Jon Bon Jovi
John Francis Bongiovi Jr. (lahir 2 Mac 1962), lebih dikenali sebagai Jon Bon Jovi, ialah penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dermawan, dan pelakon Amerika Syarikat. Bon Jovi terkenal sebagai pengasas dan penyanyi kumpulan rock pemenang Anugerah Grammy, Bon Jovi, yang dibentuk pada tahun 1983.
Jon Bon Jovi | |
---|---|
Kelahiran | John Francis Bongiovi Jr. 2 Mac 1962 |
Pendidikan | St. Joseph High School Sayreville War Memorial High School |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1975 - kini |
Ketinggian | 175 cm (5 ka 9 in) |
Pasangan | Dorothea Hurley (k. 1989) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa | John Francis Bongiovi Sr. Carol Sharkey |
Saudara | Tony Bongiovi (sepupu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen |
|
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait | |
Laman web rasmi | bonjovi |
Bon Jovi telah mengeluarkan 14 album studio bersama kumpulannya; Sehingga kini, kumpulan ini telah menjual lebih daripada 130 juta album di seluruh dunia. Bon Jovi juga telah menerbitkan dua album solo. Pada tahun 1990-an, Bon Jovi memulakan kerjaya lakonan, membintangi dalam filem-filem Moonlight and Valentino dan U-571 dan muncul di televisyen di Sex and the City, Ally McBeal dan The West Wing.
Sebagai penulis lagu, Bon Jovi telah dimasukkan dalam Songwriters Hall of Fame pada tahun 2009.[1][2] Pada tahun 2012, Bon Jovi menduduki tempat #50 dalam senarai "Power 100" Billboard Magazine, kedudukan "Orang Yang Paling Berkuasa dan Berpengaruh Dalam Perniagaan Muzik".[3] Pada tahun 1996, Majalah People menamakannya salah satu daripada "50 Orang Paling Cantik Di Dunia".[4] Pada tahun 2000, People menganugerahkan beliau "Sexiest Rock Star".[5]
Bon Jovi ialah pengasas dan pemilik majoriti pasukan Liga Bola Sepak Arena, Philadelphia Soul. Beliau ialah pengasas Yayasan The Jon Bon Jovi Soul, yang ditubuhkan pada tahun 2006.
Diskografi
suntingAlbum studio
sunting- Blaze of Glory (1990)
- Destination Anyhwere (1997)
Album secara langsung
sunting- At the Starland Ballroom Live (2009)
Album kompilasi
sunting- The Power Station Years: The Unreleased Recordings (2001)
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
1990 | Young Guns II | Pit inmate shot back into pit (uncredited) |
1995 | Moonlight and Valentino | The Painter |
1996 | The Leading Man | Robin Grange |
1997 | Little City | Kevin |
1997 | Destination Anywhere: The Film | Jon |
1998 | No Looking Back | Michael |
1998 | Homegrown | Danny |
1998 | Row Your Boat | Jamey Meadows |
2000 | U-571 | Leftenan Pete Emmett |
2000 | Pay It Forward | Ricky McKinney |
2002 | Vampires: Los Muertos | Derek Bliss |
2005 | Cry Wolf | Rich Walker |
2006 | National Lampoon's Pucked | Frank Hopper |
2011 | New Year's Eve | Daniel Jensen |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1999 | Sex and the City | Seth | Episod: "Games People Play" |
2002 | Ally McBeal | Victor Morrison | 10 episod |
2006 | The West Wing | Sendiri | Episod: "Welcome to Wherever You Are" |
2010 | 30 Rock | Sendiri | Episod: "Anna Howard Shaw Day" |
Rujukan
sunting- ^ "Jon Bon Jovi inducted into Songwriters Hall of Fame". Songwritershalloffame.org. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 18, 2012. Dicapai pada Julai 21, 2014.
- ^ "Richie Sambora inducted into Songwriters Hall of Fame". Songwritershalloffame.org. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 14, 2012. Dicapai pada Julai 21, 2014.
- ^ "U2, Jon Bon Jovi Make Billboard's New Power List". January 30, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2013. Dicapai pada September 2, 2012.
- ^ "The 50 most beautiful people in the world 1996". People. 45 (18): 61. 1996 – melalui Ebscohost.
- ^ "Jon Bon Jovi. (cover story)". People. 54 (20): 82. 2000 – melalui Ebscohost.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Jon Bon Jovi. |