Rejimen Renjer Diraja

Rejimen Renjer DiRaja (RRD) ialah salah satu pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Pasukan ini terkenal dengan cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" yang berasal daripada Bahasa Iban yang bermaksud "Selagi Ada Hayat, Selagi Itulah Berjuang". Cogan kata ini berasal daripada motto keluarga Brooke iaitu "Whilst there is life, there is fight" dan digunakan oleh Sarawak Rangers. Cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" adalah dianggap sebagai keramat bagi bekas-bekas pegawai dan anggota Renjer kerana ia telah banyak menyemarakkan semangat mereka apabila bertempur dengan musuh.

Rejimen Renjer Diraja (RRD)
Logo Rejimen Renjer Diraja
Aktif16 September 1963 (ditubuhkan)
Negara Malaysia
KesetiaanYang di-Pertuan Agong Malaysia
CawanganTentera Darat Malaysia
JenisInfantri
Saiz10 Batalion
Pusat latihanPort Dickson, Negeri Sembilan
MotoAgi Hidup Agi Ngelaban

Sepertimana Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Kor Armor DiRaja, Rejimen Renjer Malaysia merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia. Walaupun usia sebagai Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja, namun keberanian dan semangat kepahlawanan anggota Rejimen Renjer sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara adalah amat digeruni oleh pihak musuh.

RRD adalah rejimen yang kedua terbesar dalam Tentera Darat. Rejimen ini merupakan satu rejimen yang amat unik di mana dianggotai oleh pelbagai kaum dan agama. Pada awalnya, rejimen ini secara majoritinya dianggotai oleh kaum pribumi Sabah dan Sarawak dan beberapa orang pegawai British. Semenjak daripada itu, keanggotaan rejimen telah dibuka kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kehadiran kaum pribumi memberi identiti tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan ia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.

Sejarah penubuhan

sunting
 
Lencana Rejimen Renjer DiRaja

Asal usul penubuhan

sunting

Rejimen Renjer DiRaja mempunyai asal usulnya dalam pembentukan pasukan Sarawak Rangers dalam abad ke-19 oleh Kerajaan Brooke di Sarawak untuk menjaga keamaan di kawasan pedalaman di Sarawak. Pada tahun 1862, satu pasukan Renjer seramai 120 orang anggota ditubuhkan di Kuching di bawah pimpinan Mejar W.H. Rodway.

Anggota-anggota pasukan ini diambil di kalangan bumiputera Sarawak dan ditambah dengan anggota dari kaum India dan kaum Jawa. Pasukan ini mempunyai pusat latihan di Kuching. Jasa Sarawak Rangers kepada Kerajaan Brooke untuk menjaga ketenteraman Sarawak amat besar. Sarawak Rangers terlibat dalam tindakan perang menentang pemberontak seperti Rentap (1857-1861), Julau Dayak (1856), Kayan Besar (1863), Katibas (1868-1871) dan Ulu Ai (1875).

Pasukan Sarawak Rangers ini diserap masuk ke dalam Pasukan Polis Sarawak (Sarawak Constabulary) pada tahun 1932. Pasukan Sarawak Rangers ditubuhkan semula oleh pihak British sebagai persediaan menghadapi Perang Dunia II, dan selepas British tewas selepas serangan Jepun pada tahun 1942, anggota-anggota Sarawak Rangers telah ditahan oleh tentera Jepun.

Selepas 1948

sunting

Dalam tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu dilanda krisis pemberontakan bersenjata yang didalangi oleh Parti Komunis Malaya. Walaupun krisis tersebut dipanggil oleh pihak berkuasa British sebagai darurat, sebenarnya ia satu pemberontakan bersenjata yang melibatkan peperangan secara terbuka di antara pihak yang bertelagah.

Dalam tahun 1948, kekuatan Rejimen Askar Melayu hanya sebanyak 3 batalion Infantri. Pasukan Tentera India pula dipanggil pulang ke India selepas India mencapai kemerdekaan. Sebahagian besar tentera yang ditugaskan untuk mempertahankan Tanah Melayu merupakan rejimen-rejimen tentera British yang tidak biasa dengan peperangan di hutan tebal.

Sarawak Rangers telah turut serta membanteras kegiatan pengganas komunis di Malaysia. Askar Iban telah dibawa oleh pasukan Tentera British untuk menjejak pergerakan pengganas komunis di hutan belantara Tanah Melayu. Dalam tahun 1953, pasukan “Askar Iban” tersebut disusun semula di dalam sistem rejimen dengan menubuhkan semula Sarawak Rangers sebagai satu rejimen dalam Tentera British yang dianggotai oleh orang-orang tempatan.

Malaysian Rangers

sunting

Dalam tahun 1963, dengan penubuhan Malaysia, Kerajaan Kolonial British memutuskan supaya pasukan Sarawak Rangers ditukarkan pentadbiran dan diserahkan untuk menjadi satu rejimen di dalam Tentera Darat Malaysia. Pasukan tersebut ditukarkan nama menjadi Renjer Malaysia dan menjadi pasukan tempur infantri Tentera Darat Malaysia yang mempunyai keanggotaan pelbagai kaum. Renjer Malaysia sekali gus memenuhi keperluan untuk mewujudkan satu pasukan tempur yang dianggotai pelbagai kaum seperti yang dihasratkan semasa penubuhan Rejimen Persekutuan pada tahun 1952.

Penyerahan Batalion Pertama dan Batalion Kedua Renjer Malaysia kepada Kerajaan Malaysia telah dilakukan dalam satu upacara bersejarah di Kem Syed Putra, Ipoh pada 4 Oktober 1965. Tarikh ini dirayakan sebagai hari ulang tahun kelahiran Rejimen Renjer. Nama unit ini ditukar menjadi Rejimen Renjer dalam tahun 1971, dan setelah diberikan gelaran “DiRaja’ dalam tahun 1992, pasukan ini dikenali dengan nama Rejimen Renjer DiRaja.

