Disclaimer: THIS IS A HARSH ENTRY. READ AT UR OWN RISK. SIAPA KECIK HATI BOLEH PEGI BALIK KAMPUNG DAN TANAM JAGUNG KALAU NAK.
OK semua tahu apa makna
TTC = TRYING-TO-CONCEIVE
But for how long?
Ramai yang newly-weds tersalah faham ape maksud TTC.
Memang secara literal nya ayat TTC tu ialah Trying-To-Conceive. Which means, trying to get pregnant.
Tapi sebenarnya the term TTC is meant for couples yang HAVING TROUBLE TRYING TO CONCEIVE WITHIN A YEAR (if under 30) WITHIN 6MONTHS (if aged 30 and above)
So if u are just 2-3months baru kawin, there is no "Saya TTC for 3months, baru kawin 3 bulan lepas"
or
"Saya kawin semalam, ingat nak terus TTC je sebab taknak tunggu2 untuk dapat baby"
Boleh ke ek? :-/
I don't know. It just doesn't sound right to me.
Sebab TTC ni berkenaan dengan
Infertility (Ketidaksuburan)
How to make sure kita ada masalah infertility?
If you are 25, married for just 3months, not yet pregnant, for me
you're not having infertility problems.
Not quite YET. And remember, not having infertility problems doesn't mean you get pregnant after having sex RIGHT AWAY.
Yang berlaku macam tu, semuanya rezeki Allah semata2.
Ada yang kata, itu sharp-shooter lah, tembak tepat lah, POWER lah, no it's not.
Itu rezeki yang dah tertulis untuk dia. Memang takdir dia, dia takperlu usaha berhempas pulas untuk conceive. Memang takdir dia, nak terus dapat anak lepas kahwin. Dugaan lepas dia dapat anak atau semasa mengandung, kita taktahu. Kita sebok diri kita yang belum pregnant, orang yang tengah pregnant bleeding setiap hari, kena bedrest, atau ada yang worst, keguguran, lepastu some organs were taken sebab dah rosak effect dari pregnancy yang tak normal. Do you want that???????
Not that I'm saying semua pregnancy tu begitu, memang la bile kite pregnant nanti kita doa yang baik-baik saja, tapi think of orang lain yang menghadapi masalah itu, banding dengan kita, actually kita masih bertuah.
And dear new TTCians, do you know that there are women yang borned without RAHIM - means, takboleh pregnant lansung.? Tahu? Kalau belum tahu u can read about
KAWAN SAYA YANG UNIK. -
WAJIB BACA kisah ini kalau anda TTC.
Lepastu bandingkan diri anda yang masih sempurna sekarang.
I mean, memang lah korang sedang mencuba untuk pregnant but urgh...the word TTC should'nt be used yet.
Takkan lah baru 4-5 bulan kawin terus rasa tak subur?
Did anyone of my readers here felt this way?
Kalau ada, astaghfirullah, tolonglah jangan fikir macam ni.
Kalau orang yang takde prob fertility pun actually will take
1 year jugak to conceive (kalau ada rezeki) sebab tak semua cycle kita, ovum kita betul2 matang & sihat. Sometimes we ovulate, but the quality of egg is low, or sometimes we have our periods, but not ovulate.
So the chances are dalam 1 tahun actually. More than that, maybe kita ada prob kesuburan. (ada yang unexplained jugak)
So relax............
Ask yourself, apa yang korang dah selami tentang
PERKAHWINAN korang?
What MARRIAGE means to you? Dah selami HATI suami ke belum?
Perkahwinan tu kan indah :) Jadi, selami lah KEINDAHAN perkahwinan korang tu. Ingat, tak semua orang ada SUAMI. Allah hadiahkan kau seorang SUAMI, yang nak kena tanggung dosa kau, yang nak tanggung makan minum kau, beri tempat perlindungan, dan sebagainya. Baru dapat suami beberapa bulan, dah mintak NAK ANAK pula. SABARLAH.
Cuba lah malu sikit dengan ALLAH. Memang semua orang yang berkahwin inginkan ANAK tapi kau ingat semua benda nak turun dari langit macam tu je ke? Allah wants us to LEARN SOMETHING. So PLEASE STOP MERUNGUT IF KENA TANYA OR IF UR PERIOD ARRIVES. COME ON WEH.
I was there before dan aku MALU. Totally MALU dengan diri sendiri sebab ikut TREND sangat, bila kawan tu pregnant, we take it as a TREND. Oh, aku pun nak pregnant lah! If we dont get pregnant as easy as kawan kita tu, kita pun down and tambah lagi kena kutuk pulak dengan orang dan membanding2kan dengan orang yang pregnant awal.
