Transit aliran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Empatpuluh (bincang | sumb.)
k Empatpuluh telah memindahkan laman Transit aliran deras ke Transit aliran
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
Sistem transit aliran pada umumnya beroperasi di laluan terowong landasan bawah tanah atau laluan landasan bertingkat. Di kawasan luar bandar, laluan transit aliran berkemungkinan besar mengunakan laluan aras tanah dengan laluan berasingan.
 
Perkhidmatan di dalam transit aliran menggunakan laluan khas antara [[stesen kereta api|stesen]] menggunakan [[tren elektrik]] di atas [[Landasan kereta api|landasan]], walau bagaimanapun, ada beberapa sistem menggunakan roda berbentuk tayar getah padu, [[maglev]], atau [[monorel]]. Pada Umumnya sistem ini bersepadu dengan pengangkutan awam yang lain dan lazimnya dikendalikan oleh lembaga pengangkutan awam yang sama. Transit aliran memiliki kapasiti yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan [[transit aliran ringan]], namun tidak sepantas/berkelajuan melebihi 90km/h dan laluan jarak jauh seperti [[kereta api komuter]]. Variasi dari transit aliran termasuk [[transit aliran deras]], '''[[transit aliran ringan]]''' ({{lang-en|'''light rapid transit/light metro'''}}), dan kereta api komuter jenis hibrid seperti [[S-Bahn]].
 
Walau bagaimanapun, transit aliran ini bukannya sejenis sistem '''kereta api ringan/rel ringan''' ({{lang-en|'''light rail'''}}) ataupun [[trem]] ({{lang-en|'''tram/street car'''}}). Di Malaysia, [[Laluan Ampang]] dan [[Laluan Sri Petaling]] dianggap sistem yang memenuhi piawaian sistem transit aliran namun hanya menggunakan set tren jenis kenderaan rel ringan (LRV) berbanding dengan [[Laluan Kelana Jaya]] dan [[Laluan Sungai Buloh-Kajang]] yang menggunakan set tren unit elektrik berganda (EMU). Perbezaan kapasiti penumpang mengikut saiz tren ini telah menetapkan penggunaan terma tempatan untuk sistem transit aliran dari [[transit aliran ringan]] (LRT) kepada transit aliran deras (MRT), namun tidak mengira kepada kekerapan tren itu sehingga berkemampuan untuk tiba setiap di stesen setiap 30 saat seperti [[Laluan Kelana Jaya]].
 
Sistem transit aliran yang pertama adalah [[London Underground]] yang dibuka pada tahun [[1863]]. Sistem bawah tanah ini dengan pantas tersebar ke serata bandar lain di Eropah, dan kemudian ke Amerika Syarikat di mana sistem jenis bertingkat dilaksanakan. Sistem ini pada mulanya menggunakan [[lokomotif wap]], kemudian beralih kepada sistem elektrik. Sejak daripada itu pembinaan terbesar sistem ini berlaku di Asia dan mula menggunakan sistem tanpa pemandu. Lebih daripada 160 bandar telah melaksanakan sistem transit aliran, dengan jumlah lebih dari 8,000 km rel dan 7,000 stesen.