Filed under: Siri Himpunan Khutbah | Leave a comment »
Himpunan Khutbah Siri 8
Khutbah Jumaat : Israk Mikraj DiHayati Kemerdekaan Palestin DiRindui
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulnya wajib menerima berita dan mengimani tentang kebenaran serta tidak menolak peristiwa Isra’ Mikraj atau mengubah berita tersebut sesuai dengan kenyataannya. Kewajiban kita adalah beriman sesuai dengan berita yang datang terhadap seluruh perkara-perkara ghaib yang Allah khabarkan kepada kita atau dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w tanpa sebarang rasa was-was dan sangsi walau pun sedikit
Antara hikmat berlakunya peristiwa agong ini pada waktu malam adalah kerana Malam adalah waktu untuk menyepi (khalwah) dan pengkhususan diri, cocok untuk perjalanan kerohanian yang mendalam. Malam juga dikaitkan dengan peristiwa istimewa, seperti turunnya wahyu pertama (Nuzul Quran) dan Hijraturrasul s.a.w, begitulah peristiwa luar biasa seperti Isra Mi’raj.
Malah Sejarah nabi-nabi yang lalu seperti Nabi Ibrahim bermimpi tiga malam berturut-turut bahwa baginda diperintahkan untuk menyembelih puteranya, Ismail. Begitu juga hijrahnya nabi Musa a.s bersama Bani Israel berlaku pada waktu malam
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Isra’ dan Mi’raj tidak terjadi begitu saja. Sebelumnya diawali dengan pelbagai macam peristiwa untuk menguji Rasulullah SAW. Di antara ujian yang diberikan pada Rasulullah sebelum Isra’ dan Mi’raj adalah baginda diboikot sehingga kebuluran. Seterusnya kehilangan 2 orang yang sangat dicintai iaitu isterinya Khadijah dan Bapa saudaranya Abu Thalib. Khadijah merupakan sosok yang sentiasa mendukung dakwah Rasulullah. Orang yang selalu menjadi penenang dan penghibur di saat Rasulullah cemas dan gelisah. Demikian pula dengan Abu Thalib, ia termasuk orang yang berada di garis depan dalam membela perjuangan Rasulullah, khususnya membentengi Rasulullah dari serangan dan celaan kafir Mekah. Kedua insan tercinta ini meninggal dalam tahun yang sama. Sejarawan menyebut tahun ini sebagai tahun kesedihan. Tidak cukup kehilangan kedua orang yang disayangi, Rasulullah juga diberikan ujian penolakan dakwah oleh penduduk Thaif sehingga dilontar batu hingga berdarah
Syekh Sya’rawi menjelaskan, Allah SWT menciptakan ujian ini tentu ada hikmahnya, salah satunya untuk menunjukkan kepada kita bahawa segala sesuatu itu ada prosesnya. Boleh saja Allah membantu Rasulullah secara langsung, atau menciptakan Isra’ Mi’raj tanpa ada ujian sebelumnya, ini sangat mungkin dan tidak mustahil. Akan tetapi, dengan adanya ujian seperti ini, kita dapat memahami bahawa Rasulullah sekalipun itu diuji oleh Allah SWT, apalagi kita manusia biasa. Oleh itu, ketika diuji Allah SWT, jangan membuat kita putus asa. Kita harus tetap optimis dan yakin seperti yang sudah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Semoga dengan ujian yang diberikan Allah, membuat kita semakin dekat dan tunduk pada Allah SWT.
Pendakwah dan pejuang Islam mesti memiliki kekuatan fizikal, ruhani, kecerdasan akal dan kebijaksanaan dalam bertindak
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْـمُؤْمِنُ الْقَـوِيُّ خَـيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَـى اللهِ مِنَ الْـمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ، وَفِـيْ كُـلٍّ خَـيْـرٌ ، اِحْـرِصْ عَـلَـى مَا يَـنْـفَـعُـكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَـعْجَـزْ ، وَإِنْ أَصَابَكَ شَـيْءٌ فَـلَا تَقُلْ: لَوْ أَنِـّيْ فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَـذَا ، وَلَـكِنْ قُلْ: قَـدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَـفْـتَـحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya : Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 13-18 surah an-Najmu:
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ ﴿١٣﴾ عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ﴿١٤﴾ عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ ﴿١٥﴾ إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ﴿١٦﴾ مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ ﴿١٧﴾ لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ ﴿١٨﴾
Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”;Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. (16)Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
Dalam perjalanan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menyaksikan keadaan syurga dan neraka. Gambaran ini tidak hanya menunjukkan keindahan syurga sebagai balasan bagi mereka yang beriman, tetapi juga memperlihatkan kengerian azab neraka bagi mereka yang kufur dan derhaka.
