Islam di Yunani: Perbezaan antara semakan
k Anumengelamun telah memindahkan laman Islam di Greece ke Islam di Yunani melalui lencongan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 42: | Baris 42: | ||
{{Europe in topic|Islam di}} |
{{Europe in topic|Islam di}} |
||
[[Kategori:Islam mengikut negara| |
[[Kategori:Islam mengikut negara|Yunani]] |
||
[[Kategori:Greece|Islam]] |
[[Kategori:Greece|Islam]] |
Semakan pada 02:29, 10 November 2020
Islam di Yunani diwakili oleh beberapa bilangan komuniti autochthonous dan pendatang asaing.
Muslim Autochthonous di Greece
Penduduk Muslim asli di Yunani terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bahasa dan latar belakang sosial yang sering bertindih.
Agama Islam adalah fahamanya beberapa kumpulan etnik autochthonous yang tinggal di wilayah Yunani kini, iaitu Pomaks, etnik Turk, sesetengah kumpulan Roma, dan Muslim Yunani, yang memeluk agama Islam terutamanya pada abad ke-15 dan ke-18. Penduduk Muslim negara ini berkurangan secara besar disebabkan perjanjian penukaran penduduk 1923 di antara Greece dan Republik Turki baru, yang juga menyingkirkan sekurang-kurangnya 1.5 juta orang Greece dari Asia Minor.
Istilah Minoriti Muslim (Μουσουλμανική μειονότητα) merujuk pada minoriti agama Islam, linguistik dan etnik di Thrace barat, sebahagian dari timur laut Greece. Pada 1923, di bawah syarat Perjanjian Lausanne, orang Muslim yang tinggal di Greece harus berpindah ke Turki; di mana, orang Kristian yang tinggal di Turki harus berpindah ke Greece dalam sebuah "pemindahan penduduk". Cuma Orang Muslim Thrace dan Kristian Istanbul dan kepulauan Gökçeada dan Bozcaada (Imvros dan Tenedos) tidak ditukarkan. Untuk penerangan selanjut pada masyarakat ini, lihat Minoriti Muslim Yunani.
Fakta bahawa orang minoriti Muslim di Greece tetap tinggal sementara orang Greece dari Istanbul dan kepulauan Gökçeada dan Bozcaada telah dipaksa berpindah ke Greece oleh kerajaan Turki telah dinyatakan oleh kumpulan hak kemanusiaan dan membangkitkan sentimen nasionalisme di sesetengah hujung masyarakat Greece. Sentimen yang mirip juga dirasai di bahagian masyarakat Turki mengenai keadaan terkini pada Muslim Greece Thrace barat, yang biasanya dianggap etnik Turki.
Kebanyakan Muslim Greece autochthonous menganggap diri mereka etnik Turki. Peninggalan Empayar Uthmaniyyah, masyarakat ini menetap kebanyakannya di Thrace Barat, di mana mereka dibenarkan untuk menetap di bawah Perjanjian Lausanne 1923. Di bandar Komotini, ia terdiri dari hampir 40 peratus jumlah penduduk. Terdapat juga sebuah masyarakat Turki di bandar Xanthi di mana ia terdiri dari 23 peratus penduduk. Ada juga masyarakat Muslim dan Muslim Turki menetap di sesetengah kepulauan Dodecanese yang, sebagai sebahagian Itali di antara 1912 dan 1947, tidak dikenakan penukaran penduduk di antara Turki dan Greece pada 1923. Bilangan mereka adalah sekitar 5,000, kebanyakan mereka ada pengenalan Turki dan berbahasa Turki. Masyarakat terkuat berada di Kos (2,000 orang) dam Rodos (3,000 orang) , terutamanya di kampung Platanos.
Orang Pomak pada umumnya tinggal di perkampungan padat di Pergunungan Rhodope Thrace Barat. Sementara masyarakat Roma Greece kebanyakannya Orthodoks Yunani, orang Roma di Thrace kebanyakannya Muslim.
Pendatang Muslim di Greece
Pendatang pertama yang beragama Islam, kebanyakannya Arab Palestin, tiba pada awal 1970-an dari Timur Tengah, dan bertumpu di dua pusat bandar utama, Athens dan Thessaloniki. Sejak 1990, telah ada pertambahan dalam bilangan pendatang Muslim, lima puluh peratus dari Albania. Selebihnya datang dari negara-negara Timur Tengah, dan juga Pakistan, India dan Bangladesh.
Kebanyakan masyarakat pendatang Muslim, yang berbilangan sekitar 140,000 orang, menetap di Athens. Sebagai pengakuan hak agama mereka, kerajaan Greece telah meluluskan pembinaan sebuah masjid pada Julai 2006. Tambahan lagi, Gereja Ortodoks Yunani telah mendermakan 300,000 kaki persegi, bernilai pada sebuah tafsiran $20 juta, di Athens barat untuk tujuan sebuah kubur Muslim [1] [2].
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar
- Olympic city to build first mosque, BBC, Tuesday, 29 October, 2002, 13:19 GMT.
- Mihenk Dergisi, a Turkish language magazine for the Turkish community in western Thrace.
- Γκιουλμπεγιάζ Καραχασάν: Παιχνίδι με την φωτιά
- Greek Muslim appointed PASOK candidate for local prefecture
- Islamic organizations in Greece
- Pomak dictionary