Daging ayam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q864693
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 3 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
 
(5 semakan pertengahan oleh 5 orang pengguna tidak dipaparkan)
Baris 1:
{{Infobox Prepared Food
| name = ChickenDaging ayam<br>داݢيڠ ايم
| image = [[ImageFail:ChicknChickens in market.JPGjpg|300px]]
| caption = OvenDaging roastedayam rosemarydi andpasar lemon chickenmalam.
| course = MainMenu mealutama, Side Dishsamping
| served = HotPanas atau suhu bilik
| calories = About 120 calories
 
}}
Baris 27:
}}
 
'''[[Daging]] ayam''' atau '''isi ayam''' biasanya diperoleh daripada [[ayam|ayam ternakan]] iaitu burung yang paling banyak diternak di dunia. Daging ayam selalu dihidangkan sebagai [[makanan]] dalam pelbagai cara.
 
== Sejarah ==
Ukiran-ukiran [[Babylon]] dari sekitar 600 SM memaparkan ayam sebagai makanan.<ref>http://www.poultrymad.co.uk/chicken-facts/index.html</ref> Ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika [[Zaman Pertengahan]]. Ramai yang percaya bahawa daging ayam mudah dihadam dan dianggap antara barang makanan yang paling neutral. Daging ayam dimakan di seluruh [[hemisfera timur]] dan pelbagai jenis ayam seperti [[ayam kasi]], [[ayam dara]] dan ayam betina menjadi sajian. Daging ayam menjadi salah satu ramuan asas dalam sajian yang bernama 'hidangan putih', iaitu [[gulai]] yang lazimnya terdiri daripada daging ayam dan bawang goreng yang dimasak dalam susu dan diperasakan rempah dan gula.
 
Penggunaan daging ayam di A.S. meningkat ketika Perang Dunia II akibat kekurangan [[daging lembu]] dan [[daging babi|khinzir]]. <ref>[http://www.history.com/encyclopedia.do?articleId=219726 Poultry Farming], [[The History Channel]]. [[2 Mac]] [[2007]].</ref> Di Eropah, pemakanan daging ayam memintas pemakanan daging lembu dan [[daging anak lembu|anak lembu]] pada tahun 1996, mungkin berhubung kait dengan kesedaran pengguna mengenai [[penyakit lembu gila]] atau B.S.E.<ref>http://www.foodproductiondaily.com/news/ng.asp?id=61941-poultry-e-coli-contamination</ref>
 
== Penternakan ==
Jenis-jenis ayam moden seperti [[Cornish Cross]] diternak khususnya untuk penghasilan daging, dengan penekanan terhadap nisbah makanan ayam kepada daging yang dihasilkan ternakan. Ayam yang diternak khususnya untuk dagingnya dipanggil [[ayam pedaging]] ({{lang-en|broiler}}).
 
[[Ayam kasi]] (ayam jaguh yang di[[kembiri]]) menghasilkan daging yang lebih kaya dan berlemak. Oleh sebab ini, ayam kasi dipandang sebagai makanan istimewa dan khususnya laris pada [[Zaman Pertengahan]].
 
== Bahagian yang boleh dimakan ==
[[ImageFail:Fast food chicken.jpg|thumb|rightkiri|250px|Ketulan ayam.]]
 
Biasanya, tisu otot (dada, kaki, paha, dsb.), [[hati]], [[jantung]], dan [[hempedal]] diproseskan menjadi makanan. [[Kaki ayam]] lebih jarang dimakan, meskipun tidak kurang terdapat dalam masakan Cina. Kepala, organ-organ dalaman seperti [[paru-paru]] dan [[usus]], serta [[bulu pelepah]] biasanya dibuang atau dikisar menjadi makanan ber[[protein]] untuk dimasukkan dalam makanan haiwan lain, sementara masakan Cina adakalanya meletakkan ayam lengkap pada hidangan (termasuk kepala sekali), bergantung kepada hidangan itu. Organ-organ dalaman juga laris digunakan untuk [[yakitori]].
 
Kepak ayam ialah penyajian bahagian sayap ayam. Kepak goreng bersalut sos juga dikenali sebagai ''[[Buffalo wings]]''.
Baris 49:
 
== Masakan ==
[[ImageFail:USDA poultry cuts.png|thumb|rightkiri|[[Jabatan Pertanian Amerika Syarikat|USDA]] mengelaskan potongan [[ayam itik]] serupa caranya dengan [[daging lembu]].]]
Ayam mentah boleh dibekukan sehingga dua bulan tanpa perubahan ketara pada rasa atau tekstur. Daging ayam biasanya dimasak sebelum dimakan kerana daging ayam mentah boleh mengandungi [[salmonella]].
 
Kaedah-kaedah memasak daging ayam tidak terkira; daging ayam boleh dijadikan [[sosej]], dimasukkan dalam [[salad]], di[[gril]], disalut dengan serbuk roti dan di[[goreng]], atau digunakan dalam [[kari]]. Kaedah memasak daging ayam banyak berbeza antara budaya; kaedah-kaedah paling biasa termasuk memanggang, membakar dan menggoreng. Hari ini, ayam juga di[[goreng]] dengan banyak menggunakan minyak dan disediakan sebagai [[makanan segera]] seperti [[nuget ayam]] atau kepak bersalut serbuk roti.
 
Daging ayam selalu disertakan label-label seperti "roaster", yang membayangkan kaedah pemasakan berdasarkan jenis ayam. Meskipun label-label sebegini cuma bayangan, daging ayam yang dilabelkan sebagai rendidih selalunya kurang sesuai dengan kaedah-kaedah lain.<ref>[http://www.foodnetwork.com/food/mh_chicken/article/0,1977,FOOD_10265_4402630,00.html How to Buy: 5 Things to Keep in Mind] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20070302122614/http://www.foodnetwork.com/food/mh_chicken/article/0,1977,FOOD_10265_4402630,00.html |date=2007-03-02 }}, [[Food Network]]. [[March 2]] [[2007]].</ref>
 
Sesetengah potongan dada ayam dan keluaran dada ayam menyertakan gelaran "berdaging rusuk." Ini disangka sebagai kehitaman sekeliling daging dan di antara rusuk. Dada dipotong dari ayam dan dijual sebagai potongan pejal, sementara daging dada dan rusuk yang tinggal ditanggalkan dari tulang melalui pemasakan atau pelarut.{{Fact|date=April 2007}} Hasilnya dikurangkan dan diproses dengan penstabil dan bahan-bahan makanan menjadi bentuk yang dijual kepada pengguna, seperti nuget ayam. Daging dada selalu dihiris nipis-nipis dan dipasarkan sebagai hirisan ayam yang menjadi isian [[sandwic]].
Baris 60:
Meskipun tulang ayam tidak boleh dimakan, namun boleh direneh dengan sayur dan herba selama beberapa jam untuk menghasilkan [[pati (makanan)|pati ayam]].
 
== Rujukan ==
 
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* {{en icon}} [http://www.foodnetwork.com/food/mh_chicken/text/ Halaman Foodnetwork.com mengenai penggunaan daging ayam dalam masakan] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20080403002236/http://www.foodnetwork.com/food/mh_chicken/text/ |date=2008-04-03 }}
* {{en icon}} [http://www.fsis.usda.gov/Fact_Sheets/Chicken_Food_Safety_Focus/index.asp Kertas maklumat kerajaan AS mengenai daging ayam] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20040519004032/http://www.fsis.usda.gov/Fact_Sheets/Chicken_Food_Safety_Focus/index.asp |date=2004-05-19 }}
 
[[Kategori:Ayam]]
[[Kategori:Daging|Ayam]]
 
[[he:בשר עוף]]