Saturday, November 21, 2020

Kedai Online di Creative United

hai, dah pkpb ye harini kat klntn macam yang aku dah agak sebelum ni XD

Beberapa hari lepas aku dah sign up untuk sertai creative united, kira aku buat produk untuk hasil lukisan aku. aku haritu ternampak sorang pelukis komik yang agak femes turut serta jugak kat page ni. tapi aku masa tu malas & lukisan aku takla lawa sangat haha. masa pun takde nak buat benda gitu. 


ni antara barang yang aku dah design & ada 3 barang yang aku dah order XD

sendiri design sendiri beli hhahhahah tah bila nak sampai aku eksaited duh nak2 baju tshirt tu XD

kalau ada rezeki aku ada la orang beli kan, antara cepat dengan lambat je manalatau kalau ada insan yang order XD

kebanyakan harga memang aku rasa mahal la kan, tapi dah menumpang kat website orangkan, orang tu pulak buat semua produk, aku hanya buat design saja. pos pun diorang yang buat by pos laju. berapa sangat yang aku dapat XD

c.u ni sama mcm web society6 yang us punya, tapi diorang lagi banyak keluarkan produk. casing iphone pun ada. cuma web c.u ni tak banyak produk yang dibuat.


tengok dah sampai barang aku. printing kt baju lawa sangat duh, warna resap masuk dalam benang baju. patutlah mahal harga dia hemm.


boiy

Thursday, November 19, 2020

Therefore I am | Kaver Buku

untuk musik video kalini aku ada idea sikit nak buat sebagai kaver buku. lagu therefore i am lagu baru billie bulan november ni musik video dia sangat simple tapi masih stail duh aku suka la outfit dia. boleh dikatakan mostly fesyen dia aku suka. tu antara sebab aku banyak lukis billie sebab outfit dia lawa XD 

aku bukan peminat fanatik , masih letak batas kalau minat artis dan manusia hhhahha

XD

banyak contoh kaver novel aku tengok menarik kat pinterest. 

tema dia lebih kepada grafik sikit. font pun aku cari jenis grafitti.


inilah hasil dia aku buat di procreate dan photoscape.

sebenaqnya takut gak sekarang nak post benda gini kat insta aku sebab ada sorang lecturer fine art yang mengajar aku sem 1 sampai sem 2 subjek seni lukis dan seni komputer follow aku tiber harituh XD dahla kalau dia tengok design tu kalau buruk dia bagi depan-depan budak tu "kau buat ni buruk ah baiki balik' dengan muka dia nak sama mcm mat l*tfi XD 

x ke fedap budak tu rase kene rijek desain hahaha tp tu ig aku kan lantak aku la nak buat apa XD


kbai

Monday, November 9, 2020

Kuretake Gansai Tambi Watercolor

yush, aku haritu boleh dikatakan bekerja di rumah menjadi pembantu rumah 24 jam tujuh XD dapatlah sedikit wang hasil titiks peluh tersebut, aku habiskan beli kuretake gansai tambi wotekaler nih, da lama aku perhati watercolor ni kat youtube sara tepes. cam cantik je watekale dia. rezeki aku ada terjumpa seller yang baru bukak kedai, baru je jual benda ni and harga kat seller tu paling murah pernah aku jumpa. 


harini seller tu pos, esok jnt dah hantar depan rumah. gila cepat jnt ni XD


m kay aku dah guna banyak la jugak setakat hari nih, pendapat aku best jugak guna, lagi best dari alpha watekaler tu. 

& aku lagi suka jenis gini dari jenis yg kene picit sendiri tu dalam palet. yang tu dah banyak rugi sebab dah habis picit pun sisa ada lagi hahaha


so ni lah hasil yang aku main dengan kuretake ni , aku belum pernah lagi buat painting macam ni guna wtkler; laut sgt cntik bagi aku. aku pun dah lama tak pegi pantai sejak awal tahun 2020 dulu. 


hasil dengan watekaler nampak lagi nais sikit la dari akrilik.


