bulan semasa misi Apollo 14.
- 1989 - Perbincangan Meja Bulat bermula di Poland, sebagai tanda bermulanya kejatuhan komunisme di Eropah Timur.