Lembu merupakan jenis mamalia ungulat bela jinak yang umum sekali. Ia merupakan anggota moden yang terutama dalam subfamili Bovinae, dan spesies yang paling banyak bilangan dalam genus Bos, dan umum sekali dikelaskan sama sekali sebagai Taurus.

Lembu
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Genus: Bos
Spesies:
B. taurus
Nama binomial
Bos taurus
Taburan lembu
Sinonim
  • Bos primigenius
  • Bos indicus

Lembu dipelihara sebagai ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu, dan sebagai penarik (lembu kasi yang menarik kereta, bajak dan alat-alat sebagainya). Hasil keluaran lembu yang lain termasuklah kulit dan tahi untuk baja asli atau bahan api. Di sesetengah negara seperti India, lembu membawa erti keagamaan yang penting.

Sekitar 10,500 tahun dahulu, lembu dibela jinak daripada sekurang-kurangnya 80 progenitor di Turki tenggara.[1] Menurut anggaran 2011, terdapat 1.4 bilion ekor lembu di dunia.[2] Pada 2009, lembu menjadi antara haiwan ternakan pertama yang mendapat genom yang dipetakan sepenuhnya.[3] Lembu dianggap harta kekayaan yang terlama, maka mencuri lembu dikira satu bentuk kecurian yang terawal.

Taksonomi

 
Lembu betina dari baka Holstein, ahli tipikal subspesies Bos taurus taurus
 
Żubroń, kacukan wisent dan lembu

Pada mulanya lembu dikenal pasti dalam tiga spesies: Bos taurus, iaitu lembu Eropah atau "taurina" (termasuk jenis-jenis seumpama dari Afrika dan Asia); Bos indicus, iaitu sapi (zebu); dan Bos primigenius, iaitu aurochs yang pupus. Aurochs merupakan leluhur kepada lembu sapi dan taurina. Kini semuanya dikelaskan semula sebagai satu spesies iaituBos taurus dengan tiga subspesies: Bos taurus primigenius, Bos taurus indicus, and Bos taurus taurus.[4][5]

Merumitkan lagi keadaan ialah kemampuan lembu untuk berkacuk dengan spesies lain yang bertalian rapat. Wujudlah individu bahkan baka kacukan bukan sahaja antara taurina dan sapi (seperti lembu sanga, Bos taurus africanus), bahkan juga dengan ahli-ahli yang lain di bawah genus Bos, iaitu yak (dzo atau yattle[6]), banteng, dan seladang. Kacukan seperti baka beefalo boleh pula terjadi antara lembu taurina dan mana-mana spesies bison, menyebabkan sesetengah penulis menganggap kacukan tersebut tergolong di bawah Bos.[7] Sesetengah jenis tidak jelas asal-usul kacukannya – contohnya, ujian genetik terhadap baka Dwarf Lulu, satu-satunya lembu taurina di Nepal, mmendapati campuran taurina, sapi dan yak.[8] Bagaimanapun, lembu tidak boleh dikacukkan dengan bovin yang lebih jauh pertalian seperti kerbau atau kerbau Afrika.

Aurochs pernah bertaburan di seluruh Eropah, Afrika Utara, dan sebahagian besar Asia. Lambat-laun taburannya terhad kepada Eropah, dan individu terakhir dikenali mati di Mazovia, Poland, pada sekitar tahun 1627.[9] Penternak telah cuba mencipta semula lembu seiras aurochs dengan mengacukkan jenis lembu ternakan tradisional, maka jadilah baka lembu Heck.

Ciri-ciri

Anatomi

 
Penternakan tenusu dan pemerahan susu lembu pada asalnya dilakukan dengan tangan, tetapi kini rata-rata diambil alih oleh mesin.

Lembu merupakan haiwan ungulat berkaki empat dengan telapuk berbelah. Kebanyakan baka lembu mempunyai tanduk yang berbagai-bagai saiznya. Pemilihan genetik yang teliti telah membolehkan lembu dogol (tanpa tanduk) berleluasa.

 
Model anatomi lembu

Sistem penghadaman

Lembu adalah ruminan, ertinya sistem penghadaman amat dikhususkan untuk membolehkan pengambilan tumbuhan yang sukar dicerna sebagai makanan. Lembu mempunyai sebiji perut dengan empat bahagian, iaitu rumen (bahagian besar sekali), retikulum (bahagian kecil sekali), omasum, dan abomasum.

Kadang-kadang lembu mengambil objek logam yang tertakum dalam retikulum, dan kerengsaan daripada objek logam menyebabkan penyakit perkakasan (hardware disease). Fungsi utama omasum ialah menyerap air dan zat daripada makanan yang tercerna. Abomasum pula ibarat perut manusia, dan oleh itu digelar "perut sebenar".

Seperti kebanyakan ruminan lain, lembu diketahui meluahkan dan mengunyah semula makanan dalam mulut, iaitu mengunyah mamahan. Ketika lembu makan, makanan ditelan tanpa dikunyah dan masuk ke dalam rumen untuk disimpan sehingga lembu mendapat tempat senyap untuk meneruskan penghadaman. Makanan diluahkan sesuap sekali kembali ke mulut di mana makanan yang kini menjadi mamahan dikunyah oleh gigi geraham, menghancurkan bahan vegetasi kepada cebisan kecil. Kemudian mamahan ditelan lagi dan dicerna lagi oleh mikroorganisma khas di dalam rumen. Mikroorganisma inilah yang menguraikan selulosa dan karbohidrat lain menjadi asid lemak meruap yang digunakan oleh lembu sebagai bahan api metabolisme. Mikroorganisma dalam rumen juga mensintesiskan asid amino daripada sumber nitrogenus bukan protein seperti urea dan ammonia. Mikroorganisma ini membiak di dalam rumen, maka generasi lama mati dan sel-selnya berterusan melalui salur penghadaman. Kemudian sel-sel ini dicernakan separuh-separuh di dalam usus kecil, membolehkan lembu mendapat sumber protein berkualiti tinggi. Ciri-ciri ini membolehkan lembu hidup di atas rumput dan vegetasi lasak yang seumpamanya.

Gestasi dan saiz

Tempoh gestasi lembu kira-kira sembilan bulan. Saiz anak lembu baru lahir berbagai-bagai mengikut baka, tetapi biasanya berberat 25 hingga 45 kg (55 hingga 99 lb). Saiz dan berat lembu dewasa juga banyak bezanya antara baka dan jantina. Lembu kasi umumnya disembelih sebelum mencapai 750 kg (1,650 lb). Stok pembiakbakaan mungkin dibenarkan jangka hayat yang lebih lama, kadang-kadang sepanjang 25 tahun. Lembu tertua dalam rekod, Big Bertha, mati pada usia 48 tahun pada 1993.

Pembiakan

 
Sistem pembiakan lembu betina.
 
Buah zakar lembu kasi.

