Karl Liebknecht
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jerman. (Januari 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Karl August Frederich Liebknecht (13 Ogis 1871-15 Januari 1919) merupakan seorang pemikir dari Jerman. Beliau sebelum ini menganggotai Parti Demokrat Sosial Jerman sebelum keluar dan membentuk Liga Spartacus (Spartakusbund) bersama-sama Rosa Luxemburg, di mana kelompok ini kemudiannya membentuk Parti Komunis Jerman.
Karl Liebknecht | |
---|---|
Kelahiran | 13 Ogos 1871 |
Meninggal dunia | 15 Januari 1919 Berlin, Jerman | (umur 47)
Kerakyatan | Jerman |
Pusat pendidikan | Universiti Humboldt Berlin |
Pekerjaan | Peguam Ahli politik Revolusioner |
Parti politik |
|
Pasangan | Julia Paradies (l. 1900; m. 1911) Sophie Liebknecht (k. 1914) |
Hubungan | Wilhelm Liebknecht (bapa) Natalie Liebknecht (ibu) |
Beliau bersama Luxemburg terkenal atas tindakan membantah penglibatan Kerajaan Empayar Jerman dalam Perang Dunia Pertama dalam suatu pemberontakan terkenal, Pemberontakan Spartacus (Spartakusaufstand), pada tahun 1919; namun kedua-dua mereka ditahan dan diseksa Freikorps sehingga mati. Kematian mereka diperingati sebagai martir kepada fahaman sosialis yang diperjuangkan mereka, lalu mempengaruhi pergerakan politik haluan kiri di Jerman.
Awal hidup
suntingLiebknecht lahir di Leipzig, Sachsen, Jerman kepada sebuah keluarga yang giat politik. Ayahnya, Wilhelm Martin Philipp Christian Ludwig Liebknecht merupakan pengasas Parti Demokrat Sosial Jerman bersama August Bebel manakala datuk sebelah ibunya Theodor Reh, merupakan ahli Parlimen Frankfurt yang bersidang tahun 1848.[1]
Kerjaya politik
suntingSemasa Perang Dunia Pertama
suntingPada Ogos 1914, beliau bersama Rosa Luxemburg, Clara Zetkin dan Franz Mehring membentuk kumpulan Liga Spartacus (Spartakusbund) yang menyuarakan bantahan penglibatan pemerintah Parti Demokrasi Sosial terhadap kegiatan peperangan Empayar Jerman dalam perang dunia ini. Liebknecht ditahan sekali lagi dalam suatu tunjuk perasaan anti-perang di Berlin pada 1 Mei 1916 lalu dipenjarakan atas dakwaan penderhakaan tinggi, asalnya selama dua setengah tahun dan kemudiannya empat tahun satu bulan.[2]
Liebknecht dibebaskan jua pada 9 November 1918, sehari selepas pembebasan Rosa Luxemberg. Pada hari sama juga Liebknecht mengisytiharkan pembentukan Freie Sozialistische Republik (Republik Sosialis Merdeka) dari balkon Berliner Stadtschloss, dua jam setelah Philipp Scheidemann mendeklarasikan Republik Jerman dari balkon Reichstag. Parti Komunis Jerman ditubuhkan 1 Januari tahun berikutnya dengan Rosa dan Karl dilantik sebagai ketua bersama.[3][4]
Liga Spartacus serta Pemberontakan dikepalainya
suntingSuatu pemberontakan dicetuskan liga ini dari 5 hingga 12 Januari 1919 di Berlin. Beliau dan Luxemburg mulanya membantah tindakan ini namun berubah fikiran setelah ia dimulakan. Pemerintah pimpinan Friedrich Ebert mengarahkan bekas Tentera Darat Empayar serta militia relawan Freikorps untuk menumpaskan pemberontakan ini.
Tidak lama selepas pemberontakan ini dihapuskan pada 15 Januari, Liebknecht dan Luxemburg ditangkap pihak Freikorps pada 15 Januari 1919 dan dibawa ke Hotel Eden di Berlin di mana mereka disoal siasat dan diseksa selama beberapa jam.[5] Luxemburg dipukul dan ditembak mati dalam interogasi ini, dan mayatnya dibuang ke dalam Terusan Landwehr; manakala Liebknecht mati ditembak dari belakang ketika cuba meloloskan diri menurut catatan rasmi komander tersebut, Kapten Waldemar Pabst yang turut berkata "saya telah menghukum bunuh mereka".[6]
Rujukan
sunting- ^ Annelies Laschitza, Die Liebknechts: Karl und Sophie – Politik und Familie, Berlin: Aufbau Taschenbuch, 2009
- ^ "UNREST IN GERMANY". The Argus. Melbourne. 4 July 1916. m/s. 7. Dicapai pada 29 November 2012 – melalui National Library of Australia.
- ^ Ottokar Luban, The Role of the Spartacist Group after 9 November 1918 and the Formation of the KPD, in: Ralf Hoffrogge and Norman LaPorte (eds.), Weimar Communism as Mass Movement 1918-1933, London: Lawrence & Wishart, 2017, pp. 45-65.
- ^ H. Wohlgemuth, Karl Liebknecht, Dietz Verlag, 1975
- ^ Bouton, Miles S. And the Kaiser Abdicates: The German Revolution 1914–1918. Yale University Press.
- ^ Wette, Wolfram (2006). The Wehrmacht: History, Myth, Reality. Cambridge: Harvard University Press. m/s. 44. ISBN 0674022130.
Bacaan lanjut
sunting- Karl Liebknecht, "The Future Belongs to the People" Leopold Classic Library, 2015
- H. Wohlgemuth, Karl Liebknecht, Dietz Verlag, 1975
- Annelies Laschitza, Die Liebknechts: Karl und Sophie – Politik und Familie, Berlin: Aufbau Taschenbuch, 2009
Pautan luar
sunting- Karl Liebknecht di Encyclopædia Britannica
- Karya-karya oleh Karl Liebknecht di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Karl Liebknecht di Internet Archive
- Karl Liebknecht - Marxists Internet Archive. Diakses pada 21 April 2010.