Hospital Sultan Idris Shah Serdang
Hospital Sultan Idris Shah Serdang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Ianya terletak di dalam daerah Sepang dan menawarkan perkhidmatan kecermasan/perbidanan/wad yang beroperasi 24 jam sehari termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.
Hospital Sultan Idris Shah Serdang | |
---|---|
Kerajaan | |
Geografi | |
Lokasi | Serdang, Selangor, Malaysia |
Organisasi | |
Pembiayaan | Kerajaan |
Jenis | Daerah |
Perkhidmatan | |
Jabatan kecemasan | Ya |
Katil | 620 |
Pautan | |
Laman sesawang | Laman Rasmi Hospital Sultan Idris Shah Serdang |
Hospital Sultan Idris Shah Serdang mula beroperasi pada 15 Disember 2005. Ia mempunyai 620 katil bagi pesakit di wad dan merupakan hospital pakar.
Ia juga merupakan hospital mengajar bagi pelajar perubatan dari Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada 8 Mei 2023, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan dan menjenamakan semula Hospital Serdang yang kini lebih dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Sultan Sharafuddin dalam titahnya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi menamakan hospital itu atas nama baginda. [1]
Alamat
suntingHospital Sultan Idris Shah Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Rujukan
sunting- ^ Hospital Serdang dinamakan Hospital Sultan Idris Shah Serdang Astro Awani. Dicapai pada 8 Mei 2023.