Penyaksian ini menjadi peringatan penting kepada umat Islam tentang hakikat kehidupan akhirat. Syurga digambarkan sebagai tempat penuh kenikmatan, dengan sungai-sungai yang mengalir, buah-buahan yang tersedia, dan segala keindahan yang tidak pernah dilihat oleh mata atau dirasakan oleh hati manusia.
Manakala neraka, tempat azab bagi orang-orang yang kufur, derhaka, dan melanggar perintah Allah SWT. Neraka digambarkan sebagai tempat penuh penderitaan, dengan api yang menyala-nyala dan azab yang tidak terbayangkan. Setiap dosa yang dilakukan membawa azab yang sesuai, menunjukkan keadilan Allah SWT dalam membalas setiap perbuatan manusia.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Bila memperingati peristiawa agong Isra Mikraj ini maka tidak lengkap tanpa menyentuh tentang kepetingan Masjid Aqsa dan bumi Palestin. Kenapa nabi Muhammad s.a.w dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha? Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam. Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah. Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya” yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan
Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara keseluruhannya. Ianya bukan sekadar isu bangsa Palestin atau bangsa Arab semata-mata. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi dan Zionis pada ketika ini.
Solahuddin adalah bukti dan saksi bahawa isu perdana ini adalah milik dan tanggung-jawab kita bersama. Beliau telah menghabiskan keseluruhan hayatnya berkorbat dan berkeringat sehingga pembebasan al Aqsa daripada Salib menjadi kenyataan.
Isra Mikraj mengajar kita untuk sama terlibat bagi membebaskan al-Aqsa, Apakah tindakal praktikal yang boleh kita buat?
Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid al-Aqsa dalam aqidah umat Islam. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam sejagat termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan wilayah di sekitarnya. Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid al-Aqsa yang terkini kepada masyarakat dengan apa jua cara. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan Masjid al-Aqsa. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpelihara. Kita juga mendoakan agar Allah swt terus memberi kekuatan dan kemenangan kepada saudara-saudara seaqidah kita di Palestin yang telah memberikan kehidupan dan segala-galanya demi mengembalikan kemuliaan agama ini dan umatnya.
Insafi pengajaran Israk Mijraj dan libatkan diri kita dalam usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin. Semoga al Aqsa, Palestin dan wilayah Islam sejagat terus terbela
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Filed under: Bulan & Peristiwa, Isra' Mikraj & Qiblat, Kepimpinan Islam, Khutbah Terbaru | Leave a comment »
Himpunan Khutbah Bulan Rejab
Isra’ Mikraj DiHayati, Palestin diSantuni, Kekejaman Yahudi DiHenti
Rejab DiRaikan, Islam DiJulang, Palestin DiMerdekakan
Hayati Isra’ Mikraj Perkuat Syariat Sekat Murtad
Israk Mikraj DiHayati, Riba dan LGBT DiTangani
Israk Mikraj DiHayati, Sugarbook dan Judi DiPerangi
Isra’ Mikraj Hebatkan Dakwah Tegakkan Daulah
Suburkan Sistem Islam Kuburkan Sistem Jahiliah
Ujian Ditangani Dengan Iman Untuk Kejayaan Gemilang
Isra’ Mikraj Penyemarak Perjuangan Islam
Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan
Isra’ Mikraj DiHayati, Solat DiHargai, Kemenangan DiRai
Julang Islam Raih Kemenangan Gemilang
Isra’ Mikraj DiHayati Sistem Islam DiJulang Tinggi
Ikut Wahyu Bahagia Turut Nafsu Binasa
Isra’ Mikraj DiHayati Kemenangan Dirai
Ruh Islam DiHayati Kemenangan Islam Dirai
Rakyat Bijak, Pemimpin Hebat Wujudkan Negara Berkat
76. HINDARI CIRI MASJID DHIRAR
77. SOLAT DIJAGA UMAT MULIA
105. SOLAT TERAS KEKUATAN UMAT
Isra’ Mikraj dan Pembebasan Masjid Aqsa
150. ISRA’ MIKRAJ PERINGATAN BERHARGA
55. IKTIBAR PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Islam DiSanggah Fitnah Bercambah
Islam DiUtama Nasib Umat Terbela
54. IKTIBAR PEPERANGAN TABUK
13. PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Filed under: Isra' Mikraj & Qiblat | 1 Comment »
Khutbah Jumaat : Jauhi Maksiat, Umat Berkat, Palestin Berdaulat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk :
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ﴿٢﴾
Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kami: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Kehidupan dunia ini adalah medan ujian untuk menguji kualiti iman dan amal kita, di mana Allah Maha Mengetahui siapa yang paling baik, dan Dia juga Maha Pengampun bagi mereka yang benar-benar bertaubat. Ketika kita merenungi musibah banjir besar yang melanda beberapa negara sekitar kita terutama Thailand dan Indonesia serta tidak ketinggalan banjir yang melanda di negara kita sendiri maka kita wajib kembali kepada tuntutan agama.
