Wednesday, 10 December 2025

Osaka, Japan 2025

Kitorang ke Osaka Japan 16-22/10/2025.

Sekarang baru ada mood nak menulis dekat sini. 

Sebab harini teringat Japan. Rasa nak pergi lagi. After 2 months tak rasa pun nak pergi lagi.


Asalnya plan ke Japan ni sebab Naufal tengok Youtube Jaws Ride dekat USJ. Dia tengah gila Jaws sekarang ni, so apa-apa berkaitan Jaws dia akan tengok. 

So dia cakap dengan Najib yang dia nak pegi USJ.

Hmmm.. ayahkan, mana boleh anak minta, terus je 'okay kita pegi Japan hujung tahun'.

Masa tu baru bulan 2 tak silap.


Book ticket bulan 6, book Universal Studio Japan Express Pass bulan 8, Book Airbnb bulan 9.

Makanya kami pergilah ke Japan.

Mula-mula tu rasa risau gak boleh ke dorang ni duduk dalam flight 7 jam sebab kami ambil direct flight. Alhamdulillah, mudah je. Dorang pun macam okay je. 

Masa pegi tu flight 2 Pagi, so the whole flight memang tidurlah.

Masa balik tu flight 11 pagi, so pishang sikit lah duduk dalam flight 7 jam.

Masa sampai Osaka tu, terus lapar and cari makanan halal area airport Kansai. Menurut Tiktok ada Ramen halal kat situ, so kitorang pun try makan. Oklah, takdelah sedap mana. Biasa je aku rasa. Sebabkan dah lapar, so habis jugalah. Masa tu risau juga Naufal and Aqeef ni boleh ke nak makan benda-benda macam tu, tapi nasib baik dorang makanlah juga but bukan favourite lah. Aku rasa dorang makan sebab lapar dah.


After that, ambil kereta and drive ke Nara Park tengok Rusa yang berlambak tu. Sumpah banyak rusa dia. Sampai ke bandar Nara pun rusa macam tak takut orang and kereta. So kau bayangkan jugaklah air kencing and berak rusa tu. Tapi sebab Japan ni sejuk, so bau dia tak bau sangatlah tapi kotorlah kan kena kasut. Tapi anak-anak enjoy bagi makan rusa, kena kejar rusa hahahaha.




Kami decide nak drive sebab nak mudah. Ramai ke Japan akan pakai public transport sebab public transport dorang memang reliable. Tapi biasalah, kitorang ni jenis malas nak bersesak dengan bag lagi, anak-anak lagi, so takpelah, sewa kereta for the whole trip.

Pilihan sewa kereta tu adalah pilihan tepat aku rasa sebab anak-anak aku malas jalan, so dekat Japan ni kau memang kena banyak jalan, naik tangga, jalan jalan jalan naik tangga naik tangga. Haha. Itu jelah yang aku nampak kat sini. Even atok nenek yang tua-tua pun dorang berjalan and dorang sangat bertenaga ye. Dekat Osaka ni, memang senang sangat nampak orang tua yang lingkungan umur 65-80 tahun berkerja. Jarang nak nampak budak muda yang kerja. Betullah tu Jepun ni negara orang tua.

Lepas tu semuanya kecil. Rumah kecil, toilet kecil, kereta kecil, kedai makan pun kecil. Eh semualah. Aku rasa orang Jepun kalau datang Malaysia, pergi rumah Aliff Syukri, mesti dorang sesat tak jumpa jalan keluar. Haha.

Selain tu, orang jepun ni memang sangat berdisiplin. Dua benda yang buat aku tak boleh lupa and kagum la.

1. Kalau kau nak lintas jalan, kau kena tunggu lampu melintas jalan jadi hijau, walaupun jalan yang kau nak seberang tu lompat 2kali pun dah sampai ye. Dorang tunggu weh. Dorang tak lintas weh. Aku kagum.

2. Ada sekali tu kitorang drive ke Kyoto lalu highway, suddenly card ATC (mcm TouchNGo) tak detect masa kami nak keluar from highway. Tak sampai 1 second eh, maksudnya otak kau tak sempat process lagi ni yang kad ATC kau tak detect, terus ada pakcik jepun ni contact thru video yang dorg sediakan kat gate ATC tu. Tak sempat nak buat apa-apa bantuan tiba ye. HAHA. Aku sebagai rakyat Malaysia memang kagum sebab kalau kat Malaysia, at least kau tunggulah 5-10minit kan. Atau kau forward reverse lah kereta sampai kad kau detect. Maybe Pakcik ATC tu dah seharian kerja takde kad yg problem, so kad kami yang first problem, dia semangatlah kot hahahahaha. Ok JOKE!

