Sunday, September 22, 2019

rumah again

Assalam
setahun lebih tak update blog.
last topic tentang rumah yang aku cakap tak mampu tu.
siapa sangka Allah nak tunjuk jalan.
aku usahakan juga beli.
10% deposit, paidd..
pastu jenuh memikir installment tiap bulan..haha

jangkaan siap flora rosa ni disember 2020.
so aku bajet 2021 aku dah start kena bayar.
tahun depan kena simpan duit banyak-banyak
no more joli-joli

anak-anak hujung tahun ni aku akan apply sekolah kebangsaan.
tak cukup nokks..nak bayar rumah.
kalau rase2 tertinggal pelajaran tu, aku akan usahakan.
malam-malam walaupun pun penat namatey.
buat revision sama-sama.
nuha quite ok..
hanan ni entahlaaa...

rumah ni akan jadi rumah kami sampai pencen.
pastu tengokla..
kalau panjang umur, nak rasa rumah besar
buat la kat sepang tu
tak pun..
pindahla balik kampung.

Tuesday, April 3, 2018

rumah oh rumah

as salam
lama benar ambik masa untuk update blog.
lately ni aku saje ushar ushar harga rumah. nak cari yang selesa dalam 1200sqf, tak mahu 2 tingkat, terletak di putrajaya dan harga mampu milik.
requirement tak agak agak. yang sadisnye..memang takde.

aku apply several rumah:

PPA1M fasa 3-rumah tak nampak bayang..permohonan aku laku sampai 31 Disember 2019 harga rumah bawah 300k..sqf 1000 ke atas kira ok..

RUMAWIP-siap 2021..harga 270k, sqf 800 je..tak cukup untuk kami 5 beranak..luas lg umah aku kat seri kembangan. tapi aku apply lah jugak..

CSRU-harga rumah 451.2k,1184 sqf tapi tak mampu milik. ragu-ragu nak apply..

kesimpulannya..memang aku tak mampu nak beli rumah di putrajaya..dari segi kos mahupun masa..berhuhu lah aku. marilah duduk kuarters sampai pencen..

Tuesday, January 30, 2018

nuha turns 5

hari ni masukkan post birthday anak-anak ye. nuha ni sebab celebrate kat school i pun macam terlupa dah.

nasib baik korek kat fb sekolah ada lagi gambar.





sarah turns 2

assalam.
lame gile tak update.

ni gambar sarah masa celebrate birthday. i bake kek coklat n cream cheese topping yang dah bertahun dalam fridge tu. nak buat cheese kek nye entah bile. actually dah terdelete gambar dalam hp. ni gambar kat instagram.


Thursday, July 13, 2017

sarah turns 1

sarah paling kesian. first birthday tak sambut pun.ada gambar sarah masa dihari kejadian je.




hanan turns 8

Assalam
lame benar tak bersiaran. post wajib pasal besday tak boleh tinggal. semoga hanan jadi anak yang solehah. jangan lupa ibu bila dah besar nanti. sayang sangat kat hanan yang manja ni.

Wednesday, April 26, 2017

jalan-jalan uk part 4 Edinburgh

Assalam.

Ni kes pakse diri nak tulis blog. Hari seterusnya kami ke Edinburgh pula. Merasalah nak pi negara kedua selepas england..hahaha..adoi..pasni kene jejak singapore n thailand pulak.
Sebab adik aku takmo gi kami pergi bertujuh je. mak, along n family aku. pergi naik tren. dalam tren tu macam tren ktm tu je. idakle gempak sangat. tambang tak tau sebab kak eda belanja. tapi kat uk ni memang macam old skul sikit. tengok iklan pun jadi la. tak attractive langsung.

pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah sebab tren kul 7 lebih. sejuk beb. jakun jap sebab asap keluar asap dari mulut. aku siap glove bagai. tengok mat saleh ni rilex2 je.



abang ipar aka along
salji turun hari sebelumnya
bas biru instead merah
penat gak nak naik bukit ni


kami ke masjid untuk solat zohor. jauh gak masjid ni dari tren station dalam 15 minit berjalan.
we ol tak beli la skaf ke skirt ke...skaf tu dalam 7.99 pound satu. takat beli fridge magnet 2 pound setengah wat kenangan.kodukut

edinburgh castle
 

budak2 ni sampai tido keletihan. nak masuk toilet kene 30p
dah penat jalan kami lepak kat mall ni sampai tutup jam 6
nak lepak kat taman ni sejuk nak mampus
pas pukul 6 kami terus ke stesen train. padehal tren kul 9 malam. hadoi..mengigil tunggu tren. sebab tren station tu takdok heater. along aku sudah terkena untuk kali ke2 tunggu tren dalam sejuk sian kat dia. dia je la tourist guide yang ade, nak wat camne..

kami sampai Durham station dalam kul 11. Kak eda dah siap2 tunggu. lega..takdela nak tunggu dalam sejuk lagi.

esoknye kami dok umah je la. penat..petangnye baru jalan balik. kami pergi Sunderland pulak...