Ujian pertama Manusia diuji dengankenikmatan dan kesenangan seperti harta kekayaan, anak-pinak, pangkat dan perhiasan dunia bertujuan menguji bagaimana hambaNya menggunakan kekayaan tersebut samada di jalan yang redhai Allah atau sebaliknya
Manakala ujian kedua Manusia diuji dengan kesusahan dan kepayahan sama ada berlaku kepada diri individu ataupun berlaku secara umum atas dunia ini seperti kematian, kecacatan, penyakit, kegagalan, kekecewaan. Ujian juga berupa bencana alam seperti banjir, tsunami, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, ribut taufan dan tanah runtuh
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾
Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Sebagai umat yang beriman kepada Qadha dan Qadar Allah maka sepastinya segala ujian ini semakin mendekatkan kita kepada Allah. Ulama’ menukilkan bagaimana hikmat di sebalik ujian Allah antaranya :
[1] Supaya insaf dan kembali kepada Allah. Sesungguhnya Allah menguji supaya manusia mahu berdoa kepadaNya, sentiasa mengingatiNya dan memohon dengan
merendahkan diri kepadaNya.
[2] Agar orang yang diuji beristighfar. Ini adalah manfaat yang sangat penting. Seseorang yang ditimpa musibah, harus mengakui dosa-dosa sebelum meminta keampunan Allah. Memang dosa-dosa manusia sangat banyak namun keampunan yang Allah beri lebih banyak lagi.
[3] Merendahkan diri dan tunduk kepada Allah. Orang yang diuji lebih banyak merendahkan diri dan tunduk kepada Allah. Ini merupakan manfaat besar yang tidak
dapat dirasakan kecuali oleh orang-orang diuji atau yang sedang mendapat musibah.
Orang yang ditimpa musibah akan mendapati dirinya sentiasa menggantungkan
harapannya kepada Allah SWT dalam segala urusan
[4] Meninggikan darjat orang yang diuji. Orang yang bersabar akan mendapat darjat yang mulia dan pahala tanpa batas. Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 10:
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ ﴿١٠﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.
Hikmat ujian Allah yang ke – [5] Untuk mengetahui siapa yang mencintai diri. Ketika terjadi musibah, seseorang akan mendapati di sekelilingnya adalah orang yang benar-benar mencintai dirinya yang akan memberikan perhatian terhadap kesusahan yang dialami.
[6] Agar dapat merasakan nikmat Allah di mana seseorang tidak akan dapat merasakan nikmatnya kesenangan kecuali jika dia pernah mengalami pahitnya kesusahan. Nikmat Allah yang paling besar bagi seorang hamba di dunia adalah bersenang-senang dengan nikmat. Jadi, gunakanlah nikmat-nikmat Allah yang diberikan pada perkara kebaikan dan jangan gunakan untuk maksiat kepadaNya.
[7] Mendapatkan taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah dan juga istiqomah iaitu tetap pendirian sampai mati. Ketika menghadapi ujian, diharap orang yang diuji
kembali kepada Allah. Seseorang itu perlu minta kepada Allah akan keteguhan atas
Islam yang telah dihidayahkan oleh Allah.
[8] Agar kembali merujuk al-Quran di mana etika seorang tertimpa musibah, maka dia akan bernaung kepada al-Quran dan membacanya dengan penuh kecintaan. Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d Ayat: 28
الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ
اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ
Maksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “dzikru’llah”. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
قال النبي : مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ – رواه البخاري مسلم
Maksudnya : “Tidaklah suatu kelelahan, sakit, kesedihan, kegundahan, bahkan tusukan duri sekali pun, kecuali akan menjadi penghapus dosa baginya.”
Hikmat ujian Allah yang ke – [9] Menghapuskan kesalahan dan dosa. Kesalahan-kesalahan seseorang akan berguguran disebabkan ujian yang dialami sebagaimana dedaunan yang berguguran.