Ladang ternak sering menggunakan permanian beradas (artificial insemination, AI), sebuah teknik pembiakan dibantu perubatan yang terdiri daripada pemendapan semen beradas dalam salur genital betina.[10] Ia digunakan dalam kes-kes yang mana spermatozoa sukar tercapai tiub Fallopio ataupun sekadar atas kehendak empunya lembu. Ia terdiri daripada pemindahan spermatozoa yang dikumpul dan diproses terdahulu ke dalam rongga uterus, dengan pemilihan spermatozoa yang lebih normal dan mobil dari segi morfologi.

Ambing lembu mengandungi dua pasang kelenjar mama (atau puting), maka ada empat "suku".[11] Yang hadapan dipanggil fore quarters (sukuan depan) dan yang belakang pula rear quarters (sukuan belakang).[12]

Lembu jantan mulai subur pada kira-kira umur tujuh bulan. Kesuburannya berkait rapat dengan saiz testikelnya, dan satu ujian kesuburan yang mudah ialah mengukur lilitan skrotum: lembu jantan muda lebih berkemungkinan subur apabila skrotum mencapai ukuran 28 sentimeter (11 in); skrotum lembu jantan dewasa sepenuhnya pula 40 sentimeter (16 in).[13][14]

Lembu jantan mempunyai zakar yang fibroelastik. Dengan jumlah tisu erektil yang kecil, zakar membesar sedikit selepas ereksi. Zakarnya agak tegar apabila tidak tegak, tetapi lebih tegar selepas ereksi. Sembulan tidak banyak dipengaruhi oleh ereksi, tetapi lebih daripada pengenduran otot penyentut zakar (penis retractor muscle) dan penegakan fleksur sigmoid.[15][16][17]

Pengovuman teraruh boleh dimanipulasi untuk menghasilkan manfaat penternakan, contohnya, untuk menyegerakkan pengovuman lembu untuk memanfaatkan penternakan tenusu.

Berat

Rekod dunia lembu jantan terberat ialah 1,740 kg (3,840 lb), seekor lembu baka Chianina bernama Donetto, apabila dipamerkan di pertunjukkan Arezzo pada 1955.[18] Lembu kasi paling berat pula ‘Old Ben’, seekor Shorthorn/Hereford berumur 8 tahun yang berberat 2,140 kg (4,720 lb) pada 1910.[19]

Berat lembu dewasa berbagai-bagai mengikut baka. Yang kecil-kecil seperti baka Dexter dan Jersey antara 272 hingga 454 kg (600 hingga 1,000 lb). Baka Kebenuaan besar-besar seperti Charolais, Marchigiana, Belgian Blue dan Chianina, berjulat antara 635 hingga 1,134 kg (1,400 hingga 2,500 lb). Baka-baka British seperti Hereford, Angus, dan Shorthorn, mencapai kematangan antara 454 hingga 907 kg (1,000 hingga 2,000 lb), kadangkala lebih tinggi, khususnya pada Angus dan Hereford.[20]

Sukar mengitlakkan atau memuratakan berat semua lembu kerana lain baka lainlah purata beratnya. Bagaimanapun, menurut sesetengah sumber, purata berat semua lembu ialah 753 kg (1,660 lb). Lembu kasi peringkat penamatan di fidlot puratanya 640 kg (1,410 lb); lembu betina sekitar 725 kg (1,600 lb), dan lembu jantan pula 1,090 kg (2,400 lb).[21]

Di Amerika Syarikat, purata berat lembu daging meningkat mendadak, terutamanya sejak 1970-an, memerlukan pembinaan tempat penyembelihan baru yang mampu menampung karkas yang lebih besar. Kilang-kilang pembungkusan baharu pada 1980-an menggambarkan peningkatan besar dalam berat lembu.[22] Sebelum 1790 purata berat bersih lembu daging hanya 160 kg (350 lb); dan semenjak itu naik mendadak.[23][24]

Pancaindera

Lembu menggunakan kelima-lima modaliti deria yang diketahui. Ini boleh membantu dalam mengkaji corak kelakuan kompleks, contohnya ketika meragut. Lembu makan berbagai-bagai, tetapi jika diberi peluang, menunjukkan mereka gemar makan klover (70%) daripada rumput (30%). Kecenderungan ini ada corak diurnal yang memberati klover pada waktu pagi, kemudian pengambilan rumput meningkat pada waktu petang.[25]

Penglihatan

Lembu mengutamakan deria lihat dengan mendapatkan 50% maklumat secara visual. [26]

Lembu sebagai haiwan mangsa mempunyai mata yang terletak di sisi (buka hadapan) kepala untuk mengesan musuh. Oleh itu medan penglihatannya selebar 330° tetapi penglihatan binokular (dan oleh itu stereopsisnya) terhad kepada 30° hingga 50° berbanding manusia pada 140°.[27][28] Ini bermakna ada titik buta betul-betul di belakang lembu. Lembu tajam penglihatannya (1/20)[27] tetapi lemah akomodasi visual berbanding manusia.[26]

Lembu mempunyai dua jenis reseptor warna dalam sel kon retina. Oleh itu lembu bersifat dikromatik, seperti mamalia daratan bukan primat yang lain.[29][30] Setiap kon ada dua ke tiga rod dalam fovea centralis tetapi lima ke enam rod berdekatan papila optik.[28] Lembu boleh membezakan warna gelombang panjang (kuning, jingga dan merah) jauh lebih baik daripada warna gelombang pendek (biru, kelabu dan hijau). Anak lembu dapat membezakan jarak gelombang antara panjang (merah) dan pendek (biru) atau sederhana (hijau), tetapi kebolehan terhad untuk membezakan yang pendek dan sederhana. Ia juga cepat menghampiri pengendali haiwan di bawah cahaya merah.[31] Biarpun cukup peka warna, tetapi tidak sebaik manusia mahupun biri-biri.[27]

Salah satu salah sangka umum mengenai lembu (apalagi yang jantan) adalah ia dimarahkan oleh warna merah. Dalam sukan lawan lembu, lembu jantan dirangsang untuk menyerang oleh pergerakan kain merah.[32]

Rasa

Deria rasa lembu cukup maju untuk membezakan empat rasa utama (manis, masin, pahit dan masam). Ia mempunyai kira-kira 20,000 tunas rasa. Kekuatan deria rasa bergantung pada keperluan makanan semasa individu. Lembu menghindari makanan pahit (mungkin beracun) dan gemar makanan manis (nilai kalori tinggi) dan masin (imbangan elektrolit). Kepekaan lembu kepada makanan masam menolong menjaga pH rumen optimum.[26]

Tumbuhan rendah kandungan natrium dan lembu memajukan keupayaan mencari garam dengan deria rasa dan hidu. Jika lembu kekurangan garam natrium, ia menambah pergerakan untuk mencari bahan tersebut. Untuk membantu pencarian, reseptor bau dan rasa yang dapat mengesan jumlah garam natrium yang halus pun meningkatkan kepekaan lembu kerana gendala biokimia berkembang dengan pengurangan garam natrium.[33][34]

Pendengaran

Julat pendengarah lembu dalam 23 Hz hingga 35 kHz. Frekuensi kepekaan terbaik ialah 8 kHz dan nilai ambang terendahnya −21 db (re 20 μN/m−2), iaitu pendengaran lembu lebih tajam daripada kuda (nilai ambang terendah 7 db).[35] Nilai ambang ketajaman penyetempatan bunyi (sound localization acuity) adalah purata 30°. Ertinya, lembu kurang mampu menyetempatkan bunyi berbanding kambing (18°), anjing (8°) dan manusia (0.8°).[36] Oleh sebab mempunyai medan penglihatan fovea yang luas meliputi hampir seluruh garis ufuk, lembu mungkin tidak memerlukan maklumat lokus yang jitu daripada sistem pendengaran untuk menghalakan penglihatan ke arah punca bunyi.

