Rozita Ramelan
Dato' Sri Rozita Ramelan merupakan seorang tokoh dan ikon usahawan wanita Melayu yang berjaya di Malaysia. Beliau memiliki pelbagai rangkaian perniagaan antaranya Kabinet Prive Sdn. Bhd. yang menjual beg berjenama mewah, syarikat pengeluaran produk makanan terkenal iaitu Rasa Rosz Sdn. Bhd., perniagaan perkapalan iaitu Azimut Yachts Malaysia dan pemilik sebuah portal khas buat wanita iaitu Ladybosz yang ramai pengikutnya.
Rozita Ramelan | |
---|---|
Fail:Rozita Ramelan.jpg | |
Kelahiran | Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor |
Pendidikan | UPM dan pengajian tinggi di Australia |
Pekerjaan | Usahawan, Penulis, Motivasi |
Pasangan | Datuk Mohd Omar Mustapha |
Anak-anak |
|
Anugerah | 'The Best Cooking Ingredients di Asian Halal Brand Awards. Anugerah Cover Usahawan di Anugerah Tokoh Wanita sempena 48 tahun majalah Wanita |
Merupakan anak pertama daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan; bapa beliau seorang guru dan arwah ibu, Jaliah Mohamad pula suri rumah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Senggarang dan seterusnya menyambung pengajian di UPM dan Australia. Beliau pernah menolak tawaran ke luar negara selepas SPM kerana ingin dekat dengan ibunya yang ketika itu sering sakit.
Memulakan karier dengan Citibank Berhad selaku private banker dan dari situlah adalah titik permulaan beliau memulakan perniagaan di Malaysia.
Mendirikan rumahtangga bersama Datuk Mohamad Omar bin Mustapha Ong yang meeupakan graduan Oxford dan Harvard University, merupakan rakan kongsi perniagaan dan mentor beliau berjaya dalam perniagaan.
Pencapaian
Beliau telah berjaya meraih anugerah ‘The Best Cooking Ingredients’ di Asian Halal Brand Awards.[1] untuk produk keluaran beliau iaitu Rasa Rosz Sdn. Bhd.[2]
Menerima Anugerah Cover Usahawan di Anugerah Tokoh Wanita sempena 48 tahun majalah Wanita pada 10 Ogos 2017.
Rujukan
- ^ "2019 Asia Halal Brand Awards recognise 55 companies". Bernama. 7 Disember 2019. Dicapai pada 5 September 2024.
- ^ "Rasa Rosz". Rasa Rosz.