kboi

Friday, November 6, 2020

DIY BOX THEATER & MINIATURE HOUSE

Yu~

last post haritu bulan ogos duh lama rupanya tinggal blog, ingatkan aku dah meninggal hmm, 

    sekarang aku dalam proses amik lesen kereta, sungguh aku tidak merancang nak amik ni tapi aku ikut je mak aku. sebab aku nak amik lesen walaupun aku dah tiber dah lepas exam bahagian 1 semalam XD ialah masa haritu mak aku sakit teruk betul, perut yang tiba2 saiz biasa jadi mengembang membesar, tah apa lah sakit mak aku tu. doktor kate gastrik tapi tu lah perut macam pelik gila macam perut org mengandung 7 bulan. jadi macam tu tiba2 aku pun tak tahu nak buat apa. hanya berdoa je supaya perut mak aku kembali ke saiz asal. mak aku memang tak caye lah kalau ada kaitan dengan kene buatan orang nih. ye lah duh org tu nak buat teruk mana pun kalau tuhan tak izin, tak kan jadi punya. bukan kuasa orang tu, tapi tuhan dah takdir nak bagi sakit. seksa sungguh tak de lesen kereta ni mak aku yang sakit kene hantar kakak aku pegi keje hari2, kakak aku pulak ada lesen tapi takut nak bawak kete haih, kotlah dia trauma accident dulu. lagipun dia lesen manual, kereta plak semuanya auto. adik aku pulak kerja kat johor. masalah sungguh. jadi aku pun amiklah lesen auto, harap dipermudahkanlah urusan hamba untuk ujian bahagian 2 dan 3 nanti. 

    haritu pun nak buat latihan industri tapi u aku tangguhkan sebab jemah covid tuh, ada hikmahlah tu kot dapat aku amik lesen. jangan dikesahkan pasal pemulangan yuran macam hape tah bayar 1730 dia bagi balik rm 79.50 hak ileh ramai budak tak puas hati sampai push mpp, mpp pun tak terlibat dalam hal ni XD nasib sem ni yuran bayar 1380 je, apa benda yang dia makan sampai banyak gitu dia bagi padahal u lain bagi 2 3 ratus kut. 

    bapaks panjang aku bebel

    uwh satu lagi orang lain dah start kajian diorang sv pun dah bagitahu menerusi meeting, tapi sv aku AHAHAHA harapla tak kalut last minit nanti. ramalan aku la kan sem depan pun tak jadi gak l.i hmm dalam sejarah betul nih tak buat l.i. sebab aku rasa ramai pljr dari zon merah nak buat l.i kat zon hijau dan sebaliknya. macam mana nak settle benda ni pandai2la org atasan mikir. makin banyak duit, makin besar tanggungjawab.

***


haritu aku tertengok kotak miniature house kat mr diy tapi aku tak pasti harga dia berapa tiba2 teringat terus aku cari kat shopee, ada banyak sangat miniature house yang jual. paling banyak dari seller oversea. tapi yang masih ada kat malaysia ni diy box theater. sangat kecik comel sungguh. aku tak menahan napsu aku terus beli dan bagi hadiah jugak dekat 2 orang kawan aku. suka betul diorang. 


seller amik masa 2 3 hari jugak untuk pos barang walaupun dari penang je. tapi tak pe. kotak ada yang dapat ok ada yang kemek aku tak tahu kenapa tapi aku rasa kotak dia memang dah asal kemek bukan salah si penghantar barang. kotak dari seller china pun ok tak de cacat kot. wlaubgaimnpun barang memang selamat dan ok walaupun kotak kemek gila. 


yang ni dari seller oversea kotak lawa tapi aku tak kesah pasal kotak, aku bakar api jugak akhirnya.


ni diy box theater sangat kecik, menarik dan senang lah jugak untuk siapkan. seller dari china ni tak bagi gam dengan bateri tu yang aku bagi 3 bintang je. harganya kedua mahal untuk jenis ni, seller paling murah macam tak aktif sangat.


yang ni miniature house. besar sikitlah dari box tadi. bateri aaa beli sendiri di kedai. ini agak sukar sikit berbanding box theater tu.


ni antara kegemaran aku sebab banyak bunga hahaa


kamera ni takleh zoom sedalam dalam 


sangat kecik duh, sapa yang buat ni banyakkan sabar. box mula2 aku buat memang pening, tapi slow2 buat lama2 siap. 

ni pun kegemaran aku jugak siap ada batu. eksklusif dari china.

circus


aku sekarang tengah buat untuk kotak ni. edisi ni aku beli dari seller china yang tak bagi gam dan bateri tadi tu. 


ada penyepit bulu hidung sangat membantu untuk memegang benda kecil. 

***
klik sini untuk tengok - > 


aku ni bosan duduk rumah dan memerlukan tangan aku untuk buat sesuatu supaya tangan aku ni tak lemah. jadi hati2 lah dengan benda2 ni takut masuk dalam rongga kan risau plak akuh.