Vokalisasi adalah kaedah komunikasi yang penting bagi lembu yang boleh memberikan maklumat mengenai umur, jantina, darjah penguasaan dan status pembiakan lembu yang berbunyi. Anak lembu dapat mengecam ibunya dengan mendengar suara dengan teliti, malah kelakuan vokal mungkin memainkan peranan dengan menandakan estrus betina dan daya saing jantan.[37]

Hidu

 
Hubungan sosial antara lembu menggunakan pancaindera.

Lembu mempunyai banyak kelenjar bau di seluruh badan termasuk kelenjar di celah telapuk (interdigital), bawah lubang mata (infraorbital), lipatan paha (inguinal) dan sebum, menunjukkan bahawa pembauan barangkali memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial lembu. Digunakannya sistem pembauan primer yang menggunakan bulba olfaktori, dan sistem pembauan sekunder dengan organ vomeronasal.[38] Sistem pembauan kedua digunakan dalam tindak balas flehmen. Ada bukti bahawa apabila lembu tertekan, lembu lain boleh terkesan kerana ini disampaikan oleh bahan-bahan penggera dalam urin.[39] Bau tahi anjing mengaruhkan perubahan kelakuan sebelum lembu makan, manakala bau urin daripada lembu yang lain, sama ada tertekan atau tidak, tidak meninggalkan kesan.[40]

Dalam makmal, lembu boleh dilatih untuk mengecam individu sama spesies hanya dengan menghidu.[38]

Umumnya, lembu menggunakan deria hidu untuk "meluaskan" maklumat yang dikesan oleh deria lain. Tetapi dalam hal kelakuan sosial dan pembiakan, pembauan dalah sumber maklumat utama.[26]

Sentuhan

Lembu mempunyai deria sentuh yang tertumpu pada mekanoreseptor, termoreseptor dan nosiseptor pada kulit dan mancung. Semua ini sering digunakan apabila lembu menjelajahi persekitarannya.[26]

Magnetoresepsi

Terdapat bukti bercanggahan mengenai magnetorecepsi pada lembu. Satu kajian melaporkan bahawa lembu yang rehat dan meragut cenderung menjajarkan paksi badan ke dalam arah geomagnetik Utara-Selatan.[41] Dalam kajian susulan, lembu yang terdedah pada pelbagai medan magnet betul-betul di bawah atau dalam lingkungan talian elektrik yang mengikut arah aliran pelbagai arah magnet menunjukkan corak jajaran yang tersendiri.[42] Tetapi pada tahun 2011, sekumpulan penyelidik Czech melaporkan kegagalan untuk meniru hasil kajian lampau dengan menggunakan gambar-gambar Google Earth.[43]

Kelakuan

Dalam keadaan semula jadi, anak lembu tinggal bersama ibu sehingga bercerai susu pada umur 8 ke 11 bulan. Anak jantan mahupun betina sama-sama rapat dengan ibu untuk beberapa bulan pertama.[44] Lembu dikira haiwan jenis "penyembunyi" tetapi dalam persekitaran beradas kandang beranak kecil, ibu dan anak menjalin jarak dekat untuk tiga kelahiran pertama tetapi selepas ini anak pula. Ibu kali pertama menunjukkan insidens kelakuan keibuan abnormal yang lebih tinggi.[45]

Video anak lembu menyusu

Anak lembu pedaging yang dibela di lapangan menyusu purata 5.0 kali setiap 24 jam dengan purata jumlah tempoh 46 minit digunakan untuk menyusu. Aktiviti menyusu terdapat ritma harian dengan kemuncak antara 05:00–07:00, 10:00–13:00 dan 17:00–21:00.[46]

Kajian terhadap cerai susu semula jadi pada sapi (Bos indicus) menunjukkan bahawa betina menceraikan anak dalam tempoh dua minggu, tetapi selepas itu ia terus menujukkan hubungan erat bersama anak dan mengutamakan anak sendiri sebagai teman mengemas bulu dan meragut selama 4–5 tahun sekurang-kurangnya.[47]

Penguasaan dan kepimpinan

Satu kajian menunjukka bahawa dalam tempoh empat tahun, nyata terdapat hubungan penguasaan yang kukuh dalam sekawan lembu tanah tinggi separa liar. Sedikit sahaja konflik agresif yang ketara dan majoriti pertelingkahan selesai secara kelakuan agonis (kompetitif tetapi tidak agresif) yang langsung tidak melibatkan sentuhan fizikal sesama lawan (cth. menggugat dan berundur secara spontan). Kelakuan agonis sedemikian mengurangkan risiko kecederaan. Status penguasaan bergantung pada umur dan jantina. Yang tua menguasai yang muda, dan jantan menguasai betina. Jantan muda mencapai tahap penguasaan terhadap betina dewasa pada umur sekitar dua tahun.[48]

Seperti mana kebanyakan hierarki penguasaan haiwan, perilaku agresif berkenaan penguasaan tidaklah sejajar dengan tingkat darjat, tetapi lebih berkait rapat dengan jarak darjat antara individu.[48]

Penguasaan dipelihara dengan beberapa cara. Lembu sering berlaga olok-olok untuk menguji kekuatan satu sama lain secara tidak agresif. Lazimnya ahli bawahan menjilat ahli yang lebih berkuasa. Memanjat-manjat adalah kelakuan main-main yang ditunjukkan oleh anak lembu kedua-dua jantina, jantan dewasa dan kadang-kadang betina dalam estrus,[49] tetapi ini bukan kelakuan berkenaan penguasaan yang terdapat pada spesies lain.[48]

Tanduk lembu merupakan "isyarat jujur" yang digunakan dalam pemilihan pasangan mengawan. Lebih-lebih lagi, lembu bertanduk cuba menjauhkan diri daripada satu sama lain dan kurang berinteraksi fizikal daripada lembu tanpa tanduk. Ini membawa kepada hubungan sosial yang lebih stabil.[50]

Pada anak lembu, kekerapan kelakuan agonis berkurangan apabila peruntukan ruang bertambah, tetapi ini tidak berlaku untuk perubahan dalam saiz kumpulan. Bagaimanapun pada lembu dewasa, bilangan pertemuan agonis bertambah apabila saiz kumpulan bertambah.[51]

Kelakuan meragut

Apabila meragut, lembu mempelbagaikan beberapa aspek gigitannya, iaitu pergerakan lidah dan rahang, mengikut ciri-ciri tumbuhan yang dimakan. Keluasan gigitan berkurangan dengan kepadatan tumbuhan tetapi bertambah dengan ketinggian. Keluasan gigitan ditentukan oleh cakupan lidah; dalam satu kajian yang memerhatikan lembu kasi 750-kilogram (1,650 lb), keluasan gigitan mencapai kira-kira 170 cm2 (30 in2). Kedalaman gigitan meningkat dengan ketinggian tumbuhan. Dengan menyesuaikan kelakuan, lembu mendapat gigitan yang lebih berat di padang rumput yang tinggi dan jarang berbanding padang rumput sama jisim/keluasan yang pendek dan padat.[52] Lembu menyesuaikan aspek-aspek lain kelakuan meragutnya selaras dengan makanan yang ada; halaju mencari makan berkurangan dan kadar pengambilan meningkat di kawasan-kawasan yang kaya dengan bekalan makanan yang sedap.[53]

Lembu mengelak daripada meragut kawasan yang dicemari oleh tinja lembu lain daripada binatang lain seperti biri-biri.[54]

Pembelajinakan dan penternakan

Lembu memainkan peranan unik dalam sejarah manusia, dibela jinak semenjak seawal zaman Neolitik awal.

Data arkeozoologi dan genetik menunjukkan bahawa lembu mula-mula dibela jinak daripada aurochs liar (Bos primigenius) kira-kira 10,500 tahun dahulu. Terdapat dua kawasan utama pembelajinakan: satu di kawasan kini Turki yang menurunkan rumpun taurina, dan satu lagi di kawasan kini Pakistan yang menurunkan rumpun indisina (sapi).[55] Variasi mitokondria DNA moden menunjukkan bahawa salasilah taurina mungkin timbul daripada sekurang-kurangnya 80 ekor aurochs yang dijinakkan kawasan hulu Mesopotamia berdekatan kampung Çayönü Tepesi di tenggara Turki dan Dja'de el-Mughara di utara Iraq.[56]

Biarpun lembu Eropah rata-ratanya keturunan taurina, aliran gen daripada lembu Afrika (keturunan sekerat indisina) menyumbangkan komponen genom yang banyak kepada baka-baka lembu Eropah selatan dan keturunannya di Dunia Baru.[55] Kajian terhadap 134 baka menunjukkan bahawa lembu taurina moden berasal dari Afrika, Asia, Amerika Utara dan Selatan, Australia dan Eropah.[57] Ada penyelidik yang berhujah bahawa lembu taurina Afrika diturunkan dari pembelajinakan berasingan yang ketiga daripada aurochs Afrika Utara.[55]

Sebagai wang

Seawal 9000 SM biji-bijian dan lembu digunakan sebagai duit atau bahan barter (ditemuinya sisa biji-bijian pertama, dianggap bukti amalan pra-pertanian seawal 17,000 SM).[58][59][60] Juga terdapat bukti bahawa haiwan lain seperti unta dan kambing mungkin dijadikan mata wang di sesetengah kawasan dunia.[61] Salah satu kelebihan lembu sebagai mata wang adalah membolehkan penjual menetapkan harga. Misalnya, dua ekor ayam ditukar untuk seekor lembu kerana lembu dikira lebih berharga daripada ayam.[59]

Penternakan moden

 
Lembu Hereford ini sedang diperiksa untuk sengkenit; lembu sering dikurung dalam pasung untuk tujuan perubatan.
 
Lembu muda ini dipakaikan anting-anting hidung untuk mencegah penyusuan, biasanya untuk membantu proses cerai susu.

Lembu sering diternak dengan dibenarkan meragut rumput di padang luas secara berkawanan. Menternak lembu sebegini membolehkan penggunaan tanah yang mungkin tidak sesuai untuk bercucuk tanam. Interaksi paling umum dengan lembu melibatkan memberi makan, membersihkan dan menyusu setiap hari. Banyak amalan penternakan rutin melibatkan pemasangan tanda telinga, membuang tanduk, mengangkut, operasi perubatan, pemvaksinan dan penjagaan telapuk, di samping latihan untuk pameran tani. Juga terdapat perbezaan budaya dalam penternakan lembu. Contohnya, kaum Fulani menternak lembu berasaskan teknik kelakuan, sedangkan di Eropah lembu dikawal secara fizikal seperti pagar.[62] Penternak menggunakan penternakan lembu untuk mengurangkan keterdedahan jangkitan M. bovis secara pembiakbakaan terpilih serta menjaga kesihatan kawanan untuk mencecah penyakit serentak.[63]

Lembu diternak untuk daging, susu dan kulit. Sedikit pula digunakan untuk "ragutan pemuliharaan", sekadar untuk menjaga tanah rumput untuk hidupan liar – contohnya di Epping Forest, England. Lembu sering digunakan untuk tempat-tempat paling liar bagi ternakan. Bergantung pada baka, lembu boleh hidup pada rumput bukit, kawasan semak, rawa, mur dan separa gurun. Lembu moden lebih komersil daripada baka lama, tetapi kurang kegunaan kerana lebih terkhusus. Ata sebab inilah ramai penternak kecilan menggemari baka lama seperti baka tenusu di Jersey. Di Portugal, Sepanyol, Perancis selatan dan sesetengah negara Amerika Latin, lembu digunakan dalam sukan lawan lembu; Jallikattu di India merupakan sukan menjinakkan lembu yang jauh bezanya dengan laga lembu Eropah, di mana manusia tidak bersenjata dan lembu tidak dibunuh. Kebanyakan negara lain mengharamkan sukan laga lembu. Kegiatan lain seperti menunggang lembu terdapat dalam acara rodeo, khususnya di Amerika Utara. Kegiatan lompat lembu, sebuah ritual utama dalam kebudayaan Minoa Zaman Gangsa, masih diamalkan di barat daya Perancis. Pada zaman moden, lembu juga menyertai pertandingan tani yang melibatkan lembu hidup mahupun karkas lembu di acara hoof and hook (gantung telapuk).

Dari segi pengambilan makanan manusia, pengambilan lembu kurang efisien berbanding biji-bijian mahupun sayur-sayuran berkenaan penggunaan tanah, maka lembu meragut menggunakan lebih banyak tanah daripada penanaman bijian.[64] Sungguhpun demikian, lembu dan jenis-jenis haiwan bela jinak yang lain kadang-kadang boleh digunakan untuk menggunakan sumber tumbuhan di tempat-tempat yang sukar diusahakan bentuk pertanian lain.

