Rock Ooo ialah sebuah filem komedi muzikal yang diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 28 Februari 2013[1]..

Rock Ooo
PengarahMamat Khalid
Dihasilkan olehGrand Brilliance
Naga VXS
DibintangiKhir Rahman
Que Haidar
Soffi Jikan
Pekin Ibrahim
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Plot

Templat:Spoiler

Plot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah pemergian Zack dari kugiran tersebut[2]. Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur.

Pelakon

  1. Que Haidar sebagai Amy Mat Piah
  2. Khir Rahman sebagai Jijo Alfonso Pareira Abdullah
  3. Norazmi Bahron sebagai Black
  4. Mohamad Shoffi Jikan sebagai Zul Kapan
  5. Pekin Ibrahim sebagai Slash@Wan Sulaiman


Pembikinan

Pengambaran filem ini dilakukan di sekitar Perak dan masih dalam pengambaran. Filem ini memanggil semula pelakon kelas A di Malaysia, Que Haidar setelah dua tahun `bersara' dalam bidang lakonan.

Trivia

 
Kumpulan Rimba Bara sedang mandi dalam kolam
  • Watak Slash Haji Tapah diinspirasikan daripada gitaris handalan kumpulan Guns N' Roses, Slash[3]
  • Lagu Teratai (nyanyian Ramli Sarip) dinyanyikan sendiri oleh Que Haidar[4], & diakhir nyanyian itu, Amy (Que Haidar) meniru gaya Ramli Sarip sewaktu Konsert Sejuta Wajah di Stadium Merdeka[5]
  • Filem ini turut menyelitkan gaya-gaya kumpulan rockers diwaktu itu. Antaranya, mandi dalam kolam seperti cover album Hukum Karma[6]

Rujukan