So, u think pregnancy is a RACE dont u? Kalau kau rasa tidak, kenapa sakit ati dengan orang yang tembak kita? Atau orang tu sendiri yang mem-brain-washkan kita utk rasa Pregnancy Should be a Race? Jadi kita mesti lumba2 who got pregnant dulu. So siapa pregnant dulu, dia menang?
Terus rasa diri sendiri LOSER sebab lambat pregnant. Siapa yang bertanggungjawap buat diri kau rasa loser tu? Orang yang bertanya tu ke KAU SENDIRI?
Actually kau sendiri boleh ubah MENTALITI tu. Kalau orang tembak and banding kita dengan orang yang dah pregnant, kau cakap la Memang kau doa oranglain dapat rezeki anak dulu pun. Sebab nak belajar apa selok belok mengandung+dapat anak nanti. Tapi kau taknak pikir macam tu kan? Atau tak terpikir?
Jadi meh aku bagi idea sikit apa untuk FIKIR bila kena tembak.
"Kau tengok, orang tu dah pregnant dulu dari kau, kau ni bila?"
Jawapan:
1. Lepas dia aku la pulak. Biar la dia dulu, tuhan tak kata dosa pun kalau kita pregnant kemudian.
2. Eh, aku dalam perjalanan nak pregnant la ni..sperm tengah berenang cari ovum aku ni. kau diam la nanti kau bising2 dia tak jumpa pulak, kalau tak lekat memang kau la punya pasal ni. - melawak tapi buat je muke serious. heh.
3. So?
Allah temukan jodoh kita bukan semata-mata nak halalkan hubungan, nak tambah zuriat, Allah nak kita BELAJAR apa erti perkahwinan. Baru beberapa bulan kahwin, apa yang korang belajar pasal RumahTangga? Can list at least
10 things?
Perkahwinan bukan semata2 dapat zuriat. Memang itulah salah satu tujuannya tapi itu bukan THE ONLY reason kenapa kita berkahwin, right?
Jangan stress kan diri sendiri dengan ayat TTC tu okay?
Langkah-langkah awal untuk prepare your body to get pregnant;
-Lepas kahwin boleh research2 dulu sikit2...jangan makan junk foods whatsoever yang toksik2 ni..banyak makan sayur, yang sihat2 je lah. Insyallah kalau badan anda sihat, period betul, INSYALLAH ada rezeki, even ada yang period tunggang terbalik pun, kalau dah namanya rezeki, tetap jua akan pregnant.
Selagi belum achieved pregnancy within a year tu, enjoy your marriage sehabis baik. Berdua itu indah, bertiga, lebih indah. Cuma bertiga tidak sama macam berdua.
Jadi sementara berdua ni, buat lah semua benda yang boleh dibuat berdua.
:)
DAN RELAX
You are not alone sebab itu sebenarnya BUDAYA masyarakat kita. Semua orang yang baru beberapa bulan kawin, akan ditanya soalan itu. Aku dulu wedding photographer, masa ambik gamba pengantin yang dah nikah awal (2 3 bulan sebelum), time reception diorang, makcik2 depa semua tanya, Dah ada isi ke korang?? Mane tahu bersanding ber'tiga' ke??
Diorang bukan tanya sebab you HAVE to get pregnant lepas beberapa bulan kawin, tapi soalan tu soalan saje-saje-je-tanye-sebab-orang-kita-kan-suka-menyibuk-hal-tepi-kain-orang.
Dey, kau ingat kau je ke kena tanya. ZILLIONS women out there yang kena tanya gak. Bukan orang Malaysia saje, orang US, orang CHINA, orang Zimbabwe, orang Bangladesh, orang Kemboja, semua kena tanya.
Dont make yourself as if u are alone. Di sekeliling ko mungkin, tapi u are actually not alone. Sebab tu bila TTC ni kena join support groups semua. Supaya kita tahu yang kita dan oranglain juga sama and that's not a bad thing! Kita sama-sama lah belajar.
Yang baru jadi pengantin baru, tu lumrah la semua orang tanya.
SO JUST BECOZ your adik ipar, your adik, your kawan, your colleague, got pregnant before you, and you just got married for few months,
YOU
ARE
NOT
YET
INFERTILE
MY
DEAR!
NOTA KAKI: Kalau taknak orang tanya, Kalau taknak terima hakikat yang orang akan bertanya, jangan duduk dengan manusia. Nuffsaid?