Magavau atau maga'au merupakan upacara meraikan semangat padi yang diadakan sekali setahun pada perayaan Tadau Kaamatan. Pada hari Kaamatan, pengamal adat tradisional wanita yang dikenali sebagai Bobohizan atau Bobolian akan melakukan Magavau. Mereka akan bergerak dalam satu barisan dan membaca jampi serapah dan kadang-kala sehingga tidak sedarkan diri. Dikatakan ketika dirasuk, mereka tidak akan dapat dicederakan oleh benda tajam dan mampu melakukan pekara-pekara yang luar biasa seperti bergerak dengan kelajuan luar biasa.

Upacara magavau di sambutan Pesta Kaamatan 2014

Unsur-unsur penyatuan antara budaya tradisional dengan agama Kristian wujud dalam upacara ini.[1] Satu upacara Misa Kudus kesyukuran akan diadakan khas untuk pesta menuai. Sebagai simbol menghormati adat seseorang akan membawa tujuh tangkai padi tuaian pulang ke rumah setelah semua hasil padi dimasukkan ke dalam ketawai atau tongkob. Tujuh tangkai padi itu yang menjadi lambang kepada Bambarayon (semangat padi) kemudiannya akan ditunjukkan kepada pengamal adat tradisional untuk diberkati. Upacara ini disertai dengan beberapa upacara lain seperti memukul gong tarian dan upacara lain berasaskan budaya tradisional.[2]

Etimologi

sunting

Magavau ialah perkataan bahasa Kadazan yang bermaksud mengembalikan yang sesat dengan apa-apa cara jua.[3] Upacara Magavau merujuk kepada tugas paderi Kadazandusun mencari dan membawa pulang Bambaazon yang sesat dan berkeliaran pada tahun itu.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Sintang, Suraya. "Penganutan Agama Islam dan Kristian di kalangan Masyarakat Kadazandusun di Sabah": 76. Dicapai pada 30 Mac 2018. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Buku Cenderamata Tadau Tagazo Kaamatan. 1999. m/s. 7.
  3. ^ "The Kaamatan Festival" [Pesta Kaamatan]. Keuskupan Agung Kota Kinabalu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-31. Dicapai pada 30 Mac 2018.

Pautan luar

sunting