hola and salam malam jumaat.
harini 11 julai dah lama jugak aku cuti. cuti lama-lama pun aku duduk rumah je tak pegi mana-mana pun tu yang aku pishang tu. bosan jugak hari-hari asyik bukak social media je. baca tweet, melukis pun bosan sebab banyak lukis tak jadi haha.
so aku buat macam vektor ni lah nak cuba mula-mula menjadi ke tak. aku dah lama sebenarnya nak try style macam ni tapi orang selalu buat dalam a.i. aku tak mahir sangat a.i plus tablet drawing aku dulu tu rosak tak dapatlah nak melukis dalam laptop lagi. hemm
THIS IS IT GAIS, menjadi lah jugak sikit-sikit haha
aku buat dalam medibang je sebab tu je apps yang ada yang aku kerap guna. aku just lukis ikut shadow dia je dalam gambar tu. lepastu pakai kaler sendiri. lama jugakla nak siap satu kepala ni, dalam 3 hingga 4 jam. dengan salah lagi haa kene padam balik.
aku suka part mata ni. mana-mana lukisan portrait pun aku memang start kat bahagian mata dulu lepastu kening, lepastu hidung, lepastu mulut, lepastu bentuk muka, pipi, kepala, rambut dan last, tengkuk. heehe
if bahagian mata tadi part aku paling suka lukis, ni pulak part aku suka warna iaitu bibir. sebab boleh customize warna yang aku suka.
and aku ada upload video aku buat lukisan ni kat youtube channel aku. just suka-suka untuk tambah video. mana tahu ada guna di hari tua besok? tu salah satu skill and kenangan aku. hemm
kbai gais. dah baca al-kahfi ke belum?
aku rasa minggu ni aku manusia jahat sangat hemm.