Insurans atau asuransi (memasing serapan Inggeris insurance dan Belanda assurantie "penanggungan"[1]) dalam konteks perundangan dan ekonomi adalah bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan dan difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan).

Kaedah Awal

sunting

Kaedah pengurusan risiko telah diamalkan oleh pedagang Cina seawal Milenium ke-3 SM manakala di Babylonia seawal Milenium ke-2 SM.[2]

Pedagang Cina yang melalui jeram sungai yang berbahaya akan mengagihkan barangan dagang mereka kepada beberapa kapal yang lain bagi mengurangkan risiko kerugian. Ini kerana jika kesemua barangan dagang mereka ditempatkan pada hanya sebuah kapal dan kapal tersebut terlibat dengan kecelakaan, maka kesemua barangan dagang mereka akan musnah.

Bagi masyarakat Babylonia pula mereka telah membentuk suatu sistem yang telah dicatat dalam Kod Hammurabi, sekitar 1750 SM dan diguna pakai oleh pedagang dari sekitar Lautan Mediterranean. Setiap pedagang yang menerima pinjaman kredit untuk berlayar akan membuat sejumlah bayaran kepada pemberi pinjaman sebagai jaminan sekiranya barangan dagang yang dibawa rosak atau hilang dia laut, pinjaman tersebut akan dibatalkan.[3]

Sekitar 800 SM, di Rodos, Yunani, telah mencipta kaedah ‘kerugian awar am’. Ini membolehkan sekumpulan pedagang membuat bayaran untuk melindungi dagangan yang berlayar dengan kapal dagang sama. Wang yang dikutip tadi (premium) akan digunakan untuk membayar kerugian kepada pedagang yang danganganya dicampak kelaut bagi menyelamatkan kapal dari ribut atau tenggelam.

Pada abad ke-14 di Genoa, kontrak insurans yang berasingan telah dicipta (tidak lagi menjadi sebahagian daripada pinjaman kredit atau lain-lain kontrak) hasil dari tabung insurans yang disokong dengan jaminan hartanah. Kontrak insurans yang pertama ditemui adalah dari Genoa pada tahun 1347 dan pada abad seterusnya, industri insurans maritime membangun dengan lebih luas dan premium yang dikenakan adalah berasaskan risiko.   

Prinsip

sunting

Tempoh atau berlakunya kerugian mesti pasti.

Kadar kerugian mestilah boleh dijangka: Agar dapat menetapkan premium (harga) yang menjamin mestilah mampu menganggar risiko dengan tepat. Sekiranya perlindungan itu unik, pemegang insuran akan membayar premium tinggi yang lebih seimbang. Lloyd's of London seringkali menerima perlindungan unik. (contoh., memberi perlindungan insurans kaki Tina Turner)

Kerugian mesti boleh dijangka pada tahap makro: Pengeluar insurans perlu tahu berapa banyak mereka perlu bayar apabila kejadian yang dilindung berlaku. Kebanyakan jenis insurans mempunyai tahap maksima bayaran, tetapi bukan semuanya ada, terutama insurans kesihatan.

Kerugian mestilah banyak: Prinsip perundangan De minimis menetapkan bahawa perkara remeh tidak dilindungi. Tambahan lagi, pengambil insurans yang rational (rational insurance) menggunakan insuran sedia ada apabila kos transaksi menetapkan bahawa mengisi tuntutan adalah tidak masuk akal.

Kerugian mestilah bukannya melapetaka: Sekiranya pengeluar insurans muflis (insolvent), ia tidak akan mampu membuat pembayaran kepada pengambil insurans. Di Amerika Syarikat, terdapat sistem Jaminan Dana yang kurang diketahui ramai untuk melindungi mereka yang syarikat insurans telah menjadi muflis.[4] Program ini dijendalikan oleh National Association of Insurance Commissioners (NAIC).[5]

Jaminan Ganti Rugi (Indemnity)

sunting

Sebarang entiti yang cuba mengalih risiko (perseorangan, korporate, atau sebarang bentuk persatuan) menjadi pihak 'pengambil insurans' sebaik sahaja risiko diambil alih oleh 'pengeluar insuran -insurer', pihak pembeli insuran menurut kontrak, ditakrifkan sebagai 'polisi' insuran. Kontrak perundangan ini menyatakan syarat dan terma (terms and conditions) menyatakan jumlah perlindungan (ganti rugi) yang akan diberikan kepada pembeli insuran, oleh pengeluar insuran sebaik sahaja menanggung risiko, sekiranya berlaku kerugian, dan kesemua bencana yang dilindungi (jaminan ganti rugi), bagi tempoh kontrak.