Tidur

Purata tempoh tidur lembu ternakan kira-kira 4 jam sehari.[65] Lembu ada stay apparatus (mekanisme mengunci sendi ketika berdiri),[66] tetapi tidak tidur berdiri,[67] sebaliknya duduk untuk tidur nyenyak.[68] Lembu tidur tidak boleh diterbalikkan dengan ditolak oleh manusia.[69]

Ekonomi

 
Lembu Holstein merupakan baka tenusu terulung yang diternak untuk pengeluaran susu berjumlah tinggi

Lembu disembelih untuk daging, baik yang dewasa mahupun anak. Anggota lembu lain juga dijadikan makanan, iaitu darah, hati, buah pinggang, jantung, ekor dan sebagainya. Lembu juga mengeluarkan susu, malah lembu tenusu diternak khas untuk menghasilkan jumlah susu yang besar untuk diproses dan dijual untuk kegunaan manusia.

Pengeluaran susu yang juga diolah menjadi keju, mentega, yogurt dan hasil tenusu yang lain, cukup setanding dengan pengeluaran daging serta membekalkan sebahagian penting pada bekalan makanan bagi kebanyakan insan sedunia. Laris juga kulit lembu yang digunakan untuk membuat pakaian, kasut dan kerusi panjang. Lembu masih digunakan meluas sebagai binatang penarik di kebanyakan negara membangun seperti India. Lembu juga digunakan dalam sukan seperti rodeo dan laga lembu.

Daging

 
Lembu Kedah-Kelantan, baka lembu pedaging pilihan penternak Malaysia.

Lembu kini merupakan asas kepada industri berbilion dolar sedunia. Perdagangan antarabangsa daging lembu mencatatkan sebanyak 9.4 juta tan metrik daging lembu dieksport pada tahun 2016, dikuasai oleh empat buah negara yang mengeksport lebih satu juta tan metrik setiap satu, iaitu Brazil, India, Australia dan Amerika Syarikat.[70] Kira-kira setengah daripada keluaran daging seluruh dunia datang daripada lembu.[71]

Di Malaysia, baka-baka pedaging yang menjadi pilihan ialah baka Kedah-Kelantan (KK), Local Indian Dairy, Brahmin, Hereford (dalam baka tulen mahupun kacukan dengan KK), Kacukan Komersial Australia, Droughtmaster, dan Mafriwal (kacukan Friesian-Sahiwal).

Susu

 
Susu lembu dahulunya diperah dengan tangan, tetapi kini rata-ratanya digantikan dengan mesin.

Baka-baka tertentu, misalnya Holstein-Friesian, digunakan untuk mengeluarkan susu,[72][73] yang boleh diproseskan kepada hasil tenusu seperti susu, keju atau yogurt. Lembu tenusu biasanya dibela di ladang khusus tenusu yang direka untuk pengeluaran susu. Lembu biasanya diperah dua kali sehari, dan susunya diproseskan di tempat menyimpan bahan tenusu, sama ada di ladang sendiri atau kilang untuk mengkomersialkan hasil tenusu.[74] Lembu tenusu yang hendak terus mengeluarkan susu mesti melahirkan seekor anak setahun. Anak yang jantan biasanya disembelih muda-muda untuk dagingnya.[75] Lembu akan terus mengeluarkan susu sehingga tiga minggu sebelum kelahiran.[73] Penternakan tenusu makin tahun makin intensif untuk meningkatkan daya pengeluaran. Holstein-Friesian merupakan baka tenusu yang terlaris di Eropah dan Amerika Syarikat, dibiakbakakan secara terpilih untuk menghasilkan keluaran susu tertinggi dalam segala baka lembu. Purata pengeluaran susu di UK adalah 22 liter sehari.[72][73]

Di Malaysia pula, antara baka tenusu yang umum ialah Mafriwal, Girlando dan kacukan Friesian. Mafriwal dijadikan pilihan utama kerana mempunyai tahap kesuburan yang baik, senang diurus dan tahan cuaca panas dan kelembapan tinggi.[76]

Kulit

Rata-ratanya lembu diternak bukan untuk kulit semata-mata. Biasanya kulit adalah produk sampingan daripada pengeluaran daging. Kulit lembu digunakan untuk membuat pelbagai produk termasuk kasut. Pada 2012 India merupakan pengeluar terbesar kulit lembu.[77]

Lembu jalang

Lembu jalang (feral) merupakan "lembu yang tidak dijinakkan".[78] Diketahui wujudnya dan populasi lembu jalang di negara-negara Australia, Amerika Syarikat, Colombia, Argentina, Sepanyol, Perancis dan banyak pulau termasuk New Guinea, Hawaii, Galapagos, Juan Fernández, Hispaniola (Republik Dominica dan Haiti), Tristan da Cunha dan Île Amsterdam,[79] dua buah pulau Kuchinoshima[80] dan Pulau Kazura yang berdekatan Pulau Naru di Jepun.[81][82] Lembu Chillingham juga ada kalanya dikira baka jalang.[83] Lembu liar Aleut terdapat di Kepulauan Aleut.[84] "Lembu Kinmen" yang khusus terdapat di Pulau Kinmen, Taiwan rata-ratanya dibelajinakkan sedangkan segelintir populasinya dipercayai hidup liar kerana dilepaskan tanpa sengaja.[85]

Antara contoh-contoh lain termasuk populasi di Hong Kong (di Shing Mun Country Park,[86] sekitar Daerah Sai Kung[87] dan Pulau Lantau[88] dan Grass Island[89]), dan lembu separa jalang di Yangmingshan, Taiwan.[90]

Agama, tradisi dan budaya rakyat

Tradisi Islam

Dalam kitab al-Quran sering disebut tentang lembu. Surah kedua dan terpanjang dalam al-Quran berjudul al-Baqarah ("Lembu Betina"). Daripada 286 ayat dalam surah al-Baqarah, terdapat tujuh ayat yang menyebut tentang lembu (Al-Baqarah 67–73).[91][92] Tajuk surah ini dipetik dari petikan di mana Nabi Musa a.s. memerintahkan umat untuk mengorbankan seekor lembu betina untuk menghidupkan kembali seseorang yang dibunuh oleh orang yang tidak dikenali.[93]

Tradisi Hindu

Lembu adalah suci dan terhormat dalam agama Hindu. Pada zaman Vedik, lembu melambangkan kemewahan [94]:130 dan seringkali disembelih. Pada zaman kemudian barulah lembu disucikan. Menurut Mahabharata lembu harus dilayan dengan sama hormatnya seperti ibu sendiri.[95] Di pertengahan alaf pertama, penggunaan daging lembu mula tidak disenangi oleh perundangan.[94]:144 Biarpun tiadanya dewa-dewi berupa lembu mahupun kuil memuja lembu,[94]:146 namun lembu banyak terdapat pada catatan Veda dan Purana. Dewa Krishna dibesarkan dalam keluarga penternak lembu, maka diberi timangan Govinda (pelindung lembu). Di samping itu, Shiva diceritakan menunggang lembu jantan bernama Nandi.