[10] Untuk mendapatkan akidah yang sempurna. Ketika seorang hamba menderita sakit parah, dia akan segera menghadapkan hatinya kepada Allah dengan hati yang
khusyuk dan berharap agar Allah menyembuhkannya. Saat itulah tauhid yang murni
telah terwujud kerana orang yang sakit mengesakan Allah dengan doa. Sebab tidak
ada yang dapat mengelakkan musibah kecuali Allah SWT.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ﴿١٤﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.
Sesuai dengan kita bakal memasuki bulan Rejab maka marilah kita sama-sama mengambil perhatian yang lebih serius terhadap penderitaan saudara agama kita di bumi Palestin bumi Israk Mikraj. Keganasan zionis Yahudi terutama dalam kancah terbaru mula Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 70 ribu nyawad ari kalangan kanaka-kanak dan orang awam. Umat Palesytin bukan Sahaja sedangn dihujani bom dan pelu musuh, malah msebahagian sedang berdepan dengan banjir dan kelaparan. Teruskan berdoa kepada Allah untuk kemenangan, keselamatan kepada rakyat dan bumi Aqsa. Boikot barangan yang membantu musuh serta berikan takanan kepada pemimpin negara umat Islam agar lebih serius dan bersungguh dalam memerdekakan bumi Palestin. Kita juga hendaklah mengkaji sejarah Palestin. Sejarah adalah cermin umat. Tidak mungkin kita dapat membantu Palestin dengan baik tanpa menguasai sejarahnya. Dari sejarah Palestin, umat Islam akan dapat belajar apa jua faktor kebangkitan dan kejatuhannya.
Jangan sampai apa yang dilakukan Kerajaan Sepanyol terhadap umat Islam di Andalusia kembali terjadi. Suatu gerakan genosid yang membuat penduduk Islam musnah. Kalau umat tidak waspada, rejim Zionis akan menerapkan sistem yang sama.
Pengakhiran yang sangat memilukan dirasai oleh umat Islam di Sepanyol ketika itu pada saat Abu Abdullah Muhammad al-Shaghir iaitu Raja Islam terakhir di Andalusia telah menandatangani perjanjian penyerahan kekuasaan. Peristiwa ini terjadi selepas gugurnya gerakan perjuangan umat Islam yang terjadi di seperempat wilayah Granada yang merupakan benteng terakhir umat Islam di Andalusia. Baginda keluar dari Kota Granada, dia berdiri di atas bukit berdekatan istana Hamra iaitu istana pemerintahan Kerajaan di Granada sambil menangis sedih. Melihat keadaan demikian, Ibunya Aisyah al-Hurrah berkata, “Menangislah… menangislah… menangislah… engkau menangis seperti perempuan yang kehilangan, padahal engkau tidak mampu mempertahankan kerajaan selayaknya seorang pahlawan perkasa.” Bukit itu pun diberi nama oleh penduduk Sepanyol, Bukit Tangisan Orang Arab Terakhir. Sungguh memilukan!
Bersamaan dengan itu umat Islam keluar dari tempat itu buat selama-lamanya, setelah memimpin Andalusia selama sekitar 800 tahun. Negeri yang pernah dipimpin oleh umat Islam selama lapan abad itu kini didiami hanya sekitar seratus ribu orang Islam. Ini adalah pelajaran yang harus diambil dan difahami oleh umat Islam.
Oleh itu bersungguhlah kita dalam memerdekakan bumi Palestin tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Ia merupakan kewajipan kita bersama bukan hanya idserah kepada umat Palestin. Pastikan setiap usaha kita Bersama umat Palestin akan melepaskan kita daripada dipersoalkan pada hari akhirat nanti.
Firman Allah Ta’ala dalam ayat 160, Surah Aali-Imran:
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلاَ غَالِبَ لَكُمْ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya : “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Filed under: Aqidah, Jihad & Iktibar Peperangan, Kepimpinan Islam, Khutbah Terbaru | Leave a comment »
Kem Cuti Sekolah 2025 di Pondok Pasir Tumboh
Himpunan Khutbah Siri 7
Himpunan Khutbah Siri 6
Himpunan Khutbah Siri 5
Himpunan Khutbah Siri 4
Daurah Kitab Syeikh Nuruddin al-Banjari di Pondok Pasir Tumboh pada Khamis 4 Disember 2025 ini

Filed under: Berita Panas | Leave a comment »




