Transkripsi (album)
Transkripsi ialah album studio ke-12 Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini telah terjual melebihi 80,000 unit. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.
Transkripsi | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 23 April 2006 | |||
Dirakamkan pada | Mei 2005 - Mac 2006 | |||
Genre | Pop dan R&B | |||
Panjang | 58:04 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions, Suria Records | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada Transkripsi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Album ini juga merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions dan album pertama beliau dimana Siti berperanan sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Album ini diiktiraf sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti Nurhaliza, kerana kepelbagaian elemen pop, rock, dan turut memuatkan lagu balada yang baik.
Latar belakang
suntingIa menjadi album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions selepas beliau meninggalkan Suria Records (SRC) pada awal 2005 selepas menerbitkan 10 album bersama SRC dan ia dikeluarkan 10 tahun selepas pelancaran album pertama beliau pada 1996.
Siti memulakan promosi album Transkripsi dengan mengedarkan lagu Biarlah Rahsia di semua stesen radio di seluruh negara. Lagu ini diterbitkan sebagai maklum balas kepada pihak petugas media yang bertungkus-lumus menyiasat kehidupan peribadi Siti, terutamanya mengenai perhubungannya dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa menjelang hari perkahwinan mereka pada 21 Ogos 2006.[1]
Transkripsi menerima pujian kritis daripada daripada pengulas dan menyifatkannya sebagai salah satu album terbaik Siti yang pernah dihasilkan [2][3] dan penerbitan album ini merupakan percubaan pertama Siti untuk menerbitkan album di bawah syarikatnya sendiri.
Keluaran dan sambutan
suntingPenarafan profesional | |
---|---|
Markah ulasan | |
Sumber | Taraf |
ERA | link |
Klik | |
New Straits Times | link |
Sultan Muzaffar |
Album Transkripsi dikeluarkan pada 23 April 2006 dan muzik video untuk Biarlah Rahsia dan Bisakah telah diterbitkan.[4]
Ianya cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, sekaligus menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14,[4][5][6] di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.[6]
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Siti Situ Sana Sini" | Cham VE | Damian VE dan Lah VE | 4.06 | |
2. | "Biarlah Rahsia" | Siti Nurhaliza | Melly Goeslaw | 4.09 | |
3. | "Destinasi Cinta" | PSNN | Lin Li Zhen | 3.24 | |
4. | "Cuba Untuk Mengerti" | Tengku Shafiek | Tengku Shafiek | 4.45 | |
5. | "Hidup Penuh Bicara" | Yasin & Eena Houzyama | Yasin | 3.59 | |
6. | "Bila Harus Memilih" | Glenn Fredly | Glenn Fredly | 4.23 | |
7. | "Pastikan" | Melly Goeslaw | Melly Goeslaw | 4.22 | |
8. | "Hati Berbisik" | Siti Nurhaliza | Siti Nurhaliza & Aubrey Suwito | 4.10 | |
9. | "Rupanya Kita Serupa" | Cat Farish | Cat Farish | 4.56 | |
10. | "Tanpa Dendam di Hati" | Habsah Hassan | Erwin Gutawa | 4.15 | |
11. | "Intrig Cinta" | Loloq | Siti Nurhaliza | 4.04 | |
12. | "Impiankan Nyata" | Rauf | Abdul Rahim Bachik, Rauf & Firdaus Mahmud | 3.40 | |
13. | "Bisakah" | Tessh RS | Aubrey Suwito | 4.39 | |
Kedudukan carta
suntingAlbum
suntingCarta (2007) | Kedudukan tertinggi carta |
---|---|
Malaysia (Top 10 Album Tempatan Paling Laris 2006) | 2 |
Malaysia (Carta RIM) | 1[7] |
Single
suntingTahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||||
2006 |
Biarlah Rahsia |
1 | 1 | 1 | - | |||||||
Bisakah |
7 | 13 | 6 | 2 | ||||||||
Siti Situ Sana Sini |
1 | 1 | - | - | ||||||||
Bila Harus Memilih |
7 | 4 | - | - | ||||||||
2007 |
Pastikan |
1 | 1 | 1 | - | |||||||
Destinasi Cinta |
- | 11[nota 1] | 1 | 1 |
^Tidak termasuk Carta Xfresh, Carta Suria, MTV Jus dan Hits 1
Anugerah
suntingAnugerah Industri Muzik
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2007 | Transkripsi | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) | Tercalon |
Kulit Album Terbaik | Tercalon | ||
Album Pop Terbaik | Menang | ||
Album Terbaik | Menang | ||
"Bisakah" | Video Terbaik | Tercalon |
Anugerah Planet Muzik
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan | Negara hos |
---|---|---|---|---|
2007[8][9] | "Biarlah Rahsia" | Lagu Paling Popular | Tercalon | Singapura |
Lagu Terbaik | Menang | |||
Transkripsi | Album Terbaik | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2007[10] | "Destinasi Cinta" | Lagu Pop Rock Terbaik | Tercalon |
Anugerah ERA
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2006 | "Biarlah Rahsia" | Lagu Pop Pilihan Terbaik | Tercalon |
2007[11] | "Pastikan" | Lagu Pop Pilihan Terbaik | Tercalon |
Penyanyi Wanita Pilihan Terbaik | Menang |
Pensijilan
suntingNegara | Pensijilan | Jualan/penghataran |
---|---|---|
Malaysia | RIM: 4× Platinum | 80,000 |
Catatan
suntingRujukan
sunting- ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (6 Mei 2006) Kisah menarik majlis pelancaran album Siti Utusan Malaysia. Diperoleh pada 28 April 2014.
- ^ Transkripsi vokal terbaik Siti (2 Mac 2006) Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 3 September 2010.
- ^ So gloriously Siti (11 March 2006) New Straits Time. Digital Collections DC5: Cross Search. Retrieved on 3 September 2010.
- ^ a b Transkripsi Diarkibkan 2009-03-30 di Wayback Machine SitiZone. Diperoleh pada 28 Disember 2009.
- ^ Right AIM (20 March 2006) Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 11 Ogos 2010.
- ^ a b Saingan sengit finalis AIM14 (30 Mac 2007) Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 11 Ogos 2010.
- ^ Retail Sales Chart - Malay Chart (1 August 2006) Recording Industry Association Of Malaysia. 25 Februari 2011.
- ^ "Penyertaan karyawan muzik Malaysia sedikit". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 24 April 2007. Dicapai pada 2 September 2010.
- ^ "Siti raih 3 anugerah APM 2007". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 9 Jun 2007. Dicapai pada 2 September 2010.
- ^ Kejutan AJL22 tak undang kontroversi (3 Februari 2008). Berita Minggu. Digital Collections DC5: Text Archive. Diperoleh pada 24 September 2010.
- ^ Siti terus ungguli vokal Diarkibkan 2013-12-24 di Wayback Machine |Shazryn Mohd. Zainal (9 September 2007). Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 22 Ogos 2010.
Pautan luar
sunting- Transkripsi di iTunes Malaysia
- Transkripsi di Discogs