Citrus australasica

Citrus australasica atau nama umum lainnya limau jari (bahasa Inggeris: finger lime) ialah sejenis pokok renek sitrus berduri yang bertaburan di hutan-hutan hujan subtropika dan tropika di pesisiran antara negeri-negeri Queensland dan New South Wales, Australia. Ia membuahkan buah yang agak lonjong yang dapat dimakan malah sedang dikembangkan sebagai tanaman komersial.[2][3]

Citrus australasica
Limau jari
Buah limau jari di atas pokok
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. australasica
Nama binomial
Citrus australasica
Sinonim[1]

Botani

sunting

Tumbuhan asasnya mencapai ketinggian antara 2 hingga 7 meter. Dedaunnya kecil; setiap helai daun berpermukaan licin dengan hujung yang lekuk dan melengkung ke arah dan berukuran 1 hingga 6 sentimeter panjang dan 3 hingga 25 mm lebar.[2] Bunga yang tumbuh berwarna putih dengan kelopak memanjang antara 6–9 mm (0.24–0.35 in).

Buah yang dihasilkan berbentuk silinder seakan jari yang memberi nama setempat kepadanya (finger lime, "limau jari") berukuran antara 4–8 cm (1.6–3.1 in) panjang, kadang-kadang sedikit melengkung; ia datang dalam pelbagai warna termasuk merah jambu dan hijau.[2] Isi buah terdiri daripada vesikel-vesikel sferikal yang halus.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Citrus australasica F.Muell. — The Plant List". www.theplantlist.org.
  2. ^ a b c "Citrus pages, Native Australian Citrus, Citrus australasica". users.kymp.net. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "heidiwest" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Mueller, Ferdinand von (April 2, 1858). Fragmenta phytographiæ Australiæ /. v.1 1858-59. Auctoritate Gubern. Coloniæ Victoriæ, Ex Officina Joannis Ferres.

Pautan luar

sunting

  Kategori berkenaan Citrus australasica di Wikimedia Commons