My Name Is Khan
My Name Is Khan (Hindi: माय नेम इज़ ख़ान );[2] merupakan filem Bollywood yang ditayangkan mulai 12 Februari 2010 di seluruh dunia. Filem percintaan dan hubungan suami isteri (lakonan Shahrukh Khan dan Kajol) ini bergelut dengan penyakit Sindrom Asperger.
My Name Is Khan | |
---|---|
Fail:Mynameiskhanp.jpg | |
Pengarah | Karan Johar |
Penulis | Cerita dan lakon layar: Shibani Bathija Dialog: Shibani Bathija Niranjan Iyengar |
Dihasilkan oleh | Hiroo Yash Johar Gauri Khan |
Dibintangi | Shahrukh Khan Kajol |
Sinematografi | Ravi K. Chandran |
Disunting oleh | Deepa Bhatia |
Muzik oleh | Shankar-Ehsaan-Loy |
Diedarkan oleh | Fox Searchlight Pictures |
Tarikh tayangan | 12 Februari 2010 (sejagat)[1] |
Masa tayangan | 161 minit[1] |
Negara | India |
Bahasa | Hindi/Urdu Inggeris |
Bajet | MYR30 million |
Pecah panggung | MYR 200 million |
Sinopsis
suntingKisah Rizwan Khan semasa kanak-kanak yang lahir di Borivali, Mumbai, India Kemudian menemui cinta di Amerika Syarikat.
Remaja Islam ini mengidap penyakit menggeletar sindrom Asperger, takutkan warna kuning dan bunyi bising. Walaupun begitu, dia cukup bijak dan menerima pendidikan dari guru khas (tuisyen) di India.
Berhijrah ke San Francisco, Amerika Syarikat yang kononnya menjanjikan kesenangan asalkan rajin bekerja. Dia menjadi jurujual barangan herba Mehnaz. Dia kerkenalan dengan janda beranak 1 berugama Hindu di Amerika Syarikat. Janda itu bernama Mandira dan anaknya Sam. Mereka setuju kahwin dan Sam bertukar nama kepada Sameer Khan. Nama Islam 'Khan' ini menimbulkan prasangka 'Islam - Kristian' sehingga Sameer dibunuh di tengah padang bola sepak . Mandira menyalahkan suaminya Rizwan Khan yang mempunyai nama Islam itu. Mandira yang masih teguh dengan agama Hindu turut berprasangka terhadap Islam -agama anutan rizwan Khan.
Selepas serangan 911, kehidupan umat Islam Amerika Syarikat yang dulunya tenteram , kini berubah sama sekali. Lantaran itu, Rizwan ingin berjumpa dengan calon baru Amerika Syarikat iaitu Barack Obama tetapi tidak berjaya.Hasratnya itu membuat Rizwan menjelajah dari San Francisco di Barat menuju ke Washington di barat benua. Usahanya berhasil dan berkata 'Mr Presiden, my name is Khan and I am not a terrorist'. Laungan itu menyebabkan Rizwan ditahan dan disiasat sebagaimana tahanan Teluk Guantanamo.
Hasil kempen beberapa wartawan Islam, Rizwan Khan berjaya dibebaskan. Ketika berlaku banjir di Georgia, Rizwan Khan ingin berjumpa semula dengan Mama Jenni dan menjadi sukarelawan banjir . Usaha ini membuktikan umat Islam bukanlah ganas atau terroris. Dia akhirnya dijemput ke pentas dan bersalam dengan presiden Amerika Syarikat yang menjanjikan harapan damai Barack Obama. Presiden akur bahawa "Your name is Khan and you are not a terrorist."
Ancaman Shiv Sena
suntingRamai pemilik panggung wayang di negeri Maharashtra, Barat India bimbang dengan ancaman parti Shiv Sena, iaitu kumpulan nasionalis Hindu. Akhbar The Hindu melaporkan Presiden Pune Film Exhibitors Association, Sadanand Mohol bimbang dengan keselamatan penonton dan pemilik pawagam.
Puncanya selepas Shah Rukh Khan mahukan pemain Pakistan dimasukkan dalam liga kriket India - Indian Premier League, yang akan datang.
Majoriti penduduk negara Pakistan adalah Islam sementara penduduk India beragama Hindu. India berpecah kepada Pakistan, kemudian Bangladesh pada 1947. Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amir Khan dan ramai lagi pelakon Bollywood beragama Islam. Bal Thackeray selaku pemimpin Shiv Sena telah mengoyak poster, merosakkan panggung wayang dan membakar patung kertas pelakon Shahrukh Khan. Pelakon itu enggan meminta maaf kerana yakin tidak bersalah dan meminta dibukti bersalah dalam kenyataannya sebelumnya.
Polis menyediakan 21,000 anggota polis berkawal di Mumbai. 2000 aktivis Shin Sena telah ditahan kerana rusuhan mudah tercetus sebagaimana gambaran dalam filem Slumdog Millionaire.[3] Pelampau Hindu mengoyakkan poster dan membaling batu ke arah panggung wayang. Sementara penganut Islam gembira dengan penayangan filem itu di 60 buah panggung di Mumbai, ibu negara hiburan di India.
Rujukan
sunting- ^ a b "BBFC Movie Information". British Board of Film Classification. 2010-02-04. Dicapai pada 2010-02-04.
- ^ Jay Weisberg (2010-02-14). "Review:My Name Is Khan". Variety. Dicapai pada 2010-02-14.
- ^ Filem 'My Name Is Khan' Ditayang Bawah Kawalan Keselamatan mStar Online
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi
- My Name Is Khan di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- My Name Is Khan di Rotten Tomatoes
- My Name Is Khan di Box Office Mojo