Susu dan hasil tenusu banyak digunakan dalam ritual Vedik.[94]:130 Pada zaman pasca-Vedik, hasil lembu – susu, dadih, minyak sapi, bahkan juga tahi dan kencing lembu (gomutra), ataupun kelima-limanya sekali (pancagavya) – mula memainkan peranan penting dalam penyucian dan penebusan dosa.[94]:130–1

Menyanjung lembu menjadi lambang identiti masyrakat Hindu,[94]:20 terutamanya sejak akhir abad ke-19. Penyembelihan lembu diharamkan di sesetengah negeri India. Restoran McDonald's di India tidak menyajikan burger lembu. Di negara Maharaja Ranjit Singh awal abad ke-19, membunuh lembu boleh dihukum mati.[96]

Tradisi lain

  • Lembu adalah salah satu daripada 12 ahli zodiak Cina.
  • Buruj Taurus melambangkan lembu jantan.
  • Kaum Fulani di Afrika Barat merupakan penternak lembu nomadik terbesar.
  • Puak Maasai di Afrika timur mempunyai kepercayaan lama bahawa dewa Engai mengurniakan kepada mereka hak mutlak ke atas semua lembu di Bumi.[97]

Populasi

Untuk 2013, FAO menganggarkan jumlah lembu sedunia sebanyak 1.47 bilion:[98] Asia 495 juta; Amerika Selatan 348 juta; Afrika 305 juta; Eropah 122 juta; Amerika Utara 102 juta; Amerika Tengah 46 juta; Oseania 42 juta; dan Caribbean 9 juta.

Rujukan

  1. ^ Bollongino, R.; Burger, J.; Powell, A.; Mashkour, M.; Vigne, J.-D.; Thomas, M. G. (2012). "Modern taurine cattle descended from small number of Near-Eastern founders". Molecular Biology and Evolution. 29 (9): 2101–2104. doi:10.1093/molbev/mss092. PMID 22422765. Op. cit. in Wilkins, Alasdair (28 Mar 2012). "DNA reveals that cows were almost impossible to domesticate". io9. Dicapai pada 2 Apr 2012.
  2. ^ "Counting Chickens". The Economist. 27 July 2011. Dicapai pada 6 July 2016.
  3. ^ Brown, David (23 April 2009). "Scientists Unravel Genome of the Cow". The Washington Post. Dicapai pada 23 April 2009.
  4. ^ Wilson, D.E.; Reeder, D.M., penyunting (2005). "Bos taurus". Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  5. ^ "Bos taurus". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 9 May 2015.
  6. ^ "Yattle What?", Washington Post, 11 August 2007
  7. ^ Groves, C. P., 1981. Systematic relationships in the Bovini (Artiodactyla, Bovidae). Zeitschrift für Zoologische Systematik und Evolutionsforschung, 4:264–278., quoted in Grubb, P. (2005). "Genus Bison". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 637–722. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  8. ^ Takeda, Kumiko; dll. (April 2004). "Mitochondrial DNA analysis of Nepalese domestic dwarf cattle Lulu". Animal Science Journal. Blackwell Publishing. 75 (2): 103–110. doi:10.1111/j.1740-0929.2004.00163.x. Dicapai pada 7 November 2006.
  9. ^ Van Vuure, C.T. 2003. De Oeros – Het spoor terug (in Dutch), Cis van Vuure, Wageningen University and Research Centrum: quoted by The Extinction Website: Bos primigenius primigenius. Diarkibkan 20 April 2009 di Wayback Machine
  10. ^ FERREIRA, A. B. H. Novo Dicionário da Língua Portuguesa. 2ª edição. Rio de Janeiro. Nova Fronteira. 1986. p. 950.
  11. ^ Hasheider, Phillip. The Family Cow Handbook. ISBN 0-7603-4067-6.
  12. ^ "Udder Structure & Disease" (PDF). UVM. 6 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Mei 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "G Jayawardhana (2006), Testicle Size – A Fertility Indicator in Bulls, Australian Government Agnote K44" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 November 2012. Dicapai pada 6 August 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "A P Carter, P D P Wood and Penelope A Wright (1980), Association between scrotal circumference, live weight and sperm output in cattle, Journal of Reproductive Fertility, 59, pp 447–451" (PDF). Dicapai pada 6 August 2012.
  15. ^ Sarkar, A. (2003). Sexual Behaviour In Animals. Discovery Publishing House. ISBN 978-81-7141-746-9.
  16. ^ Functional Anatomy and Physiology of Domestic Animals – William O. Reece – Google Boeken. Books.google.com. 4 March 2009. ISBN 978-0-8138-1451-3. Dicapai pada 2 December 2012.
  17. ^ Modern Livestock and Poultry Production – James R. Gillespie, Frank B. Flanders – Google Boeken. Books.google.com. 28 January 2009. ISBN 1-4283-1808-9. Dicapai pada 2 December 2012.
  18. ^ Friend, John B., Cattle of the World, Blandford Press, Dorset, 1978
  19. ^ McWhirter, Norris & Ross, Guinness Book of Records, Redwood Press, Trowbridge, 1968
  20. ^ "Hereford cattle weight".
  21. ^ "FAO Cattle Weights". FAO. Dicapai pada 2015-05-05.
  22. ^ Kenneth H. Mathews – 1999 – U.S. Beef Industry: Cattle Cycles, Price Spreads, and Packer concentration. Page 6
  23. ^ American Economic Growth and Standards of Living before the Civil War, Robert E. Gallman, John Joseph Wallis – 2007 p248
  24. ^ "Cattle increasing in size". Beef Magazine. Dicapai pada 2015-05-05.
  25. ^ Rutter, S.M. (2006). "Diet preference for grass and legumes in free-ranging domestic sheep and cattle: current theory and future application". Applied Animal Behaviour Science. 97 (1): 17–35. doi:10.1016/j.applanim.2005.11.016.
  26. ^ a b c d e Adamczyk, K.; Górecka-Bruzda, A.; Nowicki, J.; Gumułka, M.; Molik, E.; Schwarz, T.; Klocek, C. (2015). "Perception of environment in farm animals – A review". Annals of Animal Science. doi:10.1515/aoas-2015-003.
  27. ^ a b c Coulon, M.; Baudoin, C.; Heyman, Y.; Deputte, B.L. (2011). "Cattle discriminate between familiar and unfamiliar conspecifics by using only head visual cues". Animal Cognition. 14 (2): 279–290. doi:10.1007/s10071-010-0361-6.
  28. ^ a b Phillips, C. (2008). Cattle Behaviour and Welfare. John Wiley and Sons.
  29. ^ Jacobs, G.H.; Deegan, J.F.; Neitz, J. (1998). "Photopigment basis for dichromatic color vision in cows, goats and sheep". Vis. Neurosci. 15: 581–584. doi:10.1017/s0952523898153154.
  30. ^ Phillips, C.J.C.; Lomas, C.A. (2001). "Perception of color by cattle and its influence on behavior". Journal of Dairy Science. 84: 807–813. doi:10.3168/jds.s0022-0302(01)74537-7.
  31. ^ Phillips, C.J.C.; Lomas, C.A. (2001). "The perception of color by cattle and its influence on behavior". Journal of Dairy Science. 84 (4): 807–813. doi:10.3168/jds.S0022-0302(01)74537-7.
  32. ^ "Why Do Bulls Charge When they See Red?".
  33. ^ Bell, F.R.; Sly, J. (1983). "The olfactory detection of sodium and lithium salts by sodium deficient cattle". Physiology and Behavior. 31 (3): 307–312. doi:10.1016/0031-9384(83)90193-2.
  34. ^ Bell, F. R. (1984). "Aspects of ingestive behavior in cattle". Journal of Animal Science. 59 (5): 1369–1372.
  35. ^ Heffner, R.S.; Heffner, H.E. (1983). "Hearing in large mammals: Horses (Equus caballus) and cattle (Bos taurus)". Behavioral Neuroscience. 97 (2): 299–309. doi:10.1037/0735-7044.97.2.299.
  36. ^ Heffner, R.S.; Heffner, H.E. (1992). "Hearing in large mammals: sound-localization acuity in cattle (Bos taurus) and goats (Capra hircus)". Journal of Comparative Psychology. 106 (2): 107–113. doi:10.1037/0735-7036.106.2.107.
  37. ^ Watts, J.M.; Stookey, J.M. (2000). "Vocal behaviour in cattle: the animal's commentary on its biological processes and welfare". Applied Animal Behaviour Science. 67 (1): 15–33. doi:10.1016/S0168-1591(99)00108-2.
  38. ^ a b Bouissou, M.F.; Boissy, A.; Le Niendre, P.; Vessier, I. (2001). "The Social Behaviour of Cattle 5.". Dalam Keeling, L.; Gonyou, H. (penyunting). Social Behavior in Farm Animals. CABI Publishing. m/s. 113–133.
  39. ^ Boissy, A.; Terlouw, C.; Le Neindre, P. (1998). "Presence of cues from stressed conspecifics increases reactivity to aversive events in cattle: evidence for the existence of alarm substances in urine". Physiology and Behavior. 63 (4): 489–495. doi:10.1016/s0031-9384(97)00466-6.
  40. ^ Terlouw, E.C.; Boissy, A.; Blinet, P. (1998). "Behavioural responses of cattle to the odours of blood and urine from conspecifics and to the odour of faeces from carnivores". Applied Animal Behaviour Science. 57 (1): 9–21. doi:10.1016/s0168-1591(97)00122-6.
  41. ^ Begall, S.; Cerveny, J.; Neef, J.; Vojtech, O.; Burda, H. (2008). "Magnetic alignment in grazing and resting cattle and deer". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 105: 13451–13455. Bibcode:2008PNAS..10513451B. doi:10.1073/pnas.0803650105.
  42. ^ Burda, H.; Begalla, S.; Červený, J.; Neefa, J.; Němecd, P. (2009). "Extremely low-frequency electromagnetic fields disrupt magnetic alignment of ruminants". Proc. Natl. Acad. Sci. USA. 106: 5708–5713. doi:10.1073/pnas.0811194106. PMC 2667019. PMID 19299504.
  43. ^ Hert, J; Jelinek, L; Pekarek, L; Pavlicek, A (2011). "No alignment of cattle along geomagnetic field lines found". Journal of Comparative Physiology. 197 (6): 677–682. doi:10.1007/s00359-011-0628-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  44. ^ Johnsen, J.F.; Ellingsen, K.; Grøndahl, A.M.; Bøe, K.E.; Lidfors, L.; Mejdell, C.M. (2015). "The effect of physical contact between dairy cows and calves during separation on their post-separation behavioural" (PDF). Applied Animal Behaviour Science. 166: 11–19. doi:10.1016/j.applanim.2015.03.002.
  45. ^ Edwards, S.A.; Broom, D.M. (1982). "Behavioural interactions of dairy cows with their newborn calves and the effects of parity". Animal Behaviour. 30 (2): 525–535. doi:10.1016/s0003-3472(82)80065-1.
  46. ^ Odde, K. G.; Kiracofe, G.H.; Schalles, R.R. (1985). "Suckling behavior in range beef calves". Journal of Animal Science. 61 (2): 307–309. doi:10.2134/jas1985.612307x.
  47. ^ Reinhardt, V.; Reinhardt, A. (1981). Cohesive relationships in a cattle herd (Bos indicus). Behaviour. 77. m/s. 121–150. doi:10.1163/156853981X00194.
  48. ^ a b c Reinhardt, C.; Reinhardt, A.; Reinhardt, V. (1986). "Social behaviour and reproductive performance in semi-wild Scottish Highland cattle". Applied Animal Behaviour Science. 15 (2): 125–136. doi:10.1016/0168-1591(86)90058-4.
  49. ^ "Signs of Heat (Heat Detection and Timing of Insemination for Cattle)". Heat Detection and Timing of Insemination for Cattle (Penn State Extension).
  50. ^ Knierim, U.; Irrgang, N.; Roth, B.A. (2015). "To be or not to be horned–consequences in cattle". Livestock Science. 179: 29–37. doi:10.1016/j.livsci.2015.05.014.
  51. ^ Kondo, S.; Sekine, J.; Okubo, M.; Asahida, Y. (1989). "The effect of group size and space allowance on the agonistic and spacing behavior of cattle". Applied Animal Behaviour Science. 24 (2): 127–135. doi:10.1016/0168-1591(89)90040-3.
  52. ^ Laca, E.A.; Ungar, E.D.; Seligman, N.; Demment, M.W. (1992). "Effects of sward height and bulk density on bite dimensions of cattle grazing homogeneous swards". Grass and Forage Science. 47 (1): 91–102. doi:10.1111/j.1365-2494.1992.tb02251.x.
  53. ^ Bailey, D.W.; Gross, J.E.; Laca, E.A.; Rittenhouse, L.R.; Coughenour, M.B.; Swift, D.M.; Sims, P.L. (1996). "Mechanisms that result in large herbivore grazing distribution patterns". Journal of Range Management. 49 (5): 386–400. doi:10.2307/4002919.
  54. ^ Forbes, T.D.A.; Hodgson, J. (1985). "The reaction of grazing sheep and cattle to the presence of dung from the same or the other species". Grass and Forage Science. 40 (2): 177–182. doi:10.1111/j.1365-2494.1985.tb01735.x.
  55. ^ a b c McTavish, E.J.; Decker, J.E.; Schnabel, R.D.; Taylor, J.F.; Hillis, D.M.year=2013. "New World cattle show ancestry from multiple independent domestication events". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 110: E1398–406. doi:10.1073/pnas.1303367110. PMC 3625352. PMID 23530234.
  56. ^ Bollongino, R.; Burger, J.; Powell, A.; Mashkour, M.; Vigne, J.-D.; Thomas, M. G. (2012). "Modern taurine cattle descended from small number of Near-Eastern founders". Molecular Biology and Evolution. 29 (9): 2101–2104. doi:10.1093/molbev/mss092. PMID 22422765. Op. cit. in Wilkins, Alasdair (28 Mar 2012). "DNA reveals that cows were almost impossible to domesticate". io9. Dicapai pada 2 Apr 2012.
  57. ^ Decker, J.E.; McKay, S.D.; Rolf, M.M.; Kim, J.; Molina Alcalá, A.; Sonstegard, T.S.; dll. (2014). "Worldwide patterns of ancestry, divergence, and admixture in domesticated cattle". PLoS Genet. 10 (3): e1004254. doi:10.1371/journal.pgen.1004254. PMC 3967955. PMID 24675901.
  58. ^ G A SlaferBarley Science: Recent Advances from Molecular Biology to Agronomy of Yield and Quality p.1 Routledge, 12 March 2002 ISBN 1-56022-910-1 Retrieved 2012-06-17
  59. ^ a b G Davies, J H Bank – A history of money: from ancient times to the present day University of Wales Press, 2002 – Retrieved 2012-05-17
  60. ^ J Huerta de Soto – 1998 (translated by M.A.Stroup 2012). Money, Bank Credit, and Economic Cycles. Ludwig von Mises Institute. ISBN 1-61016-189-0. Dicapai pada 2012-06-15.
  61. ^ "A History of Money". Dicapai pada 19 May 2015.
  62. ^ Lott, Dale F.; Hart, Benjamin L. (October 1979). "Applied ethology in a nomadic cattle culture". Applied Animal Ethology. Elsevier B.V. 5 (4): 309–319. doi:10.1016/0304-3762(79)90102-0.
  63. ^ Krebs JR, Anderson T, Clutton-Brock WT, dll. (1997). "Bovine tuberculosis in cattle and badgers: an independent scientific review" (PDF). Ministry of Agriculture, Fisheries and Food. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2004-07-22. Dicapai pada 4 September 2006. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  64. ^ Edward O. Wilson, The Future of Life, 2003, Vintage Books, 256 pages ISBN 0-679-76811-4
  65. ^ "40 Winks?" Jennifer S. Holland, National Geographic Vol. 220, No. 1. July 2011.
  66. ^ Asprea, Lori; Sturtz, Robin (2012). Anatomy and physiology for veterinary technicians and nurses a clinical approach. Chichester: Iowa State University Pre. m/s. 109. ISBN 978-1-118-40584-0.
  67. ^ "Animal MythBusters – Manitoba Veterinary Medical Association". www.mvma.ca.
  68. ^ Collins, Nick (September 6, 2013). "Cow tipping myth dispelled". The Daily Telegraph. Dicapai pada May 18, 2016.
  69. ^ Haines, Lester (9 November 2005). "Boffins debunk cow-tipping myth". The Register UK. Dicapai pada 30 November 2012.
  70. ^ Cook, Rob (2017-11-17). "World Beef Exports: Ranking Of Countries". Beef2Live. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  71. ^ Rickard, G., & Book, I. (1999). Bovids:useful ruminants. In Investigating God's world (3rd ed.). Pensacola, Fla.: A Beka Book.
  72. ^ a b "UK Dairy Cows". Dicapai pada 7 May 2015.
  73. ^ a b c "Compassion in World Farming: Dairy Cattle". Dicapai pada 7 May 2015.
  74. ^ "Milking 3 Times per day".
  75. ^ "Veal and the Dairy Industry". Compassion in World Farming. Dicapai pada 9 May 2015.
  76. ^ "Lembu Tenusu". MyAgri. 2017-03-21. Dicapai pada 2017-11-30. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  77. ^ "FAO – Cattle Hides" (PDF). Dicapai pada 16 May 2015.
  78. ^ "Definition of Feral cattle". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2015. Dicapai pada 4 Mei 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  79. ^ Grubb, P. (2005). "Bos taurus". In Wilson, D.E.; Reeder, D.M. Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (3rd ed.). Johns Hopkins University Press. pp. 637–722. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494. 
  80. ^ "NGRC Bos taurus". www.nodai-genome.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  81. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 April 2016. Dicapai pada 12 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  82. ^ "葛島(野生化した和牛のいる島) - 奈留島港レンタカー". www.narusima.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  83. ^ "Science – Chillingham Wild Cattle". chillinghamwildcattle.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  84. ^ "Alaska Isle a Corral For Feral Cattle Herd; U.S. Wants to Trade Cows for Birds". The Washington Post. 23 Oktober 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2016. Dicapai pada 26 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  85. ^ "牛ばかりいる台湾の孤島・金門島 / 牛による牛のためのモーモーパラダイスだったことが判明". 世界を旅するガイドブック Photrip フォトリップ. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  86. ^ 城門水塘融和歷史 Diarkibkan 1 April 2016 di Wayback Machine. Retrieved on May 08, 2017
  87. ^ 2015. 郊野香港,野牛與人和諧共處. The New York Times. Retrieved on May 08, 2017
  88. ^ 2014. 西貢流浪牛被逼遷大嶼山 漁護署:牛隻健康年中再檢討 Diarkibkan 22 Oktober 2017 di Wayback Machine. Retrieved on May 08, 2017
  89. ^ 陳漢榮. 陳盛臣. 2003. 短線遊:跟住牛屎遊塔門 Diarkibkan 22 Oktober 2017 di Wayback Machine. Retrieved on May 08, 2017
  90. ^ 太厲害!擎天崗的牛 乖乖跟「他」走! Diarkibkan 22 Oktober 2017 di Wayback Machine. The Liberty Times. Retrieved on May 08, 2017
  91. ^ Diane Morgan (2010). Essential Islam: A Comprehensive Guide to Belief and Practice. ABC-CLIO. m/s. 27. ISBN 9780313360251.
  92. ^ Thomas Hughes (1995) [first published in 1885]. Dictionary of Islam. Asian Educational Services. m/s. 364. ISBN 9788120606722.
  93. ^ Avinoam Shalem (2013). Constructing the Image of Muhammad in Europe. Walter de Gruyter. m/s. 127. ISBN 9783110300864.
  94. ^ a b c d e f Jha, D. N. (2002). The myth of the holy cow. London: Verso. m/s. 130. ISBN 978-1-85984-676-6.
  95. ^ "Mahabharata, Book 13-Anusasana Parva, Section LXXVI". Sacred-texts.com. Dicapai pada 15 October 2013.
  96. ^ Swamy, Subramanian (19 January 2016). "Save the cow, save earth". Express Buzz. Dicapai pada 19 January 2016.
  97. ^ Patrick Mendis 2007. Glocalization: The Human Side of Globalization.. p160
  98. ^ FAOSTAT. [Agricultural statistics database] Food and Agriculture Organization of the United Nations, Rome. "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2016. Dicapai pada 13 Januari 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar