Melewati Kebaikan dan Kejahatan
- Rencana ini adalah mengenai buku Friedrich Nietzsche. Untuk kegunaan lain, sila lihat Melewati Kebaikan dan Kejahatan (nyahkekaburan)
Melewati Kebaikan dan Kejahatan: Pendahuluan kepada Falsafah Masa Depan (Jenseits von Gut und Böse) ialah sebuah karya falsafah abad ke-19 yang utama yang ditulis oleh Friedrich Nietzsche.
Diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1886 oleh Nietzsche atas belanja sendiri, buku ini pada mula-mulanya telah dianggap tidak penting. Dalam buku ini, Nietzsche mengutuk apa yang dianggapnya sebagai kekosongan kesusilaan ahli-ahli fikir abad ke-19. Beliau membidas ahli-ahli falsafah atas apa yang dianggapnya sebagai kekurangan sikap kritis dan penerimaan dasar-dasar agama Kristian secara membabi buta dalam pertimbangan kesusilaan dan nilai-nilai.
Melewati Kebaikan dan Kejahatan memberi gambaran keseluruhan yang menyeluruh tentang falsafah matang Nietzche. Buku ini bertujuan sebahagiannya untuk memberi penjelasan yag lebih lanjut kepada karyanya yang dahulu, Juga Sprach Zarathustra (atau Itulah dikatakan oleh Zarathustra). Buku Nietzsche yang berikut, Mengenai Genealogi Kesusilaan, bertujuan untuk "melengkapi dan menjelaskan" Melewati Kebaikan dan Kejahatan dan oleh itu, harus dibaca dalam konteks ini.
Bibliografi
sunting- Beyond Good and Evil (ISBN 1-59986-993-4)
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Melewati Kebaikan dan Kejahatan |
- Melewati Kebaikan dan Kejahatan, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg — edisi bahasa Inggeris.
- Melewati Kebaikan dan Kejahatan, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg — edisi bahasa Jerman.
- Melewati Kebaikan dan Kejahatan, boleh didapati sebagai buku audio bahasa Inggeris yang bebas di LibriVox.
- Edisi Melewati Kebaikan dan Kejahatan rujuk diri, dengan carian serta konkordans Diarkibkan 2006-02-25 di Wayback Machine
- http://www.uri.edu/personal/szunjic/philos/beyond.htm Diarkibkan 2010-06-06 di Wayback Machine