Mana
Mana merupakan suatu pemangkuan kuasa dan semangat berniat yang dipercayai berada serata alam menurut kepercayaan orang-orang Melanesia dan Polinesia.[1]
Ia memainkan peranan penting dalam pandangan alam kebudayaan orang Polinesia khususnya di mana pemunyaan "mana" ini dianggap juga mendatangkan pengaruh dan kecekapan dalam kehidupan seharian, dan sesiapa yang memegang mana ini layak diberi penghormatan sebaiknya.
Kelaziman mengikut budaya
suntingKedua-dua bangsa serumpun ini percaya mana boleh muncul secara dalaman mahupun luaran. Mana ini difikirkan boleh terliput dalam pekarangan tertentu seperti puncak gunung ataupun pulau.
Orang Hawaii juga percaya mana itu boleh diraih dan dihilangkan daripada perbuatan dilakukan seseorang (pono)- mana ini dipercayai datang daripada dua jalan; memenuhi nafsu mahupun tindakan ganas.
Di New Zealand
suntingMana dalam konteks budaya Maori peribumi New Zealand difahamkan sebagai kuasa dan wewenang rohani yang jauh berbeza daripada "ihi" iaitu kuasa fizkal dan semula jadi.[2] Takrifan lain turut meliputi status, pengaruh, martabat dan penghormatan daripada dewa-dewi atau atua.[3][4]
Orang Māori percaya bahawa mana seseorang terdiri daripada dua tiang utama iaitu kekuasaan didasarkan salasilah (whakapapa) atau mana tangata, dan kekuasaan didasarkan kekayaan yang mampu diberikan untuk mempertanggungjawabkan penerima (having a wealth of resources to gift to others to bind them into reciprocal obligations) atau mana huaanga.[5]
Masyarakat New Zeaaland moden kini lebih melihat "mana" merujuk kepada perwatakan tinggi seseorang atau kelompok yang dipandang bermasyhur (person or organisation of people of great personal prestige and character).[6]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Mana (Polynesian and Melanesian religion)". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 November 2019.
- ^ Marsden, Māori (1975). "God, Man, and the Universe". Dalam King, Micheal (penyunting). Te Ao Hurihuri: The World Moves. Wellington: Hicks Smith. m/s. 145.
Spiritual power and authority as opposed to the purely psychic and natural force — ihi...
- ^ Mutu, Margaret (2011). State of Māori Rights. Wellington: Huia. m/s. 213.
- ^ "View of Te Arewhana Kei Roto i Te Rūma: An Indigenous Neo-Disputatio on Settler Society, Nullifying Te Tiriti, 'Natural Resources' and Our Collective Future in New Zealand". ojs.aut.ac.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Oktober 2018.
- ^ The Whanganui River report (Wai 167) (PDF). Wellington, New Zealand: GP Publications. 1999. m/s. 35. ISBN 186956250X. Dicapai pada 31 Disember 2016.
- ^ "Kiwi (NZ) to English Dictionary" (dalam bahasa Inggeris). New Zealand A to Z. Dicapai pada 26 Januari 2015.
Bacaan lanjut
sunting- Keesing, Roger. 1984. "Rethinking mana". Journal of Anthropological Research 40:137–156.
- Lévi-Strauss, Claude; Baker, Felicity (translator). 1987. Introduction to the Work of Marcel Mauss. ISBN 0-415-15158-9.
- Mauss, Marcel. 1924. Essai sur le don.
- Meylan, Nicolas, Mana: A History of a Western Category, Leiden, Brill, 2017.
- Mondragón, Carlos (June 2004). "Of Winds, Worms and Mana: The Traditional Calendar of the Torres Islands, Vanuatu". Oceania. 74 (4): 289–308. doi:10.1002/j.1834-4461.2004.tb02856.x. JSTOR 40332069.
- van der Grijp, Paul. 2014. Manifestations of Mana: Power and Divine Inspiration in the Pacific. Berlin: LIT Verlag.
Pautan luar
sunting- Allen Varney: Mana in the Real World (dalam bahasa Inggeris)
- mana, Te Aka Māori–English, English–Māori Dictionary (dalam bahasa Inggeris)