Koir
Koir (atau Koral atau Korus) ialah ensembel suara yang mana sekumpulan penyanyi menyanyi dengan nada yang seiring dan harmoni; terdiri dari pelbagai lingkungan suara. Persembahan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor.
Jenis - jenis ensembel suara
Perbezaan dari segi Ensembel suara berbeza mengikut keperluan seperti dibawah:-
- Choir ("Koir") - kerap dirujukkan kepada kumpulan yang terlibat dalam kegiatan di gereja atau sekolah.
- Chorus ("Korus") - digunakan dalam konteks seni pementasan seperti opera.
- Chorale ("Koral") - merujuk kepada nyanyian untuk kegiatan keagamaan (misalnya dalam gita puja) terutamanya dalam kalangan mazhab gereja Protestan, serta gaya dan karya nyanyian yang menyerupai benda sedemikian - misalnya karya "koral" yang digubah Johann Sebastian Bach".[1]
Susunan atau struktur nyanyian
Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.
Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyikan tanpa iringan alat-alat muzik dipanggil sebagai a cappella yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud "Nyanyian cara gereja".
Kategori mengikut lingkungan suara
Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-
- Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagai SATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakala SATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suara bariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.
- Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.
- Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.
Lihat juga
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Koir |
- Laman International Federation of Choral Music
- Laman The Boy Choir & Soloist Directory
- Laman Choral Public Domain Library
- Laman ChoralNet
- Laman Church Music
- Pengkalan data Koir British
- Laman 21st Century Chorister
- Sejarak Koir dan baju koir
- Sejarah katedral koir dan koir sekolah UK
- Laman The Association of Gaelic Choirs