Apabila pihak pembeli insuran mengalami kerugian bagi bencana khusus, yang jaminan tersebut memberi hak kepada pemegang polisi bagi membuat 'tuntutan' terhadap pemberi insuran bagi jumlah yang ditetapkan oleh kontrak polisi. 'Yuran' yang dibayar oleh pembeli insuran kepada pemberi insuran bagi menangung risiko dikenali sebagai 'premium'. Permium insuran daripada ramai pelanggan digunakan bagi membiayai akaun dana yang diketepikan bagi pembayaran tuntutan akan datang - secara teori bagi sejumlah kecil penuntut - dan bagi kos overhed. Selagi pembekal insuran mengekalkan dana mencukupi yang diketepikan bagi kerugian yang dijangkakan, perbezaan baki menjadi untung mereka.

Bagaimana Syarikat Insuran Mendapat Keuntungan

sunting

Pelanggan mungkin membayar satu atau dua bayaran premium untuk satu jangka masa. Syarikat insuran mengutip bayaran ini daripada satu ataupun lebih pelanggan. Sekiranya sesuatu perkara berlaku yang memulakan tuntutan, syarikat kemudiannya akan membayar sejumlah wang tertentu. Sekiranya, dalam tempoh keseluruhan kontrak syarikat insuran, ia membayar kurang berbanding yang dikutipnya, ia menjadi apa yang dikenali sebagai keuntungan penajaan jamin. Satu ukuran prestasi syarikat insuran merupakan nisbah kerugian mereka (kerugian berlaku dan belanja pelarasan kerugian (loss-adjustment expenses) dibahagikan dengan premium bersih yang diperolehi). Nisbah rugi ditambah kepada nisbah perbelanjaan (belanja penajaaan jamin dibahagi dengan premium bersih yang diperolehi) untuk menentukan nisbah gabungan syarikat. Nisbah gabungan menunjukkan keuntungan penajaan jamin keseluruhan syarikat. Gabungan nisbah kurang daripada 100 peratus menunjukkan keuntungan, sementara apa-apa yeng melebihi 100 peratus adalah kerugian. Satu syarikat yang terkenal kerana mencapai keuntungan penajaan jamin adalah American International Group. Berkshire Hathaway, sebaliknya, terkenal kerana membuat wang mereka atas "apungan" berbanding keuntungan penajaan jamin. Apungan merupakan konsep di mana premium insuran dikutip awal, dan tuntutan dibayar bertempoh (kadang kala sehingga tempoh 10 tahun atu lebih), syarikat insuran mampu mengutip pendapatan wang pelaburan di atas wang yang mereka ketepikan bagi tuntutan yang belum dikemukakan, atau masih belum dibayar. Dalam tempoh masa, kadar faedah dikompaunkan menjadi jumlah besar, terutama bagi syarikat sebesar Berkshire Hathaway.

