Firaun: Perbezaan antara semakan
Membatalkan semakan 5376247 oleh 42.189.106.90 (Perbincangan) |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 57: | Baris 57: | ||
* {{en}} [http://www.digitalegypt.ucl.ac.uk/Welcome.html Mesir Digital bagi Universiti] |
* {{en}} [http://www.digitalegypt.ucl.ac.uk/Welcome.html Mesir Digital bagi Universiti] |
||
* {{ms}} [http://www.tayibah.com/eIslam/jasad_firaun_terpelihara.php Jasad Firuan Kekal terpelihara] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20140908233733/http://www.tayibah.com/eIslam/jasad_firaun_terpelihara.php |date=2014-09-08 }} |
* {{ms}} [http://www.tayibah.com/eIslam/jasad_firaun_terpelihara.php Jasad Firuan Kekal terpelihara] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20140908233733/http://www.tayibah.com/eIslam/jasad_firaun_terpelihara.php |date=2014-09-08 }} |
||
{{Tunas-mesir-purba}} |
|||
{{Mesir Purba}} |
{{Mesir Purba}} |
||
Semakan semasa pada 17:25, 12 Ogos 2022
Firaun (Jawi: فرعون , bahasa Inggeris: pharaoh ) merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam
Zaman dan Dinasti Mesir Kuno |
---|
Semua tahun adalah SM |
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Pharaoh "Pr Aa" dalam hieroglif | ||
|
Firaun merupakan serapan Arab: فرعون firʿawn (sepertimana yang digunakan dalam al-Qur’an); ia berakar dari Bahasa Mesir pr ꜥꜣ , * /ˌpaɾuwˈʕaʀ/ "great house" di mana pr bermaksud "rumah" dan ꜥꜣ "tiang" atau "tinggi" lalu ditafsirkan sebagai istana; ia dikaitkan dengan salah satu gelaran bagi raja Mesir semasa zaman Kerajaan Lama iaitu smr pr-ꜥꜣ "orang istana" (Courtier of the High House).[1] Ia dikaji terawal digunakan dalam suatu surat perutusan kepada Amenhotep IV (Akhenaten) pada pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM).[2]
Kebesaran dan Gelaran
[sunting | sunting sumber]Ramesses II dalam hieroglif | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
nama diraja | |||||||||||||||
|
|||||||||||||||
nama kelahiran | |||||||||||||||
|
Raja Mesir memakai dua mahkota, yang dicipta dari Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan Mahkota Putih dari Mesir Hulu. Ia dihiasi dengan ular yang digandakan ketika Dinasti Kedua Puluh Lima.
Ahli kaji Mesir purba, Bob Brier mendapati walaupun terdapat banyak pernyataan dan lukisan tentang mahkota diraja, tiada mahkota yang sebenar ditemui. Makam Tutankhamun digali besar-besaran tetapi tetap tidak dijumpai. Mahkota tersebut dikatakan mempunyai kandungan sihir, dan pendapat Brier mengatakan bahawa mahkota tersebut tidak boleh dibawa bersama apabila telah mangkat tetapi harus diserahkan kepada penggantinya.
Gelaran rasmi bagi raja ketika Kerajaan Baru mengandungi lima nama; bagi sesetengah pemerintah, kita hanya mengetahui satu atau dua sahaja
Permasalahan
[sunting | sunting sumber]Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:
- Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.
- Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I dibunuh.
- Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.
- Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.
- Walaupun jelas Cleopatra adalah keturunan Yunani dan bukan Mesir, bapanya Ptolemy XII Auletes, tetapi ibunya masih tidak pasti. Barangkali adik tiri Ptolemy Cleopatra Selene.
- Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.
- Tidak jelas sama ada Khababash dari Dinasti Ketiga Puluh betul-betul seorang firaun, malah asal-usulnya juga adalah misteri.
- Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris)Sir Alan Gardiner Egyptian Grammar: Being an Introduction to the Study of Hieroglyphs, Third Edition, Revised. London: Oxford University Press, 1964. Excursus A, pp. 71-76.
- (Inggeris)Brier, Bob. PhD. History of ancient Egypt (Audio). The First Nation in History. The Learning Company. 2001.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris)Ancient Egyptian History - A comprehensive & consise educational website focusing on the basic and the advanced in all aspects of Ancient Egypt
- (Inggeris) Pharaoh of the Exodus article Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback Machine Kalendar Diraja
- (Inggeris) Tutankhamun: Gambar Diarkibkan 2004-12-21 di Wayback Machine
- (Inggeris) Genealogi Diraja Mesir Diarkibkan 2009-04-07 di Wayback Machine
- (Inggeris) Mesir Digital bagi Universiti
- (Melayu) Jasad Firuan Kekal terpelihara Diarkibkan 2014-09-08 di Wayback Machine