Bika ambon adalah makanan khas dari Medan, Indonesia. Dibuat dari bahan-bahan seperti tepung ubi kayu, telur, gula dan santan. Kini Bika Ambon dijual bukan hanya untuk rasa aslinya tetapi juga untuk rasa pandan, durian, keju dan coklat . Bika Ambon, dimasak selama 12 jam, biasanya bertahan dalam keadaan terbaik selama empat hari kerana selepas itu kek mulai mengeras.[1]