Dalam kebanyakan kes ratio gabungan syarikat melebihi 100 peratus, bagaimanapun syarikat masih mampu mendapat keuntungan. Ini adalah kerana antara masa syarikat mengutip premium dan masa pembayaran tuntutan, ia boleh melabur wang tersebut. Pulangan dari pelaburan ini mampu melebihi kerugian penajaan jamin dengan itu menghasilkan keuntungan. Sebagai contoh, sekiranya syarikat terpaksa membayar 10 peratus daripada yang dikutip, tetapi mendapat 20 peratus dari jumlah pelaburannya, ia masih mempunyai 10 peratus keuntungan. Bagaimanapun, kerana kebanyakan syarikat insuran menganggap ia hanya bijak (dan mungkin diwajibkan melakukannya oelh undang-undang berkenaan perniagaan insuran dalam jajahan di mana ia beroperasi) untuk melabur dalam bebas risiko bon kerajaan, atau pelaburan bentuk pulangan rendah dan berisiko rendah, ia adalah penting bahawa jumlah lebihan ia harus bayar berbanding apa yang ia kutip adalah lebih rendah berbanding peratus pulangan dari pelaburan ini. Sekiranya ia tidak mencukupi, syarikat akan kerugian wang. Jumlah lebihan yang perlu dibayar oleh syarikat boleh di anggap "kos dana - (cost of funds)" dan dibandingkan dengan kadar faedah peminjaman wang oleh syarikat yang sama. Disebabkan ini, kebanyakan syarikat insuran tidak hanya mempunyai matlamat keuntungan melebihi kos dana, tetapi cenderung bagi memiliki kos danan ini lebih rendah berbanding dengan apa yang ia boleh dapat dengan meminjam dari tempat lain. Sekiranya ia tidak berlaku, syarikat insuran tidak menambah nilai kepada pemiliknya, yang secara teori mampu membuat pinjaman wang dari tempat lain dan membuat pelaburan yang sama.

Penentuan Kadar Struktur Premium

sunting

Pemberi insuran menggunakan sains actuarial untuk mengukur risiko yang mereka sanggup terima. Data dihasilkan untuk menganggar tuntutan masa hadapan, biasanya dengan ketepatan yang boleh diterima. Sains actuarial menggunakan statistik dan kebangkalian untuk menganalisa risiko berkait dengan ancaman yang dilindungi, dan prinsip saintifik ini digunakan oleh yang menginsur, bersama dengan faktor tambahan, bagi menentukan struktur kadar premium.

Sebagai contoh, kebanyakan pemilik rumah persendirian membeli polisi insuran pemilik rumah dengan menandatangani kontrak membayar premium kepada syarikat insuran. Sekiranya berlaku kerugian yang dijamin, syarikat insuran diwajibkan oleh syarat kontrak untuk memenuhi tuntutan pepbeli insuran. Bagi sesetengah pemegang polisi, jumlah keuntungan insuran yang diterima daripada syarikat insuran akan melebihi jumlah premium yang dibayar. Yang lain mungkin tidak pernah membuat tuntutan atau menerima sebarang kebaikan selain ketenangan fikiran yang di berikan oleh jaminan polisi insuran . Apabila secara purata, jumlah kos tuntutan dibayar oleh syarikat insuran sepatutnya kurang berbanding premium keseluruhan yang dibayar oleh pemegang polisi insuran mereka, dengan perbezaan dikhususkan bagi belanja overhed dan keuntungan.

Syarikat insuran turut mendapat keuntungan pelaburan. Ia dihasilkan dengan melabur premium yang diterima sehingga ia diperlukan bagi membayar tuntutan. Wang ini juga dikenali sebagai 'apungan'. Pemberi insuran mampu mendapat keuntungan atau kerugian daripada pertukaran nilai dalam apungan termasuk juga faedah atau dividen pada apungan. Di Amerika Syarikat, kerugian penajaan jamin harta tanah dan korban syarikat insuran adalah sekitar $142.3 bilion dalam tempoh lima tahun berakhir 2003. Tetapi keuntungan keseluruhan untuk tempoh masa yang sama adalah $68.4 bilion, hasil apungan. Sesetengah orang dalam industri insuran, terutamanya Hank Greenberg, tidak percaya bahawa ia tidak mungkin untuk mengekalkan keuntungan daripada apungan tanpa keuntungan jaminan taja juga.

Rujukan

sunting
  1. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "insurance (E), assurantie (H)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 154.
  2. ^ See, e.g., Vaughan, E. J., 1997, Risk Management, New York: Wiley
  3. ^ Lex Rhodia: The Ancient Ancestor of Maritime Law - 800 BC
  4. ^ [1]
  5. ^ [2]

Pautan luar

sunting