Kolonel Yang DiPertua

sunting

Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis merupakan seorang Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer DiRaja pada ketika ini. Disamping Kolonel Yang DiPertua, RRD juga mempunyai seorang ketua kor ataupun Pengerusi Rejimen Renjer. Pengerusi Rejimen adalah merupakan pegawai kanan rejimen yang menjawat pangkat yang tertinggi di dalam Tentera Darat Malaysia. Bekas Pengerusi Rejimen Renjer DiRaja adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Muhamad Effendi Mustafa. Beliau telah berkhidmat sebagai Panglima 1 Divisyen sebelum bersara.Susulan persaraan Lt Jen Dato' Effendi,jawatan Pengerusi Rejimen Renjer DiRaja kini disandang oleh Leftenan Jeneral Dato' Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Medan Timur Tentera Darat sejak Oktober 2007.

Organisasi dan unit

sunting
 
Kapten Norul Hisyam dari 8 Renjer memberikan cenderahati berupa bubu buatan tangan kepada Lt. Col. T. Armstrong dari Landing Force US Marine, semasa eksesais Cooperation Afloat Readiness And Training

Rejimen Renjer DiRaja kini mempunyai 10 buah batalion. Batalion Rejimen Renjer DiRaja tidak dikumpulkan di dalam sesuatu briged secara bersama-sama tetapi sebaliknya diagih-agihkan kepada briged-briged tempur dalam Tentera Darat Malaysia. Batalion Rejimen Renjer DiRaja disusun kelengkapan dan diberikan peranan seperti mana batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja. Kebanyakan batalion disusun menjadi batalion infantri standard.

Namun demikian, Batalion Kelapan (8 Renjer) Rejimen Renjer DiRaja mencatat sejarah pada 1 Julai 1990 apabila menjadi battalion infantri standard yang pertama ditukarkan menjadi Batalion Infantri Para. Kesemua anggota 8 Renjer telah melalui dan telah lulus kursus payung terjun, yang membolehkan keseluruhan batalion tersebut bersama pasukan bantuan tempurnya dimasukkan ke dalam kawasan operasi dengan cara mendarat menggunakan payung terjun.

Batalion Ketujuh Rejimen Renjer DiRaja (7 Renjer) pula telah disusun semula menjadi satu batalion infantry mekanis, dan sebagai pasukan infantri yang bergerak ke medan pertempuran menggunakan kenderaan berperisai ACV ataupun IFV.

Tradisi dan budaya

sunting

Tarian Dayak Najat iban

sunting
Fail:Taridayak.jpg
Tarian Dayak adalah sebahagian dari tradisi Rejimen Renjer

Rejimen Renjer sering memperagakan Tarian Ngajat, adat suku kaum Iban semasa menyambut tetamu kehormat. Umpamanya, tarian ini dipersembahkan oleh 4 Renjer kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. [1]

Hackle

sunting

Rejimen Renjer DiRaja merupakan satu-satunya rejimen tetap Tentera Darat Malaysia yang dibenarkan menggunakan hackle sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka sebagai satu simbol penghormatan yang tidak terdapat di dalam rejimen-rejimen TD yang lain. Rejimen Renjer DiRaja menggunakan hackle berwarna hitam. Pada masa yang sama juga, pegawai dan anggota RRD akan menggunakan butang baju bewarna hitam apabila memakai Pakaian Kerja/Pejabat, No.3. [2]

Batalion Rejimen Renjer DiRaja

sunting

Pada masa ini RRD mempunyai 10 batalion yang ditempatkan di seluruh negara.

1 Renjer

sunting

Rejimen 1 Renjer yang ditubuhkan pada 16 September 1963 di Kem Baird, Ulu Tiram sehari selepas pembubaran Sarawak Renjer merupakan sebuah rejimen yang pernah digeruni musuh negara satu ketika duhulu.

Berpaksikan kepada slogan Agi Idup Agi Ngelaban ataupun Selagi Hidup Selagi Melawan, 1 RRD telah menempah tempoh kegemilangan dan kejayaan dengan membunuh 91 pengganas dan menawan lapan musuh negara, merupakan rekod terbaik bagi unit infantri di bawah TD pada tahun 60-an hingga 80-an.

Atas kecemerlangan tersebut, kerajaan negeri Sarawak juga telah menganugerahkan Truncheon pada 19 November 1966 yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama, Tun Abang Openg Abang Sapiee.

Selain itu, batalion 1 RRD turut dianugerahkan Panji-Panji Rejimen pada 8 Oktober 1979 di Kem Terendak oleh Kolonel Yang Dipertua RRD, Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan dan pengorbanan pasukan 1 Renjer.[1]

Batalion ini kini ditempatkan di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur, kem yang sebelum ini diduduki oleh 6 RRD. Rejimen ini dikenali sebagai Batalion Istiadat dan bernaung dibawah perintah 12 Briged infantri bersama-sama 1 RAMD Istiadat. Batalion ini adalah merupakan batalion yang tertua dan yang paling kanan didalam Rejimen Renjer DiRaja, batalion ini juga dikenali dengan gelaran Sarawak Rangers.Sarawak Rangers juga ada mempunyai kugiran pasukan yang dahulunya dikenali sebagai BLACK HACKLE yang mana telah ditubuhkan pada 1978 dan kini nama Black Hackle telah ditukar menjadi ''''D'Royal Rangers.

.

