Hemoroid: Perbezaan antara semakan
Baris 60: | Baris 60: | ||
== Rawatan == |
== Rawatan == |
||
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda dari faktor - faktor penyebab penyakit tersebut. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut. Ingat "Pencegahan penyakit lebih baik daripada merawatnya". |
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda dari faktor - faktor penyebab penyakit tersebut. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut. Ingat "Pencegahan penyakit lebih baik daripada merawatnya". |
||
Rawatan awal boleh dilakukan dengan mengunakan minyak zaitun @ olive oil pada permukaan dan pangkal hujung dubur anda selepas selesai membuang air besar. Lakukan diwaktu malam sebelum tidur sehari. Bersihkan bahagian yang tumpukan dan celupkan jari kelingking anda di dalam minyak tersebut dan letakkan pada permukaan dubur juga pangkal hujung dubur. Minyak kelapa juga boleh digunakan yang mengandungi unsur - unsur vitamin dan mineral yang diperlukan di dalam khasiat minyak tersebut secara semula jadi. |
|||
Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir dan ia hanyalah berfungsi sebagai pelega kesakitan penyakit tersebut. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar. |
Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir dan ia hanyalah berfungsi sebagai pelega kesakitan penyakit tersebut. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar. |
Semakan pada 12:30, 1 November 2016
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Buasir | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | I84 |
ICD-9 | 455 |
MedlinePlus | 000292 |
eMedicine | med/2821 |
Penafian perubatan |
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-jenis buasir
Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Penyebab utama
- Meneran dengan kuat (ketika najis keras atau sembelit) - Faktor utama
- Sentiasa duduk @ Jarang melakukan senaman " Kegel Exercise"
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk @ Kuat dan kerap berlaku
- Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan
- Mengangkat berat secara berlebihan dan berpanjangan (Posisi mengangkang)
- Kurang mengambil sayuran - sayuran dan buah - buahan di dalam pemakanan seharian sebagai pelawas
- Kurang meminum air di dalam seharian
- Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok sehari)
- Bersalin normal yang tidak teratur
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual - Kes jarang berlaku
Faktor Risiko
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
- Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
- Bekerja atau melakukan aktiviti - aktiviti berat (Kerja buruh)
- Kurang menjaga pemakanan seimbang
- Jarang melakukan exercise "Kegel Exercise"
- Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
- Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
- Mengandung
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit. Rasa kurang selesa ketika duduk dan berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi. Pucat, tekanan darah rendah (Hypotension), lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening dan boleh jatuh pengsan @ pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan
Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Elakkan punggung anda daripada duduk di kerusi yang keras dan kurang selesa juga panas.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda. Tarik nafas secara teratur dan lembut ketika melakukan " Kegel Exercise"
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Amalkan sebagai satu tabiat baik supaya jangan membaca, melakukan aktiviti - aktivit sampingan (Melayan telefon bimbit) atau berehat-rehat di dalam tandas terlalu lama dengan posisi mengangkang. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena sila ubah kedudukan anda secara baik dan teratur agar anda tidak kelam kabut dalam mengatur langkah anda dan menyebabkan kesakitan pada hujung dubur anda. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut dengan membanyakkan memakan makanan seimbang iaitu lebihkan sayur - sayuran dan buah - buahan di dalam menu seharian anda. Banyakkan meminum air suam untuk mencairkan najis yang keras.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan @ menyakitkan.
Rawatan
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda dari faktor - faktor penyebab penyakit tersebut. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut. Ingat "Pencegahan penyakit lebih baik daripada merawatnya".
Rawatan awal boleh dilakukan dengan mengunakan minyak zaitun @ olive oil pada permukaan dan pangkal hujung dubur anda selepas selesai membuang air besar. Lakukan diwaktu malam sebelum tidur sehari. Bersihkan bahagian yang tumpukan dan celupkan jari kelingking anda di dalam minyak tersebut dan letakkan pada permukaan dubur juga pangkal hujung dubur. Minyak kelapa juga boleh digunakan yang mengandungi unsur - unsur vitamin dan mineral yang diperlukan di dalam khasiat minyak tersebut secara semula jadi.
Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir dan ia hanyalah berfungsi sebagai pelega kesakitan penyakit tersebut. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. Anda juga harus mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan yang cepat bertindak yang segera mendapat ke akar masalah buasir seperti krim, minyak, suppositories, kain lap, dan treaments ais adalah sementara dan banyak kali boleh merengsakan permukaan dubur.
Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.
Pengurusan sendiri
- Banyak meminum air suam sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari (Disarankan untuk meminum susu segelas sehari terutamanya sebelum membuang air besar dan selepas makan setiap hari).
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan (Contohnya: Betik, pisang dan tembikai) dan sayur-sayuran (Contohnya: Sayur kangkung - jenis berdaun, sayur bendi dan sayur terung).
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air. Dan ketika ditandas, kurangkan meneran ketika mencangkung untuk membuang air besar. Rileks dan tarik dan hembus nafas secara teratur dan lembut ketika membuang air besar @ Berak.
- Kurangkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan pada usus besar anda (makanan pedas atau berempah, keras dan alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus besar anda terutamanya hujung dubur (kopi atau teh).
- Cukupkan rehat anda selama 7 jam sehari diwaktu malam dan sekiranya anda berbaring terlentang pastikan ada bantal di bahagian punggung anda atau memakai tilam yang lembut. Elakkan daripada duduk di kerusi yang keras dan panas juga kurang selesa kepada punggung anda.
- Lakukan senaman "Kegel Exercise" sekiranya perlu dimana terutamanya anda ada merasa ketidak selesaan dibahagian pangkal hujung dubur anda. Cuba lakukan senaman berjalan kaki selama 15 minit sehari dan lakukan senaman pernafasan "Deep Breathing Exercise".
- Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor atau mana - mana ahli perubatan yang bertauliah diklinik atau hospital yang berdekatan dengan anda. Jangan dibiarkan penyakit tersebut terlalu dengan menganggap penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya.
Pautan luar
- (Melayu) pilihan rawatan berkesan buasir
- (Melayu) Apa itu buasir?
- (Melayu) Buasir di Wiki UKM.