September 6, 2014

Tekad dan nekad.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


Life. What can I say ?

Baru-baru ni, saya sendiri tidak tahu kenapa hati selalu resah. Seolah-olah akan menerima satu berita buruk. Apa yang termain dalam fikiran saya pastilah kematian sesiapa yang terdekat. Tapi saya nafikan di lubuk hati dan terus kuatkan hati untuk terus menyambut hidup.

Rupa-rupanya, ini bukan cerita kematian. Tetapi cerita tentang perjalanan manusia yang masih bernafas baik di atas muka bumi. Tentang kecurangan manusia. Manusia yang terlalu dekat. Tapi apalah daya aku, seorang lagi partikel kecil di muka bumi, untuk mengawal kejadian alam. Sememangnya Tuhanlah yang menggenggam setiap satunya.

Hairan, hatiku seolah-olah telah bersedia menghadapi berita pahit ini. Ah, jujur, berita ini sebenarnya langsung tidak pahit. Kerana sekiranya pahit, ia adalah satu perasaan yang menggambarkan ketidakrelaan seseorang menerima. Bersulam dengan yang namanya kesedihan. Tetapi aku tidak sedih untuk manusia kurang penelitian itu. Aku cuma sedih untuk si mangsa. Hatiku penuh diselubungi kemarahan yang akhirnya menzahirkan sebuah senyuman di bibirku! Bunyi macam penjenayah. Tapi biar aku menjadi penjenayah emosi seketika. Biarkan.

Benarlah kata orang, sesungguhnya, ketika kesempitan melanda, manusia secara tiba-tiba mampu menuliskan kata-katanya melalui tulisan. Kerana manusia yang dihimpit, hanya dia seorang dan Tuhan. Ketika dia masih berbicara dengan Tuhan melalui hati, dia masih perlu meluahkan melalui anggotanya. Samada pecah di bibir atau pecah di jari.

Untuk segala yang ada di dunia ini, rela aku korbankan segalanya. Meski cinta sendiri. Meski kerjaya sendiri. Hidup aku yang melintang rela aku tukarkan menjadi menegak. Untuk si dia yang telah aku hutangi bakti dan nyawa. Peduli apa dengan kata orang.

Peduli apa dengan imej pangkatmu. Yang terlebih penting hanya keamanan dia seorang dan restu dari Tuhan.


Tertanda,
Badang wanita yang akan meredah segala celah kehidupan.