2 Renjer

sunting

[3]

SEJARAH PASUKAN 2 RRD

Penubuhan pasukan 2 RRD terbentuk setelah satu perjanjian pertahanan diadakan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan British diadakan pada tahun 1963. Seterusnya, Kerajaan British telah membentuk dua buah Pasukan Infantri yang dianggotai oleh anak-anak tempatan negeri Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai pasukan ‘Ranger’. Kedua-dua pasukan tersebut adalah Batalion Pertama Rejimen Renjer yang dikenali sebagai ‘Sarawak Ranger’ dan Batalion Kedua Rejimen Renjer yang dianggotai oleh anak- anak tempatan Negeri Sabah dan dikenali sebagai Sabah Ranger. Batalion Kedua ini telah ditubuhkan dengan keanggotaan Tentera British serta sebilangan besar anggota tempatan yang terdiri terdiri daripada kaum Kadazan. Oleh kerana itu pasukan telah memilih cogan katanya dalam Bahasa Kadazan iaitu Osiou Oh Kamanang’ yang bermaksud “Siapa Berani Menang” (Who Dares Win).

Pasukan ini secara rasminya telah ditubuhkan pada 16 September 1963, di Kem Nyassa, Ulu Tiram, Johor (kini PULADA) dengan berkekuatan seramai 29 Pegawai dan 733 LLP. Pada 4 Oktober 1965, Kerajaan British dengan rasminya telah menyerahkan Batalion Kedua Rejimen Renjer ini bersama-sama dengan Batalion Pertama Rejimen Renjer kepada Kerajaan Malaysia. Upacara penyerahan ini telah dilakukan oleh Mej Gen H.A Lascelles OBE DCS bagi pihak kerajaan Bristish kepada Mej Jen Datuk Abdul Hamid bin Bidin, Ketua Turus Tentera Darat yang mewakili Kerajaan Malaysia. Selaras dengan perkembangan semasa, pasukan ini telah dinaiktaraf sebagai Batalion Infantri Standard (BIS) dan majlis pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh Lt Kol Omar Hamzah Zamhari bin Mohd Nasir (411430), Pegawai Memerintah 2 RRD ke-17 pada 18 Mac 1999 bertempat di Kem Syed Putra, Ipoh, Perak dengan kekuatan 15 pegawai dan 356 LLP.


PANJI-PANJI REJIMEN PASUKAN 2 RRD

Setelah hampir 17 tahun berkhidmat mencurahkan bakti demi kepentingan, kestabilan serta keselamatan negara, maka pasukan ini telah menerima pengiktirafan serta dianugerahkan dengan Panji-Panji Rejimen. Upacara yang penuh gilang gemilang dan bersejarah ini telah disempurnakan oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja pada 30 April 1980 bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru. Seramai 347 pegawai dan anggota pasukan telah menyertai perbarisan tersebut yang mana ia turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Panglima-Panglima Formasi dan Pegawai-Pegawai Kanan RRD pada ketika itu. Ketua Perbarisan bagi Istiadat Perbarisan tersebut adalah Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Azam bin Mohd Hanif dan Pegawai Panji-Panji diamanahkan kepada Lt M Nor Azman bin Mohd Yahya.

Setelah hampir 20 tahun berkhidmat mencurahkan bakti kepada negara, pasukan 2 RRD telah diperkenankan untuk melaksanakan Istiadat Pertukaran Panji Panji Rejimen pada 27 November 2000 bertempat di Padang Kawad Kem Syed Putra, Ipoh, Perak. Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen ini telah disempurnakan oleh Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer DiRaja, DYMM Tuanku Raja Perlis. Seramai 275 pegawai dan LLP terlibat dalam Istiadat Perbarisan tersebut. Ketua Perbarisan adalah Pegawai Memerintah 2 RRD pada ketika itu iaitu Lt Kol Zulkifli bin Mansor manakala Pegawai Panji-Panji adalah Lt Annuar bin Abdullah manakala SMR Perbarisan adalah PW 1 Ibrahim bin Abun.

RAGAAN PASUKAN 2 RRD

Batalion Kedua Rejimen Renjer DiRaja telah menjadikan Silver Log (Balak Perak) sebagai Ragaan Utama Pasukan. Silver Log ini merupakan penghargaan  oleh penduduk Teluk Wallace, Sabah kepada Batalion ini di atas segala jasa dan pengorbanan anggota pasukan sepanjang penugasannya. Silver Log ini melambangkan hasil utama penduduk di daerah tersebut iaitu kayu balak. Kayu-kayu  balak yang dikeluarkan dari daerah tersebut dipercayai telah memakmurkan rakyat di daerah tersebut dan Negeri Sabah khasnya. Rakyat tempatan Negeri Sabah amat berterima kasih kepada Batalion ini kerana telah mengawal dan mempertahankan daerah dan Negeri tersebut daripada ancaman musuh terutamanya semasa menghadapi Konfrontasi. Mengenangkan jasa-jasa tersebut, Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Sabah, Hj Pengiran Ahmad bin Rafaee telah berkenan menyumbangkan Silver Log (Balak Perak) kepada Batalion ini pada 9 April 1966. Berat ragaan ini adalah 1.75 kg dan berukuran panjang 30 cm serta berukur lilit 20.5 cm yang bernilai RM12,200.50 (nilai ketika itu) dan kini disimpan di Markas Batalion 2 RRD, Kem Syed Putra, Ipoh, Perak.

SEJARAH PERTEMPURAN DAN OPERASI PENTING PASUKAN 2 RRD

1.           OP KONFRONTASI

Pasukan telah terlibat dengan beberapa siri operasi di seluruh Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Terdapat beberapa siri operasi yang telah membuahkan hasil yang dapat dibanggakan. Antaranya ialah OP KONFRONTASI di Pulau Sebatu, Sabah pada 1 Disember hingga          24 Julai 1965. Operasi ini merupakan operasi bagi mengawal pembangkang politik dan Tentera Indonesia dari menghalang pembentukan Malaysia serta penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dengan tanah jajahan naungan British di Sabah dan Sarawak. Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol      W. G. Woods / Lt Kol Mohd Ghazali bin Che Mat dengan kekuatan 1 x Batalion. Sepanjang operasi ini, pasukan telah berjaya mencederakan 1 x musuh.

2.          OP GONZALES

Pasukan turut terlibat dalam OP GONZALES iaitu satu operasi yang melibatkan 3 x Formasi Briged Infantri Tentera Darat Malaysia dan satu Briged dari Pasukan Polis Hutan. Operasi ini dibawah kawalan sepenuhnya oleh Markas Kedua Divisyen Infantri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ke atas negeri- negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Objektif operasi ini adalah untuk menghapuskan ancaman pengganas komunis dari Pasukan Penggempur ke-5 (5th Assault Unit) yang telah lama beroperasi di kawasan Ulu Kinta dan Sungai Siput, Perak. Dalam Op GONZALES di Sungai Siput, Perak, pasukan telah berjaya membunuh 1 x musuh. Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol Mohd Zain bin Daud dengan kekuatan anggota seramai 1 x Batalion. Operasi ini telah dilaksanakan mulai 10 April hingga     6 Mei 1974.

3.          OP NGELABAN

Pasukan juga telah merekodkan kejayaan dengan membunuh 1 x musuh di dalam Op NGELABAN di Ulu Oya Sibu, Sarawak. Operasi ini telah dilaksanakan mulai 4 Ogos 1978 sehingga 14 Ogos 1979. Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol James Tomlow ak Isa dengan kekuatan keanggotaan seramai 1 x Batalion.


SEJARAH PENEMPATAN PASUKAN 2 RRD

Bil Nama Kem Negeri Tempoh
1. Kem Nyassa Johor 16 Sep 63 hingga 31 Okt 63
2. Kem Baghadad Line Perlis 1 Nov 63 hingga 30 Sep 64
3. Kem Remelies Line Perak 1 Okt 64 hingga 6 Nov 65
4. Kem Tanjung Batu Sabah 7 Nov 65 hingga 4 ogos 66
5. Kem Erskine Selangor 5 Ogos 66 hingga 29 Jul 68
6. Kem Kukusan Sabah 30 Jul 68 hingga 29 Jul 69
7. Kem Line Sabah 30 Jul 69 hingga 23 Dis 70
8. Kem Lok Kawi Sabah 24 Dis 70 hingga 31 Dis 71
9. Kem Wardieburn Selangor 1 Jan 72 hingga 3 Dis 75
10. Kem Oya Sarawak 4 Dis 75 hingga 16 Nov 78
11. Kem Majidee Johor 17 Nov 78 hingga 10 Feb 89
12. Kem Oya Sarawak 11 Feb 89 hingga 10 Okt 91
13. Kem Syed Putra Perak 11 Okt 91 hingga sekarang


MISI PENGAMAN PBB MELIBATKAN PASUKAN 2 RRD

Pada awal tahun 1995, pasukan ini telah dipilih bagi pembentukan MALBATT IV bagi menyertai penugasan PBB di Bosnia Herzegovina. Bermulanya penerimaan perintah amaran itu, pasukan telah menjalani latihan intensif sebagai persediaan bagi menyertai Misi tersebut. Untuk memenuhi kekuatan yang dikehendaki, 1 x Kompeni Infantri daripada pasukan 6 RRD telah ditumpangkan ke pasukan ini. Penugasan MALBATT (2 RRD) ini secara tidak langsung telah mencipta sejarah kerana telah menyaksikan pemerintahan di bawah dua pucuk pimpinan iaitu UNPROFOR di bawah Panji-Panji PBB dan IFOR (Implementation Force) di bawah NATO. Kepimpinan bagi Kontijen ini diketuai Kol Raih bin Hj Ismail selaku Komander MALBATT manakala Timbalan Komander adalah Lt Kol Daud bin Zakaria, Pegawai Memerintah 2 RRD pada ketika itu. Penyertaan Kontijen MALBATT melibatkan kekuatan seramai 971 pegawai dan anggota yang menyertai misi ini mulai 12 November 1995 hingga 14 Januari 1996 di bawah UNPROFOR, manakala penugasan di bawah IFOR bermula pada     15 Januari 1996 hingga 15 Jun 1996. Seterusnya misi ini secara rasminya telah dibubarkan pada 24 Jun 1996 oleh Panglima Tentera Darat di dalam satu perbarisan yang telah diadakan di Kem Syed Putra, Ipoh, Perak.


SENARAI PEGAWAI MEMERINTAH 2 RRD

1.          Lt Kol W. G. Woods - 16 Sep 63 hingga 22 Mac 66.

2.          Lt Kol Mohd Ghazali bin Che Mat (12011) - 23 Mac 66 hingga 6 Okt 67.

3.          Lt Kol M. A. A. Rodrigo (200036) - 7 Okt 67 hingga 2 Mac 69.

4.          Lt Kol Harchand Singh (200022) - 3 Mac hingga 9 Mac 71.

5.          Lt Kol Huddein bin Zainal Abidin (12088) - 10 Mac 71 hingga 3 Jan 73.

6.          Lt Kol Mohd Zain bin Daud (12133) - 4 Jan 73 hingga 31 Dis 76.

7.          Lt Kol Kamarul Ariffin bin Ibrahim (12134) - 1 Jan 77 hingga 31 Dis 78.

8.          Lt Kol James Tomlow ak Isa (400595) - 1 Jan 79 hingga 31 Dis 79.

9.          Lt Kol Mohd Azzam bin Mohd Haniff (12296) - 1 Jan 80 hingga 30 Jun 80.

10.       Lt Kol Ghazali bin Suhaidi (12480) - 1 Jul 80 hingga 31 Dis 81.

11.       Lt Kol Abdul Rahman bin Salim (410090) - 1 Jan 82 hingga 31 Dis 83.

12.       Lt Kol Wan Mohamad bin Ahmad (12273) - 1 Jan 84  hingga 31 Dis 86.

13.       Lt Kol Mohd Amin bin Mohd Saleh (410063) - 1 Jan 87 hingga 31 Dis 88.

14.       Lt Kol Hon Mun Loong (200900) - 1 Jan 89 hingga 18 Feb 92.

15.       Lt Kol Muhamad Effendi bin Mustaffa (411144) - 19 Feb 92 hingga 04 Feb 93.

16.       Lt Kol Mohd Daud bin Zakaria (411145) - 05 Mei 92 hingga 06 Ogos 96.

17.       Lt Kol Omar Hamzah Zamhari bin Mohd Nasir (411430) - 07 Ogos 96 hingga 24 Ogos 99.

18.       Lt Kol Zulkifli bin Mansor (411863) - 25 Ogos 99 hingga 13 Jan 01.

19.       Lt Kol Mahadi bin Hj Abdul (411620) - 14 Jan 01 hingga 26 Jan 02.

20.       Lt Kol Md Din bin Hj Abu (3001642) - 25 Jan 02 hingga 16 Mac 04.

21.       Lt Kol Zulkifli bin Hashim (3000565) - 17 Mac 04 hingga 10 Nov 05.

22.       Lt Kol Nazrul Edgar bin Abdullah (3001854) - 11 Nov 05 hingga 13 Jun 07.

23.       Lt Kol Fridaus Quah bin Abdullah (3001533) -  14 Jun 07 hingga 30 Nov 10.

24.       Lt Kol Abu Hassan Assha’ari bin Kamis @ Shaffiee (3004386) - 1 Dis 10 hingga 17 Apr 14.

25.       Lt Kol Diwi bin A Rahman (3004262) - 18 Apr 14 hingga 5 Jan 16.

26.       Lt Kol Dr. Mohd Nazri Madjan bin Abdul Rahman (3005763) - 6 Jan 16 hingga 30 Mac 17.

27.       Lt Kol Ahmad Zamil bin Mohamad Nor (3007318) - 30 Mac 17 hingga 19 Mac 19.

28.       Lt Kol Mohd Khairi bin Amri (3006818) - 20 Mac 19 hingga 17 Jul 20.

29.       Lt Kol Firdaus bin Shah Budin (3008110) - 18 Jul 20 hingga 9 Nov 22.

30.       Lt Kol Kamarul Bahrin bin Razali (3009255) - 10 Nov 22 hingga sekarang.


SENARAI SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR) 2 RRD

1.       WO I J E Stone - 16 Sep 64 hingga 17 Mei 66.

2.         WO I G W LEWIS - 18 Mei 66 hingga 30 mEI 69.

3.         PW I Shamsudin bin Kasman - 1 Jun 69 hingga 12 Okt 72.

4.         7203 PW I Husaini bin Kamarudin - 13 Okt 72 hingga 14 Okt 76.

5.         11842 PW I Nordin bin Che Mat - 15 Okt 76 hingga 15 Jun 77.

6.         14302 PW I Ahmad Zabid bin Yatim - 16 Jun 77 hingga 22 Jan 79.

7.         925400 PW I Unggi ak Malinau - 2 Dis hingga 1 Jan 80.

8.         929532 PW I Omar bin Ahmad - 28 Jan 79 hingga 1 Dis 79.

9.         929566 PW I Zulfatah bin Abd Rahman - 2 Jan 80 hingga 5 Jul 84.

10.       21643 PW I Rahmat bin Asrat - 6 Jul 84 hingga 30 Nov 86.

11.       929955 PW I Zakaria bin Hj Mohd Noor - 1 Dis 86 hingga 1 Ogos 89.

12.       933134 PW I Majeri bin Adon - 2 Ogos 89 hingga 10 Mei 91.

13.       93932054 PW I Zainal bin Ismail - 31 Mei 91 hingga 19 Mei 92.

14.       1010303 PW I Spencer Sawing ak Sumar - 20 Jun 92 hingga 4 Jan 97.

15.       1017411 PW I Zulfikli bin  Husin - 24 Jan 97 hingga 10 Jan 99.

16.       1050927 PW I Ibrahim bin Abon - 11 Jan 99 hingga 4 Ogos 02.

17.       1061948 PW I Zolkifli bin Abu Hassan - 5 Ogos 02 hingga 15 Mei 07.

18.       1068846 PW I Samsuddin  bin Ismail - 27 Ogos 05 hingga 11 Jan 07.

19.       1067801 PW I Raymond ak James Tawok - 16 Mei 07 hingga 2010.

20.       1090147 PW I Hasmizi bin Ismail - 2010 hingga 2011.

21.       1093081 PW I Abd Karem bon Mohamed - 2011 hingga 2013.

22.       1099594 PW I Jali Anak Ngambang - 2014 hingga 2016.

23.       1091792 PW I Shamsuri bin Salleh - 2016 hingga 2017.

24.       1124343 PW I Luna - 2017 hingga 2017.

25.       1123539 PW I Mohd Khair bin Abdul Wahab - 2018 hingga 2019.

26.       1127746 PW I Muhamad Hafifi bin Mohamad Osman - 2019 hingga 2019.

27.       11211760 PW I Muhammad Fitri bin Oriun - 2019 hingga 2022.

28.       1121683 PW I Mohd Junaidi bin Abdullah @ Aliakbar - 2022 hingga sekarang.


