Pemain pertahanan (bola sepak)

Semakan 806463 pada 23:34, 14 April 2009 oleh 118.100.181.246 (bincang) (Rujukan)

Dalam permainan bola sepak, pemain pertahanan merupakan pemain yang ditugaskan untuk menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol.

Posisi

Terdapat empat posisi yang boleh diisi pemain pertahanan.

Centre back

Tugas seorang centre back ialah:

  • Mengawal pemain lawan daripada melakukan percubaan.
  • Membuat terjahan kepada pemain yang menyerang.
  • Menghalang hantaran dan rembatan yang dilihat merbahaya.
  • Bertahan semasa pemain lawan melakukan sepakan sudut.
  • Membina tektik asas pasukan.
  • Mengekalkan postur semasa bertahan.
  • Bermain secara ringkas.

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi centre back:

  • Tinggi, tandukan yang bagus, dan keupayaan melompat untuk bersaing dalam perebutan diudara.
  • Kebolehan dari segikekuatan, mengawal dan melakukan terjahan dalam situasi satu lawan satu.
  • Berani dan agresif dalam mencabar lawan.
  • Bijak membaca permainan.
  • Kosenstrasi yang tinggi.

Sweeper

Posisi sweeper dilihat sebagai posisi yang lebih bebas berbanding posisi yang pertahanan lain. Posisi ini juga digelar sebagai libero (daripada bahasa Itali yang bermaksud bebas.). Sweeper sering kali terbabit untuk melakukan serangan balas. Justeru, posisi ini memerlukan skil hantaran dan kawalan bola yang bagus.

Sekali sekala sweeper dilihat bergerak ke hadapan. Dalam bola sepak moden posisi sweeper jarang digunakan oleh kelab-kelab masa kini.

Full back

Pemain posisi full back ditugaskan untuk menghalang pihak lawan daripada membuat hantaran lintang dalam kotak penalti. Dalam sistem bertahan, full back ditugaskan untuk mengawal pemain lawan.

Tugas seorang full back ialah:

  • Memberi halangan fizikal kepada pemain lawan.
  • Lontaran ke dalam sering dilakukan pemain full back.
  • Mengawal pemain lawan yang menyerang.
  • Mengekalkan disiplin secara tektikal.
  • Memberi petunjuk semasa melakukan hantaran

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi full back:

  • Stamina.
    • Kebolehan menggelecek.
  • Kebolehan mengawal dan melakukan terjahan.
  • Kebijaksaan dalam permainan.

Wing back

Posisi wing back sering digunakan dalam formasi 3-5-2 dan boleh digunakan sebagai pemain tengah. Tetapi posisi ini juga diguna pakai dalam formasi 5-3-2 dan lebih kepada bertahan.

Rujukan

  • BBC SPORT | Football | Laws & Equipment | Positions guide: Central Defender (Inggeris)
  • BBC SPORT | Football | Laws & Equipment | Positions guide: Sweeper (Inggeris)
  • "Football is Coming Home to Die-Hard Translators". Article on the Translation Journal. 1 April, 2008. Dicapai pada 14 April,. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)
  • "Fleet-of-foot full-backs carry key to effective attacking". Dicapai pada 2008-12-11. (Inggeris)
  • "How Gunners can avoid being pulled apart by Brazilian". Dicapai pada 2008-12-11. (Inggeris)
  • "How Larsson swung the tie". Dicapai pada 2008-12-11. (Inggeris)
  • "City countered by visitors' Petrov defence". Dicapai pada 2008-12-11. (Inggeris)
  • BBC SPORT | Football | Laws & Equipment | Positions guide: Wingback (Inggeris)