Anak-anak aku ni, pergi jepun pun nak nesting. One of the reason maybe sebab masa tu temperature 18degC, so memang sedap nesting. So sehari tu boleh cover satu dua tempat je, tak boleh nak pulun dari pagi sampai ke petang. Sayang juga lah tapi tulah, kalau dorang cranky, aku pun mood kelaut. So layan jela pace dorang tu. Setiap hari akan start keluar rumah dah tengahari. Japan ni terima matahari 5.30pagi, so by 5.30pagi tu dah terang dah. So kau bayangkan kami start keluar berjalan pukul 12tghari, so macam dah pukul 3petang Malaysia lag kan. Pukul 5.30petang gelap dah dekat Jepan ni.

Parking space memang limited and mahal. Sekali parking dalam sejam boleh kena charge dalam RM15. Dekat area rumah aku kalau parking sehari RM30. Ada sekali tu kena sehari parking RM100. Haha lantaklah, kitorg nak mudah. Tol dia pun mahal. Minyak petrol satu kali ganda je dengan Malaysia. But the experience driving tu lainlah weh. Maybe kalau nak jimat, tak boleg drive lah. Kami pilih selesa. Selain tu aku nak masuk ceruk-ceruk kampung, so jauh dari train station kan. So kena drive lah.


Next day kitorang cover sekitar Osaka je, ronda-ronda cari kasut and barang-barang. 










Lepas tu pergi ke Kyoto on the next day. Alah, malas nak tulis panjang-panjang lah. Tengok gambar jelah.

Ini dekat Kyoto.











Ini dekat Universal Studio Japan - Haa kalau nak pegi sini, sila ambil Express Pass. Mahal tapi berbaloi dari nak kena tunggu beratur sampai 2 jam untuk ride yang 5minute je. Kitorang memang beli Express pass. Express pass+Entry pass seorang dalam RM900. Mahal tapi sumpah berbaloi. Orang macam semut weh kat dalam ni.





























USJ ni acara kemuncaklah. Kitorang masuk pagi and malam. So masa dekat Harry Potter tu masuk malam, seeloknya masuk sianglah sebab kurang lampu, yela nak feeling2 Hogwart kan.

The next day tu kami ronda-ronda dekat Dotonbori and Osaka area.








Kami try dah beberapa makanan viral dekat Osaka kalau tengok Tiktok lah.

👉Halal Ramen dekat airport Kansai - 6/10
👉Honolu Ramen cawangan Kyoto - 6/10 biasa je nyah.
👉Butterbear dekat USJ - 2/10 Amendelah sedap macam tu. Aiyooo.
👉Takoyaki Kukuru Dotonbori - 7/10 - Oklah sedap cuma terlebih rasa halia.
👉10 Yen Cheese Coin - 7/10 - Rasa mcm wafer letak Cheese je, tapi sebab panas2 makan waktu sejuk, jadi sedaplah.
👉Dotonbori A5 Wagyu Halal & Burger - 7/10 - Biasa saja. Tapi sedap, tapi biasa je, kitorang makan and kena RM1200 ye. So aku rasa biasa sebab dengan harga tu Menate sedap lagi, ambil marble 9-11.
👉Halal Wagyu & Vegan Ramen Gyumon - 100/10. Ini memang sumpah sedap Ramen dia weh. Memang teringat-teringat dah balik Malaysia. Sumpah sedap, kena pergi makan weh. Tu gambar ramen dia kat atas tu.

Sepanjang dekat Japan, aku masak setiap hari sebab anak aku ni bukan makan pelik-pelik. Dorang nasi, bihun, kuehtiow haha. So aku bawah makanan 20kg gak. Habis licin semuanya. Beras, ayam bawang sayur, telur beli kat Japan. 
Ayam halal ada je tapi mahal, sekilo dalam RM30. Beras pun sama, beras sana mahal, sekilo dalam RM35.

Haaa, itulah cerita Jepun. InshaALLAH akan repeat lagi for the next journey pegi Tokyo plak time winter.