Wikijunior
Wikijunior merupakan sebuah subprojek Wikibooks yang mengkhusus dalam buku kanak-kanak.[1] Usaha ini terdiri daripada kedua-duanya sebuah tapak web dan juga sebuah majalah. Tapak web ini kini sedang diusahakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Denmark, Bahasa Finland, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Jepun, dan Bahasa Sepanyol, tetapi dijangka dalam sekurang-kurangnya 12 bahasa. Wikijunior dibiayai oleh Yayasan John dan Frances Beck.
Kini projek ini sedang mengusahakan tiga siri buku cetakan:
- The Natural World (Dunia Semulajadi)
- Siri Biologi/Geografi. Siri ini mengandungi tajuk-tajuk: "Big Cats" (Kucing Besar) dan "Dinosaurs".
- Our World of People
- Siri Budaya/Sejarah/Kehidupan/Masyarakat. Siri ini termasuk: "South America" (Amerika Selatan), "Languages" (Bahasa-bahasa), "Kings and Queens of England" (Raja-raja dan Ratu-ratu England), dan "Ancient Civilizations" (Tamadun Awal).
- A World of Discovery and Innovation (Dunia Penemuan dan Inovasi)
- Siri Mathematik/Sains/Teknologi. Termasuk: "Solar System" (Sistem Suria), "How Things Work", dan "The Elements" (Unsur-unsur).
Sejarah Projek
suntingYayasan Beck menemui Wikimedia untuk mencipta satu set buku wiki untuk golongan muda, dengan menawarkan bantuan mulaan untuknya. Konsep ini diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia pada 16 Oktober 2004. Wikijunior dimulakan pada 24 Oktober di Meta-Wiki oleh kakitangan Wikimedia Danny Wool. Pengusahaan kandungan sebenar bermula pada 7 November 2004 di Wikibooks.
Bantuan Yayasan Beck hanya untuk menyokong projek ini dengan ruangan pelayan, bukan untuk menerbit atau mengagihkan buku-buku. Perundingan untuk mendapatkan lebih bantuan untuk penciptaan versi cetak sedang berlangsung sejak Julai 2006.[2]
Criticism
suntingPada tahun 2006 Wikijunior didapati mempunyai purata pembolehbacaan tahap gred 8.[3]
Rujukan
sunting- ^ "TAGorg Participates in 2007 Wikimania Conference in Taiwan". ag-IP-news (23/8/2007). Dicapai pada 2007-08-25.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-03. Dicapai pada 2007-12-05.
- ^ McPherson, Keith (2006-10-01). "Wikis and literacy development". Teacher Librarian. Scarecrow Press, Inc. Check date values in:
|date=
(bantuan)