Saka
Saka (kata umbi diambil dari Jawa: ꦥꦸꦱꦏ , translit. pusaka, lit. 'warisan') adalah sebarang perkara yang merujuk kepada warisan, lebih kepada warisan ibu dari warisan bapa (dikenali sebagai baka).[1] Ia merangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pusaka, tanah pusaka dan sebagainya.[2]
Saka juga merujuk kepada tahun Saka, yang diwarisi dari takwim India.[3] Menurut tulisan Melayu pada 605 tahun Saka (683 A.D.), pemerintah Srivijaya yang bernama Srijayanasa memerintah taman yang dikenali sebagai Srikserta "taman bertuah" dibina ketika tentera Srivijaya bertolak menyerang Jawa.[4]
Saka juga merujuk kepada pokok saka, pokok yang hidup lebih dari semusim/setahun.[5]
Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.[6] Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.
Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”
Matlamat
suntingIlmu saka ini biasanya dituntut sebagai cara memelihara diri atau harta benda daripada musuh. Terdapat pelbagai jenis saka, bergantung kepada tujuan dan matlamat pemilik asal dan jenis saka/jin yang dirapati. Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi menganianya musuh atau orang yang dibenci pemiliknya...
Kelebihan
suntingSaka ini boleh digunakan bagi membantu pemiliknya dalam kerja seharian, seperti bertani, memburu dll. Sebagai contoh saka telinga, membolehkan tuannya mendengar pergerakan haiwan semasa memburu.
Jenis-jenis saka
suntingSaka merujuk kepada semua jenis jin/syaitan yang didampingi oleh seseorang dan ini termasuk:-
Kelemahan
sunting- Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.
- Saka ini akan berpindah kepada waris setelah kematian tuan asal dan saka yang tidak dipelihara dengan dijamu akan merasuk tuan barunya. Ini menimbulkan masalah kerana tuan baru biasanya tidak mengetahui kehadiran dan kehendak saka tersebut. Semakin lama saka itu diwarisi, semakin sukar untuk membuang saka tersebut.
- Saka yang tidak diwarisi waris biasanya akan berkeliaran dan akan mengamuk dan menganggu orang sekeliling. Kebiasaannya, sekiranya waris itu seorang yang kuat semangatnya, saka itu akan berpindah kepada anak kecil siwaris tersebut.
Penghapusan
suntingSaka biasanya sukar dihapuskan. Dengan itu saka biasanya dipujuk agar berjamu dalam satu bekas yang dikenali sebagai acak dan hanyutkan melalui sungai ke laut, atau kadang-kala saka ini diikat kepada sesuatu objek yang dianggap kekal bagi menghalang saka berkeliaran mengganggu orang ramai.
Penelitian secara ilmiah
suntingKemungkinan saka ini membabitkan penyakit keturunan, yang kemudiannya dikaitkan dengan saka sebagai satu cara penjelasan.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- ^ Wilkinson, 1959
- ^ Culture and the question of rights: forests, coasts, and seas in Southeast Asia By Charles Zerner
- ^ /\Encyclopedia of women & Islamic cultures, Volume 1, Suad Joseph, Afsaneh Najmabadi
- ^ E.J. Brill's first encyclopaedia of Islam, 1913-1936, Volume 2 By Martijn Theodoor Houtsma
- ^ Istilah pertanian, bahasa Inggeris-bahasa Malaysia, bahasa Malaysia-bahasa Inggeris - Dewan Bahasa dan Pustaka
- ^ Saka.