Tiada Lagi Tangisan
Tiada Lagi Tangisan merupakan sebuah lagu ciptaan komposer Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Mohariz Yaakup. Lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi popular Misha Omar dan dimuatkan dalam album keduanya berjudul Aksara pada tahun 2004. Lagu ini bagaimanapun tidak dijadikan single untuk promosi album tersebut.
"Tiada Lagi Tangisan" | |
---|---|
Single oleh Misha Omar | |
Dilancarkan | 17 Mei 2004 |
Genre | Pop |
Syarikat | BMG Music (Malaysia) |
Penerbit | Adnan Abu Hassan |
sunting · sunting di Wikidata |
Versi Aishah
sunting"Tiada Lagi Tangisan" | |
---|---|
Single oleh Aishah | |
Dilancarkan | 7 Jun 2005 |
Genre | Pop |
Syarikat | BMG Music (Malaysia) |
Penerbit | Adnan Abu Hassan |
sunting · sunting di Wikidata |
Lantaran tidak dijadikan single, penerbit lagu ini iaitu Adnan sendiri bertindak merakamkan semula lagu ini dengan vokal penyanyi senior iaitu Aishah pada tahun 2005. Lagu ini dijadikan single pengenalan untuk album ke-10 penyanyi itu berjudul Kurnia yang diterbitkan pada 2006.
Akibatnya, lagu ini bersaing populariti bersama single ke-4 daripada Misha iaitu Riwayat Cinta. Lagu Tiada Lagi Tangisan bagaimanapun ternyata popular di tangan Aishah, dan mendaki carta radio.
Dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantasia
suntingLagu ini juga telah dinyanyikan oleh Idayu, seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 3 (2005), ketika berlangsungnya konsert mingguan minggu ke-4. Adnan sendiri salah seorang tenaga pengajar di AF3 ketika itu. Biarpun menyanyikan dengan cemerlang, Idayu bagaimanapun disingkirkan pada minggu tersebut.
Aishah juga hadir memberi sokongan ketika konsert minggu tersebut.
Pencapaian
suntingMenerusi Aishah, lagu ini tercalon ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 20 kategori balada. Pun begitu, lagu yang turut bersaing dengan single kedua daripada album Aksara iaitu Dedebu Cinta yang disampaikan Misha sendiri gagal menempah tiket ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2005.
Lagu versi Aishah menerima nominasi untuk kategori Lagu Pop Pilihan di Anugerah Era 2005, namun tewas kepada lagu Elegi Sepi nyanyian Azharina Azhar.
Baik Misha mahupun Aishah, kedua-duanya menerima pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) menerusi album rakaman masing-masing pada acara AIM yang berasingan.
Persembahan
suntingMisha Omar telah beberapa kali menyampaikan lagu ini di kaca televisyen ekoran permintaan ramai. Beliau menyanyikan lagu ini di dalam program Dari Studio Satu Platinum (Astro RIA), Hiburan Minggu Ini (RTM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (TV3), Bintang Minggu Ini Bersama Misha Omar (Astro RIA),
Untuk skala konsert, Misha menyampaikan lagu ini di dalam dua konsert solonya; - This Is Misha..Live at DFP 2019 dan Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar (2021).