Gombak
Gombak merupakan sebuah daerah di negeri Selangor. Daerah ini terletak di bahagian timur negeri Selangor dan berkeluasan 650 kilometer persegi. Daerah ini juga menjadi daerah kelima paling ramai penduduk dan antara yang terpadat di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 942,400 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Baru Selayang.
Daerah Gombak | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | ڬومبق |
• Cina | 鹅唛县 (Ringkas) 鵝嘜縣 (Tradisional) |
• Tamil | கோம்பாக் மாவட்டம் |
Lokasi di Daerah Gombak di Malaysia | |
Koordinat: 3°16′27.3″N 101°34′14.6″E / 3.274250°N 101.570722°EKoordinat: 3°16′27.3″N 101°34′14.6″E / 3.274250°N 101.570722°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Pusat | Bandar Baru Selayang |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Selayang (Barat) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Timur) |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Nor Azlina Abdul Aziz[1] |
• Orang Besar Daerah | Wan Mahmood Pawanteh[2] |
Keluasan | |
• Jumlah | 650.08 km2 (251.00 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 942,400 |
• Kepadatan | 1,400/km2 (3,800/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 48xxx, 52xxx-54xxx, 68xxx |
Kod panggilan | +6-03-41, +6-03-60, +6-03-61, +6-3-62 |
Nombor plat kenderaan | B |
Geografi
suntingDaerah Gombak bersempadan dengan daerah Hulu Selangor di utara, Kuala Selangor di barat, Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur di selatan serta negeri Pahang di timur.
Keadaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai-sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu dan Sungai Buloh.[4]
Pentadbiran
suntingDaerah Gombak ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Selayang di barat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya di timur. Daerah ini dibahagikan kepada empat mukim, 10 bandar dan enam pekan.[5]
Mukim | Bandar | Pekan | |||
---|---|---|---|---|---|
01 | Batu | 01 | Selayang | 01 | Sungai Buloh |
02 | Kepong | ||||
03 | Sungai Buloh | ||||
02 | Ulu Kelang | 04 | Ulu Kelang | Tiada | |
03 | Rawang | 05 | Batu Arang | 02 | Batu 20 |
06 | Kundang | 03 | Pengkalan Kundang | ||
07 | Kuang | 04 | Kuang | ||
08 | Rawang | 05 | Templer | ||
04 | Setapak | 09 | Sungai Pusu | 06 | Mimaland |
10 | Gombak Setia |
Demografi
suntingBerdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Gombak ialah seramai 942,400 orang dengan kepadatan penduduk 1,444 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 64.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India . Sebanyak 7.1 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 253,148 tempat kediaman dengan sebanyak 222,549 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 572 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 347 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 21 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 565,310 |
Cina | 200,496 | |
India | 95,503 | |
Lain-lain | 14,121 | |
Bukan warganegara | N/A | 66,970 |
Agama
suntingMajoriti penduduk beragama Islam iaitu 66.5 peratus (627,052 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Buddha seramai 18.3 peratus (172,400 orang), Hindu sebanyak 9.5 peratus (89,997 orang), Kristian sebanyak 4.1 peratus (38,928 orang) dan lain-lain sebanyak 0.9 peratus (8,261 orang). Sebanyak 4,059 orang (0.4 peratus) tidak beragama manakala selebihnya 1,703 orang (0.2 peratus) tidak diketahui status agamanya.[6]
Kawasan pilihan raya
suntingDaerah Gombak meliputi empat kawasan parlimen dan 10 kawasan dewan undangan negeri.
Parlimen Selayang
- N13 Kuang
- N14 Rawang
- N15 Taman Templer
Parlimen Gombak
- N16 Sungai Tua
- N17 Gombak Setia
- N18 Hulu Kelang
Sebahagian Parlimen Ampang
- Sebahagian N19 Bukit Antarabangsa
- Sebahagian N20 Lembah Jaya
Sebahagian Parlimen Sungai Buloh
- Sebahagian N37 Paya Jaras
- Sebahagian N38 Bukit Lanjan
Wakil Rakyat
suntingSenarai wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan pentadbiran daerah Gombak, Selangor.
Ahli Parlimen
sunting- Ahli Parlimen Selayang
- YB Tuan William Leong Jee Keen
- Ahli Parlimen Gombak
- YB Dato' Seri Amirudin Shari
- Ahli Parlimen Ampang
- YB Puan Rodziah Ismail
- Ahli Parlimen Damansara
- YB Tuan Gobind Singh Deo
- Ahli Parlimen Sungai Buloh
- YB Dato' Ramanan Ramakrishnan
Ahli Dewan Negeri (ADN)
sunting- ADN Kuang
- YB Tuan Mohd Rafiq Mohd Abdullah
- ADN Taman Templer
- YB Puan Anfaal Saari
- ADN Sungai Tua
- YAB Dato' Seri Amirudin Shari
- ADN Gombak Setia
- YB Tuan Muhammad Hilman Idham
- ADN Hulu Kelang
- YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
- ADN Bukit Antarabangsa
- YB Tuan Kamri Kamaruddin
- ADN Lembah Jaya
- ADN Bukit Lanjan
- YB Puan Pua Pei Ling
- ADN Paya Jaras
- YB Tuan Dr. Ab Halim Tamuri
Rujukan
sunting- ^ "Portal Rasmi PDT Senarai Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Gombak". www.selangor.gov.my.
- ^ "Portal Rasmi PDT Gombak Orang Besar Daerah Gombak". www.selangor.gov.my.
- ^ "Portal Rasmi PDT Gombak Profil Gombak". www2.selangor.gov.my.
- ^ "Profail Daerah Gombak". Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Dicapai pada 24 Feb 2023.
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Lihat Juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gombak |