Pergi ke kandungan

RTB Sukmaindera: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Pengembalian manual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 45: Baris 45:


Pada 9 Julai 2009, RTB Brunei International rasmi dinamakan semula sebagai '''RTB4 International'''.
Pada 9 Julai 2009, RTB Brunei International rasmi dinamakan semula sebagai '''RTB4 International'''.

RTB4 International telah rasmi menghentikan jenama itu pada 10 April 2017.


Pada 11 April 2017, RTB4 rasmi dinamakan semula sebagai '''RTB Sukmaindera''' sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula RTB serta peralihan penyiar dari analog ke penyiaran digital.
Pada 11 April 2017, RTB4 rasmi dinamakan semula sebagai '''RTB Sukmaindera''' sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula RTB serta peralihan penyiar dari analog ke penyiaran digital.

Semakan pada 05:24, 20 September 2023

SloganColours of Brunei Darussalam
(Warna-warna Brunei Darussalam)
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 857 (HD) (Sarawak dan Labuan Sahaja)
Media penstriman
Brunei RTB GOTonton secara langsung

RTB Sukmaindera (televisyen ini dikenali sebagai RTB Brunei International dan RTB4 International) ialah saluran televisyen terestrial percuma di Brunei yang dimiliki penyiar Brunei oleh Radio Televisyen Brunei (RTB). Saluran ini secara rasminya mula bersiaran pada 9 Julai 2003 jam 3:00 petang.

Ini juga bagi melihatkan Brunei juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC World News.

Mengenai RTB Sukmaindera

Dilancarkan 9 Julai 2003 sebagai RTB Brunei International jam 1:00 pagi selama 24 jam.

Saluran ini menyiarkan rancangan tempatan terdiri daripada drama tempatan dan Melayu serta rancangan tempatan yang disediakan oleh Radio Televisyen Brunei.

RTB Sukmaindera menyiarkan sebuah buletin berita Inggeris 10:00 malam dengan saluran kembar RTB Perdana secara serentak.

Pada 9 Julai 2009, RTB Brunei International rasmi dinamakan semula sebagai RTB4 International.

Pada 11 April 2017, RTB4 rasmi dinamakan semula sebagai RTB Sukmaindera sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula RTB serta peralihan penyiar dari analog ke penyiaran digital.

Kepada penonton RTB Sukmaindera di Sarawak dan Labuan, RTB Sukmaindera kini bersiaran melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 857 dalam format HD (definisi tinggi).

RTB GO Live, RTB Aneka, RTB Sukmaindera, Nasional FM, Pelangi FM, Pilihan FM, Harmoni FM dan Nur Islam telah rasmi tersedia melalui laman web RTB GO untuk dilihat didalam dan luar Brunei.

Rancangan

Berita

  • Berita Awal Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Jam 9 (segmen rancangan Rampai Pagi) (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Dunia 11 Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita 11:30 Pagi (Tengah Hari) (kecuali Isnin hingga Khamis) (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Sukan Antarabangsa (Tayangan serentak RTB Aneka).
  • Berita Asean (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Liputan Semasa (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Jam 3 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Arena Sukan (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Dunia 4:30 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana)
  • Berita 5:45 (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Perdana (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • News at 10 (Tayangan serentak RTB Perdana).

Sejarah

RTB Sukmaindera bermula sebagai RTB Brunei International secara rasminya dilancarkan pada 9 Julai 2003 jam 1:00 pagi.

Lagu kebangsaan

Pada pukul 6:00 pagi dan 11:00 malam setiap hari bersama-sama dengan stesen kembar RTB Perdana lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan dan penutupan.

Rujukan