Mercun
Mercun (Jawi: مرچون ) ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun serta bunga api kini dipercayai berasal dari China.
Mercun datang dari Bahasa Jawa mercon ꦩꦼꦂꦕꦺꦴꦤ꧀ hasil pengimbuhan -an kepada kata mercu iaitu "bebola api", kata mercu itu sendirinya meminjam kata bahasa Tamil iaitu viricu விரிசு yang diertikan sebagai "sejenis roket".[1][2]
Budaya
suntingMercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan, seperti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tết terutamanya pada tengah malam Giao Thừa (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Sepanjang perayaan musim bunga pada tahun 2006, mercun dan bunga api sejumlah AS$ 124 juta telah dinyalakan di Tanah Besar China.
Mercun adalah satu permainan kanak-kanak.
Pengharaman mercun
suntingSecara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.
Di Indonesia
suntingMercun dan "kembang api" diharamkan di tempat awam terutamanya di kawasan-kawasan kurang berpendudukan orang Cina (berbanding di Jakarta atau Medan) untuk mengelakkan tercetusnya perbalahan.
Pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.
Larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain.[3] Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang[4] serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972.[5] Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di Chinatown, mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.
Rujukan
sunting- ^ Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 75.
- ^ "விரிசு". University of Madras Tamil Lexicon. Universiti Chicago. 2019. Dicapai pada 23 Mac 2021 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
- ^ "Book soul 1970". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-21. Dicapai pada 2008-01-16.
- ^ "Chingay Past". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-05. Dicapai pada 2008-01-16.
- ^ Akbur M., Peer (2002). Policing Singapore in the 19th and 20th centuries. Singapore Police Force. m/s. 100. ISBN 981-04-7024-X.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Firecracker |