20 Disember
tarikh
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
20 Disember merupakan hari ke-354 (hari ke-355 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 11 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
sunting- 1522 - Pengepungan Rhodes: Sulaiman al-Qanuni menerima penyerahan kalah Kesateria Rhodes, yang kemudian dibenarkan pergi.
- 1803 - Sebagai sebahagian Pembelian Louisiana, kedaulatan New Orleans dipindahkan daripada Perancis kepada Amerika Syarikat.
- 1860 - Carolina Selatan menjadi negeri pertama berpisah dengan Amerika Syarikat, membawa kepada pembentukan Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan kemudian Perang Saudara Amerika.
- 1917 - Polis rahsia Soviet yang pertama, Cheka diasaskan atas dekri Vladimir Lenin.
- 1951 - Experimental Breeder Reactor I berhampiran Arco, Idaho, A.S. menjadi loji kuasa nuklear pertama menghasilkan elektrik apabila berjaya menghidupkan empat mentol lampu 200-watt (gambar).
- 1955 - Cardiff diisytiharkan sebagai ibu negeri Wales.
- 1989 – Angkatan A.S. menyerang Panama bagi menggulingkan kerajaan Manuel Noriega.
- 1995 - Selaras dengan Perjanjian Dayton yang mengakhiri Perang Bosnia, pasukan IFOR yang diketuai NATO memulakan tugas menjaga keamanan di Bosnia dan Herzegovina.
- 1999 - Portugal memindahkan kedaulatan Makau, yang telah ditadbirnya sejak pertengahan abad ke-16, kepada Republik Rakyat China.
Kelahiran
sunting- 1894 - Robert Menzies, Perdana Menteri Australia ke-12
- 1967 - Ira Wibowo, pelakon wanita Indonesia
- 1980 - Ashley Cole, pemain bola sepak England / A.S. Roma
- 1980 - Martín Demichelis, pemain bola sepak Argentina / Manchester City
Kematian
sunting- 1977 - Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud, seorang Menteri Besar Terengganu ke-11
- 2017 - Kenichi Yamamoto, seorang bekas jurutera kenderaan Mazda.