Salmah Ahmad
Salmah Lagio atau lebih dikenali sebagai Salmah Ahmad (lahir 7 September 1937) merupakan salah seorang bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an.[1]
Salmah Ahmad | |
---|---|
Kelahiran | Salmah binti Lagio 7 September 1937 |
Nama lain | Salmah Ahmad |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1957–1964 |
Pasangan | Ahmad Shahlan (k. 1955; c. 1981) |
Anak-anak | 6 |
Kehidupan awal dan kerjaya
suntingSalmah dilahirkan pada 7 September 1937 di Johor Bahru.[2] Ketika berusia 17 tahun, beliau memenangi Ratu Cantik yang dianjur oleh UMNO Johor Bharu. Selepas itu beliau terpilih untuk membintangi film Pontianak, yang dihasilkan oleh Cathay Keris pada tahun 1957.
Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada 1962, beliau menyertai Studio Merdeka yang bertempat di Hulu Kelang, Selangor yang baru sahaja dibuka.
Filem pertama beliau bersama Studio Merdeka adalah "Tun Tijah" yang diarah oleh L. Krishnan, dan diikuti dengan "Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payong, Ibu Ayam, Anak Manja” dan lain-lain".
Filem terakhir beliau adalah "Tun Mandan" arahan Salleh Ghani pada 1964, sebelum bersara dari dunia lakonan.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1957 | Pontianak | Salmah | Filem pertama |
Dendam Pontianak | Maria | ||
1958 | Satay | Fatimah | |
Sumpah Pontianak | Maria | ||
Orang Minyak | |||
1959 | Jula Juli Bintang Tiga | Jula Juli Bintang Tiga | |
Rasa Sayang Eh | |||
1960 | Noor Islam | Tengku Ratna Suri | |
1961 | Yatim Mustapha | Cahaya | |
Tun Tijah | |||
Keris Sempena Riau | Tun Lela | ||
1962 | Jula Juli Bintang 7 | Jula Juli Bintang Tiga | |
Selendang Merah | Kesuma | ||
Siti Payong | |||
1963 | Ibu Ayam | Rosnah | |
Anak Manja | |||
1964 | Tun Mandan | Tun Mandan | Filem terakhir |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2007 | Festival Filem Malaysia | - | Dirinya Sendiri | Artis Veteran |
1965 | Festival Filem Malaya | Noor Islam | Aktres Terbaik | Menang |