Ke Manakah Kita

.....
Apalah erti hidup jika diri tiada berguna
Apalah hidup jika diri merosak bangsa
Apalah hidup jika diri penyebab kaum dihina
Apalah erti hidup jika masa dipersia
.....
Apalah hidup jika diri memperguna yang ada
Apalah hidup jika akal tidak diguna
Apalah hidup jika keseronokan semata
Apalah erti hidup jika hanya pandai berkata
.....
Apalah hidup amalan dipersia
Apalah hidup menindas yang tiada kuasa
Apalah hidup bertopengkan iman semata
Apalah erti hidup ketenangan itu tiada
.....
Apalah hidup menzahirkan kebaikan tetapi dalaman busuk tidak terkata
Apalah hidup Tuhan itu tiada makna
Apalah hidup menyakiti insan yang lemah
Apalah erti hidup semuanya tiada makna
Apalah erti segalanya jika menongkah arus agama
.....
Apalah erti hidup jika asal usul dilupa
Apalah hidup jika diri membongkak saja
Apalah hidup membusukkan sesama manusia
Apalah hidup keluh kesah gelisah ketenteraman tiada

Baik mati saja.




blurp blurp by eiffelish lover

Doa Yang Teraniaya

Bismillah hi alhamdulillah

Allah ya rahman ya rahim
Dengan namaMu aku berlindung
Buat kesekelian kalinya
Kau beri aku dugaan tak terduga
Dengan linangan air mata
Aku yang penuh noda dan dosa
Memohon ampun seampun ampunnya
Hanya padaMu saja aku memohon keampunan

Ya Allah ya Fatah ya Manan
Jika benar aku dianiaya
Jika benar aku ditipu
Dihina diburuk diherdik dicaci
Disakiti
Aku mohon padaMu ya Allah Ya rahman
Dengan bacaan Yasin 3 kali malam ini
Aku mohon padaMu
Turunkanlah bala seksaanMu
Pada insan yang menyakitiku
Aku tahu Kau tahu segalanya
Yang tersembunyi mahupun nyata
Maka kau berikanlah balasannya
Tidak kira masa
Siapa
Turunkanlah siksaan Mu
Hantarkan lah ragu ragu dalam hatinya
Hantarkanlah kegelisahan dalam hidupnya
Berikanlah keluh kesah pada hidupnya
Berikanlah kesusahan tidak terhingga padanya
Padamkan ketenangan dalam hatinya
Beri dia keserabutan
Ketidak teraturan
Musnahkan ketenteraman dalam hatinya
Biar dia rasa apa yang aku rasa

Bukankah Kau maha adil lagi saksama ya Razak
Ya Rab ya Wahab
Turunkanlah seksaanMu
Aku takkan berikan kemaafan
Mahupun keredhaan
Mahupun halalkan segalanya
Aku mohon padaMu ya Allah pencipta segalanya
Yang membenarkan segalanya terjadi
Aku mohon padamu
Timpakanlah kecelakaan baginya
Yang menzahirkan agama
Tetapi merosakkan agama
Yang menzahirkan kebaikan
Dan bertopengkan keagamaan
Untuk menipu
Membohong

Ya Tuhan segala kejadian
Saksikan lah
Bahawa aku sedang melepaskan segalanya padaMu
Aku perlu bantuanMu
Agar tiada lagi yang tertipu
Agar tiada lagi yang menjadi mangsa
Timpakan padanya sebenar-benar balasan
Agar dia terduduk dan memohon padamu
Akan penyesalan segala perbuatannya

Amin ya robbal alamin.

Segalanya aku berserah padaMu Tuhan yang mengetahui segala yang baik dan yang buruk

blurp blurp by eiffelish lover