Rabu, 7 Januari 2026

Rabu, 7 Januari 2026

Menantu ke 3

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan anak perempuan kami dengan pasangannya.

Majlis Akad Nikah : 03/01/2026
Kenduri: 04/01/2026




Keluarga kecil kami




Bridesmaid 


Sabtu, 27 Disember 2025

Sabtu, 27 Disember 2025

Bukan senang nak senang


Tahun depan si bongku dah SPM, jadi ambil peluang yang ada, kelas berbayarpun kita ON.


Khamis, 18 Disember 2025

Khamis, 18 Disember 2025

KEJOHANAN HOKI

Anak umi yang hebat..

Alhamdulillah selesai sudah 4 hari 3 malam di Bertam, Penang, bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Adat bertanding, pasti ada menang & kalah.

Tahniah kepada semua team yang bertanding, anda terbaik
 


Jumaat, 14 November 2025

Jumaat, 14 November 2025

Demi anak

Bila Alya call dari kejauhan, macam2 hal berbangkit, dari isu belajar non stop, kelas tambahan, exam dan sebagainya..

Salah satunya adalah permintaan Alya untuk tahun 2026 dia minta bekalkan makanan segera seperti di bawah @ sediakan makanan retort, alasan perlu belajar setiap malam di asrama untuk persiapan SPM, perut sentiasa lapar & boleh makan bersama2 rakan.

Alahai anak, sejak dok kat asrama, macam2 makanan baru dia dapat, kadang2 tak pernah terfikir dek kami sebagai orang kebanyakan, maklumlah rata2 rakannya dari ibukota, pengaruh rakan sebaya kot..

Gigih umi mencari demi memenuhi permintaan si bongsu, jika tepati citarasa dia, kita order lagi ya anak & boleh standby untuk stok tahun depan.

Nota: Kakaknya dah ambil 1 pack & makan, rasanya ok, tidak mengecewakan, bolehlah buat stok Alya kat sana nanti

Jumaat, 7 November 2025

Jumaat, 7 November 2025

Anak umi yang hebat

Throwback, sessi pembentangan semasa mewakili sekolah di Peringkat Kebangsaan Oktober yang lepas.

Alhamdulillah Alya seorang yang berani ke depan, moga kejayaan sentiasa milikmu anak, aamiin.. 


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang