6 Jun
Penampilan
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
6 Jun merupakan hari ke-157 (hari ke-158 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 208 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Sweden.
Peristiwa
- 1513 - Perang Liga Cambrai: Askar upahan Swiss menewaskan orang Perancis di Novara, Itali kini, memaksa mereka berundur dari Milan.
- 1654 - Karl X Gustav menjadi Raja Sweden selepas sepupunya Kristina turun takhta.
- 1683 - Muzium universiti pertama di dunia, Muzium Ashmolean Universiti Oxford, dibuka.
- 1925 - Perbadanan Chrysler diasaskan oleh Walter Chrysler.
- 1933 - Teater pandu masuk pertama di dunia dibuka di Pennsauken, New Jersey, Amerika Syarikat.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Normandy bermula dengan 155,000 orang askar Pihak Berikat mendarat di pantai Normandy (gambar) dalam operasi ketenteraan amfibia terbesar dalam sejarah.
- 1971 - The Ed Sullivan Show, sebuah pertunjukan anekaragam berpemeringkatan tinggi yang memperkenalkan Elvis Presley dan The Beatles kepada Amerika Syarikat, ditamatkan selepas dua puluh tiga tahun.
- 1982 - Perang Lubnan bermula apabila angkatan tentera Israel menceroboh selatan Lubnan untuk membanteras anggota militan Pertubuhan Pembebasan Palestin.