“OSIOU OH KAMANANG”

3 Renjer

sunting

Pasukan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jul 65 di Kem Sulva Line Ipoh (sekarang dikenali sebagai Kem Syed Putra). Pegawai Memerintah yang pertama ialah Lt Kol D.I Mackenzie. Keanggotaannya terdiri daripada pegawai-pegawai dan PTT Kanan yang dipinjamkan daripada Tentera British. Seramai 48 orang anggota telah ditukarkan ke pasukan ini dari Tentera British di Singapura dan seramai 52 orang anggota lagi dibawa khas dari Batalion Pertama dan Kedua Rejimen Renjer. Kemudian seramai 50 orang rekrut lagi, kesemuanya adalah merupakan bekas anggota kerahan tenaga rakyat seluruh Semenanjung Malaysia telah diambil. Penubuhan pasukan ini adalah hasrat dari keinginan untuk menubuhkan sebuah batalion yang terdiri daripada berbilang bangsa di Malaysia. Siri pengambilan rekrut telah diadakan di seluruh Malaysia untuk memenuhi kekuatan batalion ini.  Pengambilan rekrut yang pertama telah menamatkan latihan mereka pada 19 Februari 66 iaitu seramai 350 orang. YAB Allahyarham Tun Abdul Razak pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telah menerima tabik hormat. Pengambilan kedua telah menamatkan latihan mereka pada 19 Mac 66 dan upacara tabik hormat diambil oleh Ketua Turus Tentera Darat (KTTD) ketika itu iaitu Mej Jen Dato’ Abdul Hamid Bin Bidin seramai 150 rekrut. Ini diikuti pula dengan upacara tamat latihan pengambilan ketiga pada 23 April 66 di mana Brig Jen Mohd Noor Bin Hj Tamin pada ketika itu merupakan Panglima Briged Kedua telah menerima tabik hormat.

Selepas 3 RRD mengambil alih 1 RRD Di Kem Sulva Line dan buat pertama kalinya, papan tanda batalion dipaparkan di hadapan Markas Batalionnya dan bendera batalion dikibarkan dengan megahnya. Adalah nyata sekali bahawa Pegawai Memerintahnya seorang graduan United State Staff College, menyimpan pengaruh Tentera Amerika Syarikat. Ini telah terbukti apabila ia meminjam cogan kata United States Infantry School, Fort Benning yang berbunyi ‘Follow Me’ atau ‘Ikut Saya’ sebagai cogan kata batalion ini. Warna lambang perjuangan pasukan ini ialah merah. Warna ini telah dipilih sendiri oleh Pegawai Memerintah sebelum beliau sampai ke Malaysia lagi. Menjelang bulan April 66, pasukan ini telah mempunyai keanggotaan yang mencukupi. Latihan lanjutan telah dilancarkan dengan pesatnya sejak latihan pengambilan rekrut yang pertama. Sebagai acara kemuncak kepada latihan tersebut, satu latihan hutan selama 5 hari telah diadakan berhampiran dengan bandar Ipoh. Semasa latihan tersebut, GOC 17 Gurkha Division iaitu Mej Jen Peterson telah melawat pasukan ini pada 10 Mei 1966. Pegawai memerintah merasakan bahawa nilai dan semangat perjuangan yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua anggota di dalam kompeni dan merasakan bahawa mereka kini layak untuk melaksanakan operasi. 3 RRD Merupakan pasukan pertama dalam Tentera Darat khususnya dan ATM amnya yang menerima anugerah daripada masyarakat tempatan Tawau, Sabah pada 8 Oktober 1989. Penghargaan ini sebagai tanda pengorbanan dan mengenang jasa anggota pasukan ini sepanjang tempoh bertugas mulai Disember 1986 sehingga Disember 1989. Kejayaan ini dimana pasukan berjaya menyelamatkan ratusan nyawa dan harta benda daripada kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, Sabah. Pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Hj Abd Ghani Bin Rashid (Presiden Majlis Perbandaran Tawau).

Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja telah dianugerahkan dengan Panji-panji Rejimen oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer pada 4 Okt 1980 bertempat di Kem terendak, Melaka. Pegawai yang diberi penghormatan sebagai Pegawai Panji-panji adalah Lt M Mohd Sani bin Hj Royan. Pada 4 Okt 2004, pasukan sekali lagi terlibat dalam pertukaran Panji-panji Rejimen yang baru setelah 23 tahun dianugerahkan Panji-panji Rejimen pada 4 Okt 1980. Seramai 9 pegawai dan 180 LLP yang diketuai oleh Pegawai Memerintah ketika itu iaitu Lt Kol Mas’od bin Hj Muhammad terlibat dalam pertukaran Panji-Panji Rejimen ini yang dilakukan di Padang Kawad Pasukan. SPB Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Jamalullail, selaku Kolonel Yang Dipertua Kor Renjer telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan pertukaran panji-panji tersebut dalam upacara yang gemilang. Lt M Mohd Ikhsan Bin Mansor (3009446) telah ditugaskan untuk mengusung panji-panji baru dan dibawa mengarak di hadapan para hadirin dan di hadapan battalion.

Alamat Kem :

            Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja,
            Kem Oya,
            96000 Sibu,
            Sarawak.

4 Renjer

sunting

Batalion ini ditempatkan di Kem Oran, Bukit Keteri, Kangar, Perlis.

5 Renjer

sunting

Berjuang Terus Berjuang

Sejarah Pasukan

Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja telah ditubuhkan pada 16 Mei 1969 di Kem Sg Udang Melaka, ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 dan kegiatan berleluasa Parti Komunis Malaya. Pada awal penubuhannya, pasukan ini di kenali sebagai Batalion Kedua Rejimen Infantri Malaysia, dan beberapa elemen telah diserapkan bagi penyediaan sebuah Batalion Infantri. Pada bulan jun 1969, Batalion ini berfungsi dengan sepenuhnya dan telah bertukar nama kepada Batalion Ke 12 Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD). Pada Ogos 1969, Pasukan ini telah berpindah ke Kem Segenting, Port Dickson dan namanya telah ditukarkan kepada Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja.

Penempatan Pasukan

Semenjak penubuhannya, Pasukan ini telah ditempatkan dibeberapa buah Kem diseluruh negara. Diantara Kem-kem yang pernah diduduki oleh Pasukan ini seperti berikut:

a. Kem Sg Udang, Melaka - 16 Mei 69 - 31 Jul 69 b. Kem Segenting, Port Dickson - 01 Ogos 69 - 21 Sept 75 c. Kem Wong Padong, Simanggang - 22 Sept 75 - 20 Dis 76 d. Kem Terendak, Melaka - 21 Dis 76 - 04 Okt 78 e. Kem Pakit, Simanggang - 05 Okt 78 - 29 Dis 80 f. Kem Wardieburn, Kuala Lumpur - 30 Dis 80 - 18 Okt 89 g. Krm Tasik Biru, Bau - 19 Okt 89 - 19 Nov 93 h. Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu - 20 Nov 93 - Sekarang

Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja sekarang di bawah pemerintahan Lt Kol Chai Kean Seng

Alamat Kem :

            Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja,
            Kem Desa Pahlawan,
            16500 Kota Bharu,
            Kelantan.

6 Renjer

sunting

Pada 18 Ogos 2016, Batalion ini telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Kem Ulu Tiram, Johor dan bernaung dibawah 7 Briged Infantri.[1]

7 Renjer Mekanise

sunting

Batalion ke 7 Rejimen Renjer Diraja ataupun 7 Renjer telah ditubuhkan pada 10 Mei 1970 di Kem Quetta II Kluang, Johor dengan peruntukan seramai 202 rekrut baru untuk penubuhan 2 Kompeni infantri.

Pasukan ini kemudiannya dikukuhkan dengan pindahan anggota satu Kompeni infantri daripada tiap-tiap batalion 8 Melayu, 2 Renjer, 3 Renjer dan 4 Renjer. Dengan pindahan kompeni-kompeni tersebut, 7 Renjer lengkap ditubuhkan sebagai batalion infantri yang beroperasi penuh. Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Leftenan Kolonel Osman bin Mohd Zain. [4]

Batalion ini telah ditukarkan disignasi menjadi sebuah batalion mekanize dan menjadi salah satu tunjang kekuatan dalam pasukan 4 Briged Mekanize. Batalion yang kini dilengkapkan dengan kenderaan jenis Adnan ini ditempatkan di Kem Batu Lima, Mentakab, Pahang dan sering menyertai perarakan hari kebangsaan.

8 Renjer Para

sunting

Batalion Kelapan Rejimen renjer Diraja (8 Renjer) merupakan salah satu batalion yang membentuk 10 Bridged Para. 8 Renjer Para sekarang berpangkalan di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. Batalion ini terkenal dengan kebolehan seluruh anggotanya yang berkemampuan untuk diaturgerak ke sesuatu kawasan operasi secara diterjunkan melalui udara atau turun menggunakan tali dari helikopter.

9 Renjer

sunting

Batalion ini ditempatkan di Kem Taiping, Perak.

10 Renjer (diaktifkan semula)

sunting

Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 melalui surat kuasa KP/TD/ATUR/4664 Jilid 5 bertarikh 22 Dis 1979. Namun begitu, Nukleus 10 RRD mula wujud pada 1 Apr 1980 di Wade Wing, KEMENTAH dengan keanggotaan nukleus terdiri daripada 2 Pegawai dan 22 LLP. Kemudiannnya barulah ditambah beberapa kompeni dari batalion-batalion lain setelah diarahkan untuk bergerak ke Bau, Sarawak. Ia dilaksanakan secara berperingkat. Anggota-anggota dari 6 RRD telah bergerak dari Kem Oya, Sibu, Sarawak pada 15 Mei 1980 dengan menaiki bot ekspres. Anggota-anggota dari 5  RRD bergerak dari Kem Simanggang, Seri Aman pada 7 dan 10 Jun 1980 sementara anggota-anggota dari 1 RRD dan 4 RRD bergerak dari Pelabuhan Klang dengan menaiki Kapal MV Sang Fajar pada 22 Julai 1980.

Namun pada 12 Julai 1995, Di bawah rancangan penyusunan semula struktur Tentera Darat menjelang tahun 2000, 10 RRD telah diputuskan untuk diletakkan di bawah implimentasi semula  (under implimentation). Istiadat Paluan Berundur sempena under implimentation pasukan telah dilaksanakan pada 12 Jul 1995 di padang kawad pasukan. Dengan rancangan under implimentation ini, semua anggota 10 RRD telah diserapkan ke batalion - batalion Rejimen Renjer Diraja yang lain. Terdapat juga anggota-anggota yang diserapkan ke lain-lain Kor di dalam Tentera Darat.

Penubuhan semula 10 Renjer adalah selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pembangunan TD Siri 9/08 pada 31 Dis 2008, Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja telah ditubuhkan semula pada 1 Okt 2009 di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak. Penubuhan semula 10 RRD adalah bertujuan untuk melengkapkan 3 buah batalion infantri di bawah naungan 3 Bgd dan memenuhi keperluan menempatkan 1 x batalion infantri di Kem Muara Tuang.[2]

11 Renjer

Batalion ini pernah ditubuhkan pada awal tahun 1980-an tetapi telah dibubarkan pada tahun 1990-an ekoran perubahan struktur elemen tempur dalam Tentera Darat Malaysia selepas ketiadaan ancaman dari pengganas komunis. Walau bagaimanapun pada tahun 2020, Kerajaan akan mengaktifkan semula 11 Rejimen Renjer Diraja (11 RRD) di bawah formasi 5 Briged , bersama-sama dengan penubuhan Batalion Ke-27 Rejimen Askar Melayu Diraja (27 RAMD) yang akan berpangkalan di pantai barat Sabah, Malaysia.[3]

Serang Hendap Oleh 6 Renjer di Klian Intan

sunting

Pada 27 Ogos 1970, 6 Renjer berjaya membunuh 5 orang pengganas komunis di kawasan Tanah Hitam, Intan Klian di negeri Perak. Antara yang dibunuh ialah seorang Ahli Jawatankausa Cawangan Parti Komunis Malaya. Beberapa senjata api juga dapat dirampas.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh Cawangan Khas, 60 orang pengganas komunis akan menyusup hutan Tanah Hitam untuk ke Gerik. Kompeni C dengan 3 pegawai dan 94 anggota lain telah ditugaskan untuk membuat serang hendap di laluan yang digunakan pengganas.

Kompeni C berpecah kepada 3 kumpulan, dengan Markas Kompeni dan 9 Platun menjadi pasukan penghalang utama. 7 Platun diletakkan di sebelah kanan dan 8 Platun diletakkan disebelah kiri pasukan rintangan utama. Pasukan diberikan 2 hari untuk menyedia kedudukan serang hendap dan memasang periuk api Claymore dan jerangkap samar lain-lain.

Pada 20 Ogos, 1 Seksyen yang dianggotai 8 anggota mendengar desiran dahan dan buluh patah dipijak manusia. 1 Seksyen bersiap sedia tetapi tidak melepaskan tembakan. Renjer Abu bin Mat melihat seorang pengganas komunis berada 35 meter daripada kedudukan mereka. Nyata sekali pengganas tersebut sedang meninjau laluan untuk kumpulan pengganas yang lebih besar. Renjer Abu dan Renjer Abu Samah Hashim yang menggunakan GPMG berserta Lans Koperal Abdullah bin Nawi tidak melepaskan tembakan dan terus menunggu. Tidak lama kemudian, lebih ramai pengganas muncul.

Pada jam 3.45 petang, Lans Koperal Abdullah meletupkan bom Claymore sementara anggota yang menggunakan MGKA melepaskan tembakan. Pada jam 4.20 petang, pengganas Komunis menghentikan tembakan dan cuba mendapatkan rakan mereka yang gugur dan cedera tetapi rancangan mereka dipatahkan. Percubaan ini diulangi pada malamnya, tetapi juga tidak berhasil. Mejar Ismail meminta bantuan artileri dan mengarahkan tembakan berhampiran dengan kedudukan 1 Seksyen. Pengganas Komunis berundur pada waktu pagi sebelum terang. Pencarian yang dilakukan pada waktu pagi hari berikut mengesahkan 5 pengganas komunis terkorban.

Mejar Ismail bin Salleh selaku Ketua Kompeni “C” dan Leftenan Muda David Fu Chee Ming selaku Ketua 8 Platun telah diberikan kurnia Panglima Gagah Berani pada 2 Jun 1971 atas kejayaan yang dicapai.

Perwira Renjer

sunting

Kol (B) Ismail Salleh

sunting

Pada 23 Ogos 1970 Kompeni C 6 Renjer pimpinan Ismail Salleh digerakkan untuk menyekat penyusupan pengganas komunis. Musuh yang ada awalnya berundur bertindak menyerang balas dengan kekuatan lebih kurang 70 orang. Dengan bantuan tembakan artileri, Mej Ismail memimpin kompeninya untuk menggempur kedudukan musuh yang terkepung. Beliau mempamerkan ketabahan dan kecekalan yang tinggi sepanjang tujuh jam pertempuran tersebut berlangsung. Hasil daripada pertempuran ini seramai empat orang pengganas berjaya dibunuh. Beliau dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 2 Jun 1971.

Lt.Kol (B) Robert Rizal Abdullah

sunting

Pemegang Pingat Gagah Berani (PGB)

Pada 19 Feb 1980 Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketua Kapten Johnson anak Meling ke kawasan Tanah Hitam untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 Melayu beberapa hari sebelumnya.

Sarjan Kanang dan kumpulannya berjaya menjejak pengganas yang dicari. Beliau melepaskan tembakan dan terus menyerbu ke kedudukan musuh. Musuh berjaya melepaskan diri dan penjejakan diteruskan. Sarjan Kanang bertindak sebagai peninjau hadapan. Semasa bergerak, Sarjan Kanang berjaya mengesan jerangkap samar yang dipasang musuh. Tiba-tiba mereka dihujani tembakan musuh. Sarjan Kanang menunjukkan keberanian luar biasa. Tanpa menghiraukan kecederaannya, beliau terus menggempur ke arah musuh sambil memberikan kata-kata semangat kepada anggota-anggotanya.. Beliau mengalami kecederaan parah. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 3 Jun 1981. [5] [6]

PW II Lenggu Ak Cina

sunting

Pada 20 Jan 1971 semasa menjalankan operasi di Sungai Katibas, PW II Lenggu bersama kumpulan yang diketua oleh Leftenan Muda Anuar Basha Khan Akaria diserang hendap di Tanjung Batu Babi. Tembakan musuh tidak menghalang PW II Lenggu merapati tebing sungai dan menggempur kedudukan musuh. Kumpulan PW II Lenggu berjaya membunuh empat orang pengganas komunis dan memaksa mereka meninggalkan kedudukan. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 2 Jun 1971.

Mejar Michael Riman ak Bugat

sunting

Pada 1 Jun 1979 Platun Risik Gempur (UCIS) dianggotai oleh Kapten Michael Riman ak Bugat dan diketuai Sjn Kanang ak Langkau berjaya menjejak kesan musuh sehingga bertembung dengan tempat rehat mereka. Dalam pertempuran tersebut, Michael dengan berani menyerang dan merempuh ke arah musuh. Michael dan kumpulannya berjaya membunuh seramai lima orang pengganas komunis. Seorang anggota kumpulannya terbunuh dan Michael sendiri cedera parah. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1984.[4]

UCIS ataupun "Unit Combat Intelligence Section or Squad" juga dikenali sebagai "Risik Gempur". Pada awal penubuhan 1 Renjer, unit yang serupa turut dikenali sebagai "Platun Ngelaban". Unit ini merupakan unit elit di dalam setiap batalion Renjer. Ia mempunyai kekuatan diantara satu seksyen sehingga satu platun. Pegawai dan anggota unit ini juga menjalani latihan yang lebih khusus dan lasak daripada anggota Renjer biasa iaitu mirip kepada kepakaran unit komando seperti menjalankan rondaan jangka panjang, risikan medan, payung terjun dan sebagainya.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting