4-bit
Pemproses | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
4-bit | 8-bit | 12-bit | 16-bit | 18-bit | 24-bit | 31-bit | 32-bit | 36-bit | 48-bit | 64-bit | 128-bit |
Penggunaan | |||||||||||
16-bit | 32-bit | 64-bit | |||||||||
Saiz data | |||||||||||
nibel oktet bait kata kata-d kata-q |
Integer, alamat ingatan, dan unit data 4-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 4 bit lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 4-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.
Perduaan | Perlapanan | Perpuluhan | Perenam- belasan |
---|---|---|---|
0000 | 0 | 0 | 0 |
0001 | 1 | 1 | 1 |
0010 | 2 | 2 | 2 |
0011 | 3 | 3 | 3 |
0100 | 4 | 4 | 4 |
0101 | 5 | 5 | 5 |
0110 | 6 | 6 | 6 |
0111 | 7 | 7 | 7 |
1000 | 10 | 8 | 8 |
1001 | 11 | 9 | 9 |
1010 | 12 | 10 | A |
1011 | 13 | 11 | B |
1100 | 14 | 12 | C |
1101 | 15 | 13 | D |
1110 | 16 | 14 | E |
1111 | 17 | 15 | F |
4-bit boleh digunakan untuk mencipta 16 nilai yang berbeza, dengan semua nombor perenambelasan boleh ditulis dengan 4 bit.
Intel 4004, mikropemproses cip tunggal pertama yang dijual di dunia merupakan unit pemprosesan pusat (CPU) 4-bit. (Sebenarnya, F14 CADC dikeluarkan setahun lebih dahulu, tetapi kewujudannya dirahsiakan.) Pada dasarnya, pemproses Saturn HP48 (mesin hitung saintifik yang umum) ialah mesin 4-bit, walaupun ia merangkaikan berbilang kata, misalnya pengalamatan ingatan 20-bitnya. Contoh pemproses 4-bit yang lain termasuk:
- Intel 4004
- Intel 4040
- Teras Atmel MARC4
- Siri Toshiba TLCS-47.
Dekad 1970-an memperlihatkan kemunculan perisian penggunaan 4-bit untuk pasaran massa seperti mesin hitung saku.
Senarai pemproses 4-bit
sunting- Intel 4004
- Intel 4040
- HP Saturn (mikropemproses)
- Mikropengawal pemancar kawalan jauh inframerah NEC μPD6P9 [1]
- NEC μPD75X
- Siri TLCS-47 Toshiba
- Teras Atmel MARC4 [2]
Rujukan
sunting- ^ "NECEL: 8-bit Remote Control - Internal flash memory/mask ROM type". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-28. Dicapai pada 2009-11-02.
- ^ Atmel: MARC4 4-Bit Architecture