Gua Rusa
Gua Rusa terletak di Taman Negara Mulu, Sarawak. Gua Rusa merupakan sebahagian daripada khazanah geologi yang terbesar di dunia. Di dalamnya pelbagai pelbagai arca semula jadi yang terbentuk jutaan tahun yang lalu. Antaranya ialah stalaktit yang tergantung dan stalakmit. Gua Rusa merupakan tapak warisan UNESCO, kira-kira 100 km ke timur Miri mengambil masa 25 minit perjalanan dengan kapal terbang.
Dari Miri, pengunjung juga boleh menaiki bas atau kereta. Kemudian menaiki bot ekspres menyusuri Sungai Baram hingga ke Marudi dan terus ke Long Terawan (rumah panjang Terawan). Seterusnya menaiki bot panjang ke Taman Negara Mulu. Di sepanjang sungai terdapat beberapa buah rumah panjang kaum Iban yang menarik hati para pelancong. Keseluruhan perjalanan lazimnya mengambil masa hampir 12 jam.
Gua ini dikenali sebagai gua terbesar di dunia sehinggalah Gua Son Doong di Phong Nha-Ke Bang, Vietnam dijelajahi dan ditinjau pada 2009.
Gua Rusa atau gua payau, merupakan sebuah gua yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu. Nama gua payau adalah dari bahasa puak Penan dan Berawan bagi Gua Rusa, kerana rusa sering berlindung di dalam gua tersebut pasa satu masa dahulu. Ia merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak kira-kira 3 km (2 batu) dari ibu pejabat Taman Negara Gunung Mulu, Miri, Sarawak. Gua Rusa terletak di kedudukan terpencil tetapi mudah dicapai dengan hanya berjalan kaki ini, amat sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran dan pengembaraan lasak. Ia merupakan gua terbesar dari siri empat buah gua yang di buka bagi lawatan di taman ini, dan merupakan laluan gua terbesar di dunia. (2008)
Gua Rusa boleh dicapai dengan mengikuti laluan pelantar kayu yang disediakan dari ibu pejabat Taman Negara Gunung Mulu. Untuk sampai ke pintu gua, pengunjung boleh mengikuti jalan pelantar kayu yang disediakan dan perjalanan tersebut akan merentasi paya gambut, pamah aluvium (alluvial flat) dan rabung batu kapur.
Gua Rusa ini merupakan tapak pengkebumian silam bagi orang yang menduduki kawasan ini. Gua Rusa juga merupakan laluan gua terbesar di dunia, dan keluasan gua ini amat menakjubkan, dengan ukuran 2 km (1.2 batu) panjang dan tidak kurang dari 90 meter (295 kaki) tinggi pada titik terendahnya. Salah satu tarikan yang terdapat pada gua ini adalah bongkah batu yang memiliki bentuk menyerupai Abraham Lincoln dalam bayangan matahari, apabila dilihat dari dalam gua.
Di dalam gua tersebut terdapat laluan konkrit sempit yang dibina sebagai panduan bagi para pengunjung merentasi lanti gua yang dipenuhi guano, bagi memudahkan pelawat untuk menjelajah gua tersebun lebih jauh lagi. Selain itu terdapat lampu yang dipasang bagi memudahkan pelawat bergerak di dalam gua tersebut.
Satu lagi tarikan dalam gua tersebut adalah air terjun Adam dan Hawa, yang menderu mengalir turun dari stalactite berongga dengan ketinggian 120 meter (394 kaki). Ia terletak berhampiran dengan Taman Syurga, di mana bumbung gua telah runtuh sebahagian ke dalam dan membenarkan cahaya matahari memasuki gua, membenarkan cahaya matahari memancar, tumbuhan hijau yang tumbuh segar dengan aliran anak sungai, sebelum meneruskan perjalanan mereka masuk lebih jauh ke dalam.
Gua batu kapur ini melindungi pelbagai hidupan liar seperti free tails bat, burung layang-layang yang biasanya terdapat di muka gua selain serangga lain yang biasa terdapat di dalam gua seperti kodok, labah-labah, riang-riang gua, lipas, gonggok, dan ular gua racer snake yang memakan kelawar. Ular racer bukanlah jenis uler yang berbisa.
Pelawat dinasihatkan agar tidak menyentuh, menconteng atau merosakkan apa-apa sebagai warisan generasi akan datang. Para pelawat yang telah habis melawat Gua Rusa ini juga boleh melawat gua Lang yang terletak di bersebelahan dengan gua ini.
Penerokaan dan keselamatan
suntingPara pelawat disarankan agar memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk meneroka Gua Rusa ini. Ini adalah kerana mereka perlu berjalan kaki untuk sampai ke sana, dan keadaan permukaan konkrit yang mungkin licin dengan lumut dan keadaan gua yang kelam dan gelap. Lampu suluh atau lampu kepala juga perlu di bawa kerana sungguhpun lampu disediakan, keluasan Gua Rusa menjadikan keadaan agak kelam.
Sungguhpun terdapat laluan konkrit, peneroka Gua Rusa juga dinasihatkan agar jangan meneroka secara bersendirian untuk mengelak kejadian yang tidak diingini. Selain itu pengunjung perlu memberitahu orang lain sebelum memulakan perjalanan ke gua tersebut.
Perjalanan
suntingDalam perjalanan ke Gua Rusa ini, para pelawat akan melalui perjalanan merentasi merentasi paya gambut, pamah aluvium (alluvial flat) dan rabung batu kapur yang menyeronokkan. Keadaan pelbagai ini menawarkan pengalaman yang memukau dengan pelbagai tumbuhan dan pelbagai kehidupan liar yang menyesuaikan diri dengan pelbagai permukaan muka bumi itu. Kesemua flora dan fauna ini saling wujud selama jutaan tahun dan memiliki sistem ekologi yang rumit dan saling menyokong semasa sendiri. Tumbuhan memerlukan haiwan untuk pendebungaan dan penyebaran benih, sementara haiwan memerlukan tumbuhan sebagai tempat tinggal, berlindung dan sebagai sumber makanan. Selain itu pelawat turut melalui gua pengkebumian kaum Penan.
Hutan hujan ini adalah tebal dengan pokok pelbagai ketinggian dan saiz, dan para pelawat dinasihatkan agar tidak melencong dari lorong yang telah ditetapkan dan berhati-hati dengan lintah. Bagaimanapun, para pengunjung yang tabah akan mengalami pengalaman yang unik dan dapat mendengar pelbagai bunyi kicauan burung, patukan burung belatuk, sahutan monyet, panggilan siamang, dan dengusan babi hutan, selain dari bunyi latar hutan yang terdiri daripada beribu-ribu riang-riang dan cengkerit.
Mereka yang bernasib baik dan memiliki penglihatan yang tajam mungkin akan dapat melihat kelibat monyet, tupai terbang, ular menjalar, dan pelbagai haiwan kecil dan besar yang terdapat di situ. Rama-rama dengan sayap bewarna-warni seperti pelangi, labah-labah dengan sarang suteranya yang indah, gonggok dan halipan kesemuanya menawarkan perjalanan ke Gua Rusa yang sukar dilupakan.