Majlis Amanah Rakyat
agensi kerajaan Malaysia
(Dilencongkan daripada MARA)
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Disember 2022) |
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
Kronologi
sunting- 1953 - Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.
- 1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.
- 1965 - RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.
Peranan MARA dalam pendidikan Malaysia
suntingMARA bukan sahaja menawarkan biasiswa bagi yang layak tetapi turut menubuhkan beberapa institut pendidikannya sendiri. Seperti:
- Maktab Rendah Sains MARA, diwujudkan bagi pelajar bumiputera yang berumur 13-17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
- Kolej MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti IB, A-level, program matrikulasi KPM dan asasi Universiti.
- Kolej Profesional MARA (KPM) , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma dan high national diploma(HND).
- GiatMARA
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- MARA-Japan Industrial Institue (MJII)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- German-Malaysian Institute (GMI)
- Universiti Kuala Lumpur(UniKL) , sebuah institut pengajian tinggi swasta.
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
- Universiti Teknologi MARA(UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi MARA(ITM) -sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan kemudian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Terdapat sebuah tempat di Tasik Banding, Belum Perak yang dinamakan sebagai Pulau MARA yang dahulunya ditadbir oleh Maktab Rendah Sains MARA Kulim.
Pengerusi MARA
sunting- 01.12.1965 - 07.06.1967 - Dato' Abdul Rahman bin Musa
- 08.06.1967 - 31.08.1967 - Tan Sri Taib Andak
- 01.09.1967 - 31.10.1971 - Y.B Tun Dato'Seri Abdul Ghafar bin Baba
- 01.11.1971 - 31.01.1973 - Y.B Dato' Mustapha bin Hj. Abd. Jabar
- 01.02.1973 - 17.09.1973 - Encik Abdul Aziz bin Hj. Mohd. Ali
- 18.09.1973 - 30.09.1974 - Encik Ahmad bin Hj. Abdul Rahim
- 01.10.1974 - 31.05.1975 - Encik Sulaiman bin Osman
- 01.07.1975 - 23.08.1978 - Y.B Tan Sri Abdul Aziz Yeop
- 01.11.1978 - 15.10.1982 - Dr. Nawawi bin Mat Awin
- 16.10.1982 - 16.07.1984 - Y.B. Tuan Hj. Abdul Rahim bin Abu Bakar
- 17.07.1984 - 16.08.1984 - Tuan Haji Mohd. Ridzuan bin Abd. Halim
- 17.08.1984 - 31.08.1986 - Y.B. Tan Sri Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
- 01.09.1986 - 31.10.1987 - Y.B. Tan Sri Dato' Hj. Khalid bin Yunus
- 01.11.1987 - 15.01.1991 - Y.B. Dato' Hj. Ismail bin Said
- 15.01.1991 - 12.01.1993 - Y.B. Datuk Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar
- 17.03.1993 - 23.07.1995 - Y.B. Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abd. Aziz
- 24.07.1995 - 31.03.1998 - Y.B. Dato' Hj. Othman bin Abdul
- 01.04.1998 - 02.04.2000 - Y.B. Ruhanie b. Ahmad
- 03.04.2000 - 31.03.2004 - Y.B. Tan Sri Datuk Wira Abu Seman Yusop
- 03.04.2004 - 15.07.2004 - Dato’ Zamani b. Md. Noor
- 16.07.2004 - 13.08.2008 - Y. B. Brigidier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin
- 16.07.2008 - 09.03.2013 - Y. B. Tan Sri Dato’ Seri Idris bin Jusoh
- 10.03.2013 - 31.01.2017 - Y. B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
- 01.09.2017 - 30.09.2018 - Y. B. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
- 01.10.2018 - 30.04.2020 - Dr. Hasnita Hashim[1]
- 01.05.2020 - 11.03.2023 - Y.B Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun
- 12.03.2023 - Kini - Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ [http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-hasnita-hashim-pengerusi-baharu-mara-1.755051 Dr. Hasnita Hashim Pengerusi baharu MARA]