Kabupaten Simeulue

kabupaten di provinsi Aceh, Indonesia
(Dilencongkan daripada Simeulue)

Simeulue merupakan sebuah kabupaten di tengah Lautan Hindi, lebih kurang 120 batu dari pantai barat Aceh. Kabupaten Simeulue berpisah dengan Kabupaten Aceh Barat pada tahun 2000. Ibu kota Kabupaten Simeulue ialah Sinabang.

Kabupaten Simeulue
Kawasan tahap II
Lambang Kabupaten Simeulue
Cogan kata: "Simeulue Atee Fulawan" (Simeulue Berhati Emas)
Map
Peta
Kabupaten Simeulue yang terletak di Sumatra
Kabupaten Simeulue
Kabupaten Simeulue
Kabupaten Simeulue yang terletak di Indonesia
Kabupaten Simeulue
Kabupaten Simeulue
Koordinat: 2°37′00″N 96°05′00″E / 2.61667°N 96.08333°E / 2.61667; 96.08333
Negara Indonesia
ProvinsiAceh
Tanggal berdiri4 Oktober 1999
Dasar hukumUU RI No. 48 Tahun 1999
Ibu kotaSinabang
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 8
  • Kelurahan: 135
Pentadbiran
 • BupatiErli Hasim, S.H, S.Ag, M.Ikom
Keluasan
 • Jumlah2,310 km² km2 (Bad rounding hereFormatting error: invalid input when rounding batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah82,648
 • Kepadatan36/km2 (90/batu persegi)
Demografi
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Kode telepon0650
APBD 
DAU 
Laman sesawang-

Penduduk Kabupaten Simeulue kelihatan seperti orang Nias, dengan kulit kuning serta mata seperti orang Cina, dan mempunyai bahasa yang berbeza dengan tanah besar Aceh. Hampir seluruh penduduk kepulauan ini beragama Islam. Disebabkan kedudukan geografinya yang berasingan, huru hara pertikaian di tanah besar Aceh tidak pernah melimpah ke kawasan ini, bahkan tidak ada pergerakan GAM di kawasan kepulauan ini.

Kabupaten ini terkenal dengan hasil cengkihnya. Salah satu keistimewaan kabupaten Simeulue yang menjadi ciri khas adalah kerbau Simeulue. Walaupun kerbau ini kecil sahaja, rasa dagingnya lebih manis daripada kerbau di tanah besar dan oleh itu, telah dijual di luar pulau Simeulue dengan harga yang tinggi disebabkan mutunya.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting