Manir
Manir ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Demografi kawasan ini merupakan kawasan majoriti bangsa Melayu iaitu 99.0 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina dan lain-lain warga asing seperti Bangladesh, Myammar, Pakistan. Mukim Manir terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah lebih 10,000 orang pada tahun 2024.
Manir juga adalah merujuk kepada DUN Manir yang meliputi kawasan kampung Manir dan sekitar. Secara teknikalnya Manir diletakkan dibawah Parlimen Hulu Terengganu bagi tujuan pilihanraya walaupun berada dalam daerah pentadbiran Parlimen Kuala Terengganu. Kini melaluipersempadanan semula, Dun Manir dipecahkan kepada dua iaitu Dun Manir di bawah Parlimen Hulu Terengganu dan Dun Buluh Gading di bawah Parlimen Kuala Nerus.
Perwakilan
suntingDUN Manir diwakili oleh YB Ustaz Hilmi Harun (Parti PAS) sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013. Sebelum itu Manir pernah diwakili bapa beliau iaitu almarhum Tuan Guru Ustaz Dato' Dr. Harun Taib (PAS) bermula tahun 1982 (PRU-6) dengan pengecualian PRU-7.[1]
Jalan perhubungan
suntingSecara geografinya, kawasan Manir terletak di sepanjang aliran Sungai Terengganu sehingga 14km ke timur, hingga ke sempadan pekan Telemong bersempadan dengan Kg Kubang Palas. Disebabkan itu, penggunaan sungai adalah amat penting pada ketika dahulu. Terdapat banyak pengkalan jeti dibina oleh penduduk tempatan bagi membolehkan perahu yang mudik sungai terengganu singgah.
Sekarang, laluan sungai mula beransur-ansur hilang popularitinya disebabkan keadaan jalan raya yang baik dan semakin ramai penduduk memiliki kenderaan darat. Bagaimanapun, kesan kepentingan sungai terhadap penduduk masa lalu masih boleh dilihat pada hari ini, seperti Balai Polis Manir yang unik, terletak di tepi sungai dan memiliki pengkalannya sendiri berhampiran Jambatan Manir-Pulau Rusa.
Manir terletak diantara pekan Batu Enam dan Pusat Bandar Kuala Terengganu melalui jalan raya. Disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah kawasan penting ini, maka ia turut menerima banyak limpahan pembangunan.
Namun begitu, masalah kesesakan trafik menjadi perkara utama yang harus diselesaikan oleh pihak berkenaan. Jalan raya dua lorong di Kg Pulau Rusa bertukar menjadi satu lorong ketika mahu memasuki Jambatan Manir adalah punca kesesakan ini terutama ketika waktu puncak harian dan musim perayaan. Cadangan untuk melebarkan jalan raya dan menambah lorong jambatan sebelum pilihan raya dahulu sehingga kini masih sepi tanpa sebarang perkembangan disebabkan isu pengambilan tanah dan pemindahan penduduk.
Ekonomi
suntingManir terkenal semenjak dahulu lagi terkenal sebagai pusat perniagaan tradisional. Pasar Sabtu Manir adalah satu pasar tradisional mega yang diadakan setiap hari Sabtu. Pasar ini menarik ramai peniaga tetap dan tidak tetap, termasuklah peniaga dari Thailand. Antara barangan yang dijual di sana termasuklah barangan kulit, bahan basah dan kering, kuih muih tradisional dan pakaian terpakai.
Pelbagai produk tradisional yang tidak dijumpai lagi ditempat lain turut dijual disini, antaranya adalah kuih tradisional Lok Lit dan pelara. Pasar Manir merupakan pusat penjualan Tembakau dan Rokok Daun Nipah yang amat sinonim dengan masyarakat sekitar. Pelbagai restoran lama yang menyajikan juadah yang asli seperti di Roti Canai Pulau Bahagia, Keropok Lekor Manir (Pejabat Pos), Sup dan Kerabu Kaki Ayam di Kg Telari dan Padang Macang, Maggie Dapur Arang Padang Macang dan pelbagai lagi. Penduduk setempat juga memelihara ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan ayam. Ternakan tersebut akan lebih rancak jualannya ketika hari raya korban atau pun untuk majlis jamuan.
Majoriti penduduk Manir mengamalkan rewang secara gotong-royong, namun dek kerana penghijrahan penduduk setempat, aktiviti ini semakin berkurangan kerana kurangnya kemahiran tersebut pada generasi muda di kawasan sekitar.
Senarai kampung
sunting- Kampung Petai Bubus
- Kampung Batu Hampar
- Kampung Manir
- Kampung Teluk Menara
- Kampung Beladau Kolam
- Kampung Padang Macang
- Kampung Padang Tengir
- Kampung Durian Mas
- Kampung Tualang
- Kampung Pulau Bahagia
- Kampung Padang Ujid
- Kampung Jeram
- Kampung Kebor Air
- Kampung Dusun Tembakau
- Kampung Pujuk
- Kampung Bujuk
- Kampung Kesom
- Kampung Banggol Peradong
- Kampung Banggol Tok Esah
- Kampung Baloh
- Kampung Banggol Donas
- Kampung Kebor Besar
- Kampung Kubang Jela
- Kampung Baru Tetambah
- Kampung Banggol
- Kampung Sekati (Kampung Aro)
- Kampung Telok Pasu
Pendidikan
suntingBerikut merupakan senarai sekolah dan instituti pengajian tinggi (IPT):
Sekolah rendah
sunting- Sekolah Kebangsaan Manir
- Sekolah Kebangsaan Teluk Menara
- Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam
- Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia
- Sekolah Kebangsaan Durian Mas
- Sekolah Kebangsaan Pulau Manis
- Sekolah Kebangsaan Kesom
- Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer
- Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah
- Sekolah Kebangsaan Teluk Pasu
- Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti
Sekolah menengah
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Manir
- Sekolah Menengah Kebangsaan Belara
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tualang-(dalam perancangan)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Muhammad Said (Jeram)
IPTS
suntingKemudahan
sunting- Balai polis Manir
- Masjid dan surau setiap kampung
- Pasar Manir
- Kedai-kedai runcit
- Rumah kedai
- Pejabat pos
- Kedai gunting rambut
- Balai raya setiap kampung
- Tadika,taska dan pasti
- Padang bola
- Klinik & farmasi
- Kafe siber
- Gelanggang futsal
- Stesen minyak petron Padang Macang
- Stesen minyak caltex batu hampar
- Stesen minyak petron banggol peradong
- Stesen minyak banggol tuan muda (dalam pembinaan 2024)
- Pusat kurier JNT,Flash,Line Clear,Ninja Van, Pos store
- kedai hardware azahari,ad mega,lns,iqzam
- kedai komputer dan fotostat
- bengkel bas adik-beradik,adam
- kedai DIY,Treleaf,Xiri,Permata,Asa,Pakku
Rujukan
sunting- ^ Bernama (25 Januari 2014). "Harun Taib meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Februari 2014.
- Senarai Kod Mukim/Daerah Diarkibkan 2009-11-14 di Wayback Machine