Venezuela

negara berdaulat di utara Amerika Selatan
Semakan 2253601 pada 22:56, 9 Julai 2012 oleh Xqbot (bincang | sumb.) (r2.7.3) (bot membuang: nv:Benezoʼééla)

Venezuela, sejak 1999 dikenali sebagai Republik Bolivar Venezuela (bahasa Sepanyol: República Bolivariana de Venezuela) ialah sebuah negara di bahagian utara Amerika Selatan yang kaya dengan petroleum. Negara ini merupakan jiran negara Guyana di timur, Brazil di selatan, Colombia di barat Laut Karibbean dan Lautan Atlantik di sebelah utara. Oleh kerana kedudukannya adalah berdekatan dengan Garisan Khatulistiwa di Hemisfera Utara, Venezuela mengalami iklim tropikal. Bermula daripada 1970-an, minyak di negara ini mula berkurang.

Republik Bolivar Venezuela
República Bolivariana de Venezuela
Bendera Venezuela
Lambang negara Venezuela
Bendera Lambang negara
Cogan kata[2]
Lagu kebangsaan"Gloria al bravo pueblo"
Lokasi Venezuela
Ibu negara
dan bandar terbesar
Caracas
Bahasa rasmiSepanyol
KerajaanRepublik federal
• Presiden
Hugo Chávez
Jorge Rodríguez
Kebebasan
• dari Sepanyol
Julai 5, 1811
• dari Gran Colombia
Januari 13, 1830
• Perairan (%)
0.3
Populasi
• Perkiraan Julai 2007
27,730,435 (45)
• Bancian Penduduk 2001
23,054,210
KDNK (PPP)2006
• Jumlah
$176.4 billion (47)
$6,900 (90)
HDI (2004)0.784
tinggi · 72
Mata wangBolívar Venezuela
(VEB)
Zon waktuUTC-4:30 (AST)
Kod panggilan58
Kod ISO 3166VE
DPT internet.ve
tiada Sebelum ini "Tuhan dan Federasi" (Sepanyol: «Dios y Federación»).
tiada

Presidennya ialah Hugo Chávez Frias, yang telah memulakan jawatannya sebagai presiden pada tahun 1998 dan sejak itu, beliau telah menjalankan jawatan sebagai presiden di negara ini.

Venezuela merupakan antara negara Amerika Latin yang mengalami urbanisasi yang pesat. Bandar-bandar penting termasuklah Caracas, Maracay, Maracaibo, Barquisimeto, Valencia dan Ciudad Guyana. Hutan di negara ini juga merupakan habitat semula jadi kepada berbagai-bagai hidupan liar. Kebanyakannya dijadikan hutan simpanan atau taman negara.