Adiwarna

Album ke-4 Siti Nurhaliza

Adiwarna[3] merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza,[4] dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anguerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”,[a] "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.[5]

Adiwarna
Album studio oleh
Dilancarkan pada29 Jun 1998 [1]
Dirakamkan padaOktober 1997 - Mei 1998
GenrePop
Panjang46:45
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
Blackboard Indonesia
EMI Music Indonesia
PenerbitAdnan Abu Hassan, Azmeer, Salman, LY, Johari Teh, Azlan Abu Hassan
Kronologi Siti Nurhaliza
Cindai
(1997)
Adiwarna
(1998)
Seri Balas
(1999)
Single daripada Adiwarna
  1. "Purnama Merindu"
    Dikeluarkan: 23 April 1998
  2. "Diari Hatimu"
    Dikeluarkan: 30 Jun 1998
  3. "Satu Cinta Dua Jiwa"
    Dikeluarkan: 27 Ogos 1998
  4. "Sendiri"
    Dikeluarkan: 11 Oktober 1998
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4/5 bintang[2]

Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.

Penerbitan

sunting

Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, meneruskan kejayaan album Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II dan Cindai. Untuk album Adiwarna, Siti Nurhaliza bersama mentornya, Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik, dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini – “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”. Adik Adnan, Azlan Abu Hassan menyumbangkan lagu Satu Cinta Dua Jiwa.[5]

Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu – "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”. Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.[5]

Tajuk album

sunting

Dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada 20 Jun 1998,[4] Siti berkata, beliau memilih Adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan, istilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan.[4] Selain itu, Adiwarna bagi Siti, juga merupakan kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.[4]

Menurutnya: "ini bukan album asli tetapi album pop biasa, cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,".[4] Dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, Siti berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.[4]

Keluaran dan sambutan

sunting

Adiwarna dikeluarkan pada 29 Jun 1998 dan mendapat sambutan yang baik semasa pelancarannya dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit dan menerima pensijilan 4x platinum. Di samping itu, muzik video untuk lagu "Purnama Merindu", “Diari Hatimu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”, “Laguku Di Hatimu”, “Demi Kasih Sayang” dan “Gelora Asmara” telah dikeluarkan.[5]

Sepertimanya tiga album Siti Nurhaliza terdahulu, album Adiwarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album yang berbeza. Album ini juga dikeluarkan enam bulan selepas Siti menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions pada 12 Januari, sehari selepas ulang tahun kelahirannya ke-19.

Kejayaan album Adiwarna meyakinkan Siti Nurhaliza bahawa sesetengah album perlu disinergikan pada platform media lain untuk memastikan ia berjaya.[6]

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Purnama Merindu"Lukhman SAzmeer4:27
2." Sendiri[b]"BaiduriLY5:36
3."Kita Kan Bersama"Sham Amir HussainMalek Osman3:54
4."Tak Rela Berpisah Darimu"Hani MJAdnan Abu Hassan5:18
5."Lagu Ku Di Hatimu"Siti NurhalizaSalman4:36
6."Diari Hatimu"Ferdi Khalid NSFerdi Khalid NS6:03
7."Satu Cinta Dua Jiwa"UcuAzlan Abu Hassan4:09
8."Demi Kasih Sayang"BaiduriLY4:04
9."Tak Boleh Lupa"JuwieJohari Teh4:50
10."Gelora Asmara"HazidaAdnan Abu Hassan4:20
Jumlah masa: 46:45


Tenaga kerja

sunting

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Adiwarna.[7]

  • Opie (Bloodshed) - gitar
  • Man Kidal (Lefthanded) - gitar
  • Azmeer - keyboard
  • Yan (Lefthanded) - bass
  • Man Dayak (Lefthanded) - dram
  • Andy - fotografi
  • Ariffin - unit promosi
  • Azmeer - penerbit
  • Baiduri - penulis lirik
  • Bard - unit promosi
  • Adnan Abu Hassan - penerbit
  • Azlan Abu Hassan - penerbit
  • Hazida - penulis lirik
  • Sham Amir Hussain - pengurus A&R, penulis lirik
  • Hana Creative Image - imej
  • Joe - unit promosi
  • Joey - jurusolek, pendandan rambut
  • Juwie - penulis lirik
  • Lau - jurutera
  • L.Y. - penerbit
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif

  • Hani MJ - penulis lirik
  • Nieta - unit promosi
  • Siti Nurhaliza - penulis lirik
  • Ferdi Khalid NS - penerbit, penulis lirik
  • Malek Osman - penerbit
  • Andy Pok - mastering
  • AS Design & Print - penciptaan
  • Lukhman S - penulis lirik
  • Salman - penerbit
  • Johari Teh - penerbit
  • Tina - unit promosi
  • Ucu - penulis lirik
  • Vincent - jurutera, adunan
  • Wong - jurutera, adunan
  • Zuriani - penerbit

Kedudukan carta

sunting

Album

Carta (1998) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[8]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1998

Purnama Merindu

5 1 - 1

Sendiri (Mencintaimu Selamanya)

9 - - -

Gelora Asmara

16 - - 17

Satu Cinta Dua Jiwa

18 - - 7

Diari Hatimu

10 - - -

Pensijilan

sunting
Negara Pensijilan Jualan/penghantaran
Malaysia (RIM) 4× Platinum 100,000

Anugerah

sunting

Anugerah Industri Muzik

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1999[9][10] Adiwarna Album Pop Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Album Terbaik Menang

Anugerah Carta RIM

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 Adiwarna Pencapaian Terbaik Untuk Album Melayu Menang

Anugerah Juara Lagu

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1999 Purnama Merindu Lagu Balada Terbaik Menang
Satu Cinta Dua Jiwa Lagu Pop Rock Terbaik Tercalon

South Pacific International Song and Singing Competition

sunting
Tahun Penerima Anugerah Keputusan Negara Hos
1999[10][11] "We'll Be As One" Best Female Vocal Performance Menang  
Australia
Pop Winner/Top 40 Category International Song Menang

Shanghai Music Festival

sunting
Tahun Penerima Anugerah Keputusan Negara Hos
1999[10] Dirinya sendiri Shanghai Asia Music Festival 1999 (Asia New Singer Competition)
Anugerah Emas
 
China

Voice of Asia

sunting
Tahun Penerima Anugerah Keputusan Negara Hos
2002[12] Dirinya sendiri - mempersembahkan "Purnama Merindu" Voice of Asia 2002
Juara Grand Prix
 
Kazakhstan

Catatan

sunting
  1. ^ Lagu "Diari Hatimu" pada asalnya dimuatkan di dalam album keduanya, tetapi ia tidak dapat dilakukan. Bagaimanapun, ia dimuatkan di dalam album Adiwarna.
  2. ^ Lagu ini diterbitkan sebagai single dan ditukarkan kepada judul "Mencintaimu Selamanya".

Rujukan

sunting
  1. ^ Adiwarna oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia.
  2. ^ Adiwarna. Discogs.
  3. ^ Siti Nurhaliza – Adiwarna Diarkibkan 2016-10-05 di Wayback Machine di Siti Sentral @ Weebly.com.
  4. ^ a b c d e f Tengku Khalidah Tengku Bidin (20 Jun 1998). Siti Nurhaliza menyingkap di sebalik falsafah Adiwarna Diarkibkan 2016-12-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Disember 2015.
  5. ^ a b c d Adiwarna SitiZone. Diperoleh pada 18 Disember 2010.
  6. ^ Siti Nurhaliza yakin kepada kemampuan Adiwarna Diarkibkan 2016-12-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (5 Julai 1998). Diperoleh pada 25 Disember 2015.
  7. ^ Adiwarna (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 1998.CS1 maint: others (link)
  8. ^ Hits Of The World - Malaysia Dominic Pride and Allison Smith (29 August 1998). Billboard. Books.google.com. Retrieved on 25 February 2011.
  9. ^ "Anugerah Industri Muzik... satu pengiktirafan kepada warga seni". Utusan Malaysia Online. 12 April 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 21 September 2010.
  10. ^ a b c "Siti Nurhaliza paling berjaya tahun 1999". Utusan Malaysia Online. 30 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 21 September 2010.
  11. ^ Siti Nurhaliza menang anugerah antarabangsa Diarkibkan 2013-08-29 di Wayback Machine Utusan Malaysia Online (21 Mei 1999). Diperoleh pada 1 Januari 2011.
  12. ^ Voice of Asia - Siti Nurhaliza rangkul hadiah Grand Prix Diarkibkan 2011-06-17 di Wayback Machine Saharudin Mustafa (7 Ogos 2000). Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 1 Januari 2011